Wednesday, July 24, 2013

NOVEL KAKI NOVEL JULAI 2013 ♥




Tajuk: DIA YANG AKU PILIH
Penulis: RAFINA MIMI ABDULLAH

Sinopsis:-

Disebabkan pernah kecewa, Ariana berjiwa keras terhadap lelaki.

Izudin dan Haji Fahmi, dua lelaki berlainan karektor menaruh perasaan terhadap Ariana.

Tersepit di antara kekasih dan majikan, timbul pelbagai konflik hati dan perasaan.

Haji Fahmi, bujang terlajak yang kaya dan alim. Majikan Ariana ini sangat taat pada agama, sentiasa tenang dan bersahaja. Selain menunjukkan sikap mengambil berat, Haji Fahmi selalu memberikannya hadiah. Kebaikan Haji Fahmi ternyata tidak membuka hati Ariana untuk menerima jejaka itu.

Sebenarnya, Ariana lebih tertarik pada jirannya, Izudin. Seorang duda memiliki seraut wajah yang tampan, suka mengusik, bergurau dan menyakat. Boleh dikatakan, Izudin mempunyai pakej lengkap seorang lelaki yang menjadi idaman setiap wanita.

Pelbagai insiden romantik, salah faham, merajuk, cemburu, sedih dan lucu mengiringi perhubungan Ariana dan Izudin. Hampir-hampir sahaja kisah mereka berakhir dengan kegembiraan, timbul satu salah faham besar sehingga membuatkan Ariana mengambil satu keputusan.

Bagaimanakah kesudahan percintaan Ariana dan Izudin? Dapatkah Haji Fahmi meraih cinta Ariana?

“Dia, penuh dengan sifat cemburu tetapi kebaikan dan romantisnya dia… mampu mengatasi segala-galanya. Kerana itulah, dia yang aku pilih.”



Tajuk: CINTA MASAM MANIS
Penulis: WARDINA AISYAH

Sinopsis:-

Kemalangan kecil di jalan raya menjadi detik pertama pertemuan Tengku Danish dan Qisya. Mereka bertegang urat dan masing-masing tidak mahu mengaku kalah. Tengku Danish dengan egonya yang melangit, Qisya pula dengan degilnya yang menggunung tinggi.

Bermula dari situ, setiap pertemuan yang berlaku pasti kedua-duanya akan bercakaran. Macam kucing dengan tikus. Qisya laju dia gelar lelaki itu Bapak Jin. Katanya, nama itu cukup sesuai dengan Tengku Danish yang memang perangainya tak ubah seperti Bapak Jin. Disebabkan sikapnya inilah Tengku Danish dengan senang hati telah memberi gelaran ‘Perempuan Gila’ kepada Qisya. Menambahkan lagi api kebencian Qisya kepada Tengku Danish.

Dalam satu majlis pelancaran Galeri Seni Lukis Raja Rezza, Intan Natasha yang sememangnya mencintai Syed Aiman telah membuat tindakan melulu memalukan Tengku Danish di hadapan semua orang kerana tersalah anggap Syed Aiman menolak cintanya akibat hasutan Tengku Danish. Untuk mempertahankan dirinya dan ego yang tinggi melangit itu, Tengku Danish membuat pengumuman dia akan berkahwin dengan Qisya.

Dalam mencari penyelesaian atas masalah yang Tengku Danish timbulkan, kedua-dua belah keluarga bersepakat menyatukan mereka berdua tanpa mengetahui bahawa perkahwinan itu berlandaskan perjanjian kontrak selama satu tahun.

Dalam melayari hidup berumah tangga, pasangan ini sering bertengkar hingga mereka akhirnya sudah boleh berkawan. Mereka berdua bahagia sebelum Intan Natasha datang kembali dan mengeruhkan keadaan. Qisya yang salah sangka telah membawa diri jauh dari kota Kuala Lumpur. Manakala Tengku Danish pula hilang arah mencari isteri tersayang.

“Cinta ibarat buah oren. Ada masam, ada yang manis. Walaupun begitu… kita tetap suka, kan?”


Tajuk: TERIMA KASIH CINTA
Penulis: LYA ZARA

Sinopsis:-

“Itu kasut ke sampan? Habis basah satu office! Dapat gaji nanti beli lah kasut baru...”

Amani runsing! Hampir saban hari ada sahaja kejadian yang mengundang kebencian ‘ si singa jantan’. Tentang baju buruk yang tersarung di badan, tentang kopi yang tidak cukup manis, tentang kasut cabuk yang sudah setahun tidak berganti. Ya, kasut cap Bata itu juga menjadi mangsa keadaan. Kasihan kau kasut...

Di saat Amani mula berputus asa, layanan berbeza mula dirasainya. ‘Ai, takkan singa jantan dah bertukar menjadi kucing manja kut?’
Api kebencian yang terpendam di dada semenjak bertahun yang lalu bagaikan padam dengan tiba-tiba. Aura apa yang dibawa oleh gadis kampung ini? Mengapa ada debaran yang menggila setiap kali bertentangan mata? Mengapa ada rindu apabila berjauhan? Mengapa ada cemburu yang bertandang saat si dia menjadi tumpuan? Apakah perasaan yang sudah dibuang mati kini kembali melata di taman hati? Mungkinkah sudah sampai waktunya untuk melenyapkan kenangan lalu yang menghiris kalbu?

“Amani, sudi tak awak menjadi suri dalam hidup saya? Menerima saya sebagai imam dalam hidup awak. Mengharungi susah dan senang bersama-sama. Menemani saya sampai tua ganyut.”

Di saat cinta sudah berputik, kepulangan Natrah membawa 1001 rahsia. Anak kecil bernama Emir Luqman menjadi senjata untuk Natrah menawan kembali sekeping hati Zafran. Antara cinta dan belas-kasihan, yang manakah menjadi keutamaan Zafran? Tergamakkah Zafran melukakan hati Amani demi permintaan Natrah? Sanggupkah Amani menerima Zafran jika rahsia sudah terbongkar?

“Untuk sempurna yang kau ciptakan... untuk bahagia yang kau titipkan... terima kasih, cintaku.…”


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters