Wednesday, July 24, 2013

♥ Novel fajar pakeer OGOS 2013 ♥.




Tajuk: SI LEMBIK CIK HERO
Penulis: ANA HATANI

“Baguslah. Saya ingatkan awak sama macam malaun-malaun tak guna tu. Kalaulah saya pandai karate, dah lama saya cabut bulu-bulu kaki dia orang tu. Biar padan muka.”

Amril didekati Daud kerana kasihan. Tetapi apabila rapat, ada saja perkara yang tak diingini berlaku. Berkawan dengan orang seperti Amril, banyak dugaannya. Daud turut diheret dalam persengketaan Amril dan Naim yang tidak pernah puas membuli Amril.

Dania hadir untuk membantu. Dan sejak itu hubungan mereka menjadi rapat. Tetapi keadaan itu tidak lama apabila satu per satu kejadian khianat terjadi. Daud menjauh. Dania hilang entah ke mana. Dan Amril hidup dengan penyesalan dan asyik menyalahkan diri.

Tahun berganti. Mereka bertiga dipertemukan kembali dalam situasi yang berbeza. Dalam kembali menjalin hubungan persahabatan yang terputus, terbit bunga-bunga cinta dalam diri mereka.

Adakah Amril yang digelar si lembik akan terus digelar si lembik? Apakah yang menyebabkan perhubungan mereka bertiga menjadi renggang? Antara mereka bertiga, bunga-bunga cinta siapakah yang akan mekar berkembang?




Tajuk: OPS, CINTA IKAT KITA!
Penulis: AINI ATIERA

Nusrah Athirah, sebaris nama yang indah namun hidupnya tidak seindah mana. Penuh dugaan dan halangan. Namun gadis cekal ini tidak pernah mengeluh dengan nasibnya. Pertemuannya dengan Iyad menjadikan hidupnya lebih terurus dan sempurna. Tetapi kadang-kadang ada juga dugaan yang melanda hubungan mereka.

Abang…
Mata dari tubuh tempatnya di kepala dan mata dari jiwa tempatnya di hati. Tubuh apabila dipukul tidak begitu sakit tetapi yang paling menyakitkan apabila jiwa yang dipukul. Kerana yang dikatakan manusia ialah jiwanya sedangkan tubuh hanya tempat persinggahan sementara.

Iyad Rafiq, kerana terlalu ikutkan kata hati, dia kadang-kadang bertindak tanpa berfikir. Membuat keputusan terburu-buru yang akhirnya dia kesali. Hatinya untuk Nusrah Athirah namun cemburunya selalu mengelabui semua itu. Kehadiran Fendi yang tiba-tiba dalam hidup Nusrah Athirah menghangatkan perasaan, menghitamkan hati lalu minda jadi hilang fungsi.

Jangan cari abang. Abang tak sangka Ira sanggup buat abang macam ni. Mana janji Ira untuk setia dengan abang? Abang perlukan masa untuk fikir tentang kita. Jangan cari abang dengan Ibti.
Iyad…

Antara kita ada cinta yang mengikatnya. Namun, sekuat manakah cinta itu kalau Julia selalu mencari peluang untuk mendekati dan memiliki Iyad. Malah Julia sanggup jadi yang kedua dalam hidup Iyad, asal saja Iyad miliknya. Hati Nusrah Athirah ranap, namun semudah itukah dia memutuskan cinta yang mengikat? 

Mengenalmu adalah suatu anugerah
Menyakitimu adalah suatu larangan
Mendampingi hidupmu adalah suatu kebahagiaan
Meninggalkanmu adalah suatu kebodohan


Tajuk: ANDARTU COMEL 
Penulis: AINON ZAINI

Kerana gagal bertunang sebanyak tujuh kali membuatkan Azlin tidak dapat menerima Rizal yang jauh lebih muda berbanding usianya. Dia lebih suka memilih untuk hidup menyendiri. Lebih senang dengan urusan kerja seharian dan sekadar ingin tumpang bahagia dengan kebahagiaan adiknya, Azlan, yang baru berumah tangga.

“I tahu, you lebih dulu makan kicap tapi nak panggil you kakak… macam malamlah. Tak banyak manalah, tukar terbalik tetap 33 tahun tapi I 92 tahun. Sebab I ni mengamalkan keceriaan selalu, maka I nampaklah 29 tahun.”

Itu kata Rizal apabila Azlin membangkitkan kebiadaban lelaki itu yang tidak menggelarnya kakak. Dan Rizal tetap tidak berputus asa untuk menambat hati Azlin. Sampaikan dengan selamba pula dia jadi ‘isteri’ terjun kepada lelaki itu. Mereka cerita, memanglah Rizal hebat. Yang tersepit, sah-sahlah Azlin. Dia tak suka, Rizal nak juga dan Azlan sokong sentiasa! 

“Kenapa? Ada masalah apa?” 
“Tak, pak cik. Masalah kecil aje… Isteri saya ni mengidam nak makan pokok padi tu ha. Dia terliur nak makan anak padi hijau segar tu, macam sayur kucai katanya.” Rizal mulalah mereka-reka cerita.

Yamamoto-san, kekasih lama Azlin juga cuba memikat Azlin kembali. Begitu juga Cikgu Azli yang telah berpisah dengan isterinya, datang mencari Azlin kembali. Namun, peristiwa hitam yang berlaku terhadapnya menyebabkan Azlin mengasingkan diri ke sebuah desa terpencil. Pelbagai kesukaran telah dilalui ketika bersendirian di desa lamanya itu. Mampukah Azlin bertahan?




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters