Wednesday, July 24, 2013

Novel2 Alaf 21 terbitan Julai 2013






Tajuk: Cinta Dorayaki
Penulis: Izza Aripin

Sinopsis
"Alamak! Buku nota keramat aku tertinggal atas meja!" 
"Jangan jadi gila, Durrah. Dah lewat ni. Tak hilangnya buku nota tu." 
"Tak boleh... penting. Itu nyawa aku!"

Malangnya buku nota keramat Durrah terlepas ke tangan Zharif sekali gus membuka ruang kepada lelaki itu untuk mendekati Durrah. Walau pelbagai halangan dicipta oleh Durrah, Zharif tetap tidak mengalah hingga akhirnya berjaya memiliki gadis itu. Hati Durrah bagai dilambung dan dilapah apabila Zharif sering saja menghilangkan diri. Berhari-hari sampai berbulan-bulan. Sibuk sangatkah menguruskan bisnes sampai tiada masa untuk isteri?

Emil pula tak segan silu menagih kasih Durrah walaupun wanita itu isteri sepupunya sendiri. Namun dialah tempat Durrah bergantung harap ketika Zharif hilang tanpa khabar berita. Antara Zharif dengan Emil, ada apa sebenarnya? Zharif tak marah Emil sukakan Durrah. Emil pula terang-terangan mengugut mahu merampas Durrah daripada Zharif. Durrah di tengah-tengah, tak tahu nak menangkan siapa. 

Antara Lanun dengan Gajah, 'Dorayaki' nak pilih siapa?


Tajuk: Aku Turut Bahagia
Penulis: Asmah Hashim

Sinopsis: "Ija… abang tahu, Ija isteri yang baik dan jujur. Abang tak pernah pertikaikan layanan Ija terhadap abang. Cuma, abang perlukan seseorang untuk bantu Ija menguruskan maahad. Izinkan abang berkahwin lagi, Ija.”

Ummi Khadeeja tergamam. Hanya matanya yang berbicara. Angin tiada, ribut pun tidak, tiba-tiba pokok bergoyang. Selama 16 tahun hidup bersama, hari ini suaminya berterus terang ingin berkahwin lagi. Haruskah dia tersenyum?
Demi cinta dan agama, Ummi Khadeeja berkorban. Jika suaminya bahagia dengan perkahwinan ini, dia akan turut bahagia. Cuma, dia berharap pengorbanan ini tidak disia-siakan.

Sayangnya, tidak semua orang boleh berkongsi kasih. Saat Ummi Khadeeja pasrah dengan takdir hidupnya, Syifa’ Umaira pula meminta sesuatu yang mustahil. Dia memaksa Amir Hudzaifa menceraikan isteri pertama. 
Hancur luluh hati Ummi Khadeeja. Sanggupkah dia berpisah dengan suaminya? Tegakah dia melihat anaknya membesar tanpa ayah di sisi? Jika pengunduran ini bisa membahagiakan suaminya, dia rela berkorban sekali lagi.



Tajuk: Cintaku Bukan Murah
Penulis: Aleya Aneesa

Sinopsis
Bagi Nadra, jadi isteri Raqib tidaklah sesusah mana. Tak perlu dilayan macam putera raja. Makan disuap tidur didodoi pun tidak. Pendek kata, Raqib memang suami yang sempoi. Yang sukarnya bila jadi cucu menantu bekas Leftenan Kolonel Tuan Haji Yunus. Tak habis-habis mengungkit, kononnya, dia tak pandai buat air kopi. Badannya macam papan lapis dan muka pula pucat tak berdarah. Sabar sajalah...

Dan yang lebih payah, bila jadi kakak ipar Idlan. Umur baru 16 tahun, kerenahnya sangat menyakitkan hati. Sungguh, Nadra buntu! Apa lagi yang tak kena dengan Idlan? Maka berperang psikologilah antara kakak ipar dan adik ipar. Kejap-kejap hati Nadra dilapah Idlan. Kejap-kejap, hati Idlan pula yang dicelur. Si datuk, sesekali jadi nasi tambah. Namun perang mereka, perang mulut. Tak ada senjata, tak ada yang cedera tapi bisanya tetap tusuk sampai ke hati.

Soalnya, siapa yang menang? Nadra, Idlan atau Tuan Haji Yunus? Dan Raqib... harus berpihak pada siapa? Bagi Nadra, dia tidak meminta yang lain. Hanya secebis kasih Idlan dan simpati Tuan Haji Yunus yang sangat mahal, sama macam harga cinta Raqib. Sama ada murah atau mahal, Nadra harap cinta itu jadi miliknya!



Tajuk: helo Si Merah Jambu
Penulis: Yatie Atiqa




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters