Wednesday, July 24, 2013

NOVEL PENULISAN2U JULAI 2013



Tajuk: Babak Terakhir
Penulis: Hannah Ezaty 

Sinopsis:

“Nama I Emrizal bin Mokhtar. Sofea, you masih ingat dekat I, kan?” -RIZAL

“Mana boleh lupa, tempat jatuh lagikan dikenang. Ini pula pembuli durjana macam kau!”-SOFEA

Hati SOFEA ANNISA bagai dilanda Garuda apabila ingatannya singgah kepada Rizal a.k.a Jai yang kuat membulinya ketika zaman kanak-kanak. Jai, ‘si monster’ yang pernah mengikat dirinya di pohon rambutan, menyumbat mulutnya dengan pasir sungai, menyimbah dirinya dengan air perigi yang sejuk.

Perasaan menyampah terhadap Rizal mendorong Sofea membalas dendam terhadap encik pembuli itu.

“Errr… Kita nak naik skuter ni?”- RIZAL

“Jaiho, cepatlah naik! Lembab betullah kau ni! Tadi beria-ia nak ajak keluar jalan-jalan! Suruh pakai helmet pun macam Perempuan Melayu Terakhir!”



Tajuk: Pelindung Cinta!
Penulis: Misztyra

Sinopsis:

Hanya kerana sebuah amanah, Radwa terpaksa menjadi seorang pelindung. Bukan pelindung kepada seorang jutawan atau kaum kerabat, tetapi hanya pelindung kepada abang kawan baiknya, Raed Daniyal.

Pertemuan pertama antara mereka mendebarkan Radwa, tapi tidak pada Raed. Dia benci! Benci dengan kehadiran gadis itu. Bukan benci kerana terasa diganggu tetapi benci kerana kehadiran gadis itu membuka kembali luka lama.

“Saya... Saya...”

“Saya apa?!”

“Saya suka awak, Raed. Sebab tu saya buat macam tu.”

“Oh, jadi nak tackle akulah ni?”

Kecewa dengan reaksi lelaki itu, Radwa mula menjalankan misi lain. Misi mengubati kembali luka Raed! Malangnya dari misi memujuk, terpaksa pula menjadi... Misi memikat Raed!

Dapatkan Radwa mempertahankan hubungan mereka dan sebuah amanah? Berjayakah mereka menjadi pelindung cinta antara mereka?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters