Sunday, July 14, 2013

PUDING KARAMEL LAPIS SPECIAL


Bahan utk puding:
1 tin susu cair
1/4 tin air (tin susu cair)
5 sudu besar gula castor
4 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar serbuk coklat
1/2 sudu kecil coklat emulco

Bahan utk gula hangus:
6 sudu besar gula
2 sudu besar air panas

Bahagian utk puding buih:
1 paket serbuk agar2 (12gm)
2 biji telur
500ml air
5sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila

chocolate rice secukupnya

Utk membuat gula hangus:
Masak gula dgn air dengan api sederhana hingga gula cair dan bahagian tepi gula menjadi perang/keemasan.
Kacau perlahan2 dan teruskan masak hingga gula bertukar menjadi perang/keemasan keseluruhannya.
Padamkan api dan tuang ke dalam kaserol/casserol (atau mangkuk tahan panas) utk membuat Puding Karamel Lapis.

Utk membuat puding karamel:
Panaskan air dalam periuk pengukus hingga mendidih.
Satukan susu, air, telur, gula dan esen vanila kedalam sebuah mangkuk.
Kacau perlahan2 hingga sebati (jgn kacau terlalu kuat dan lama) dan tapiskan.
Bahagi dua adunan.
Satu bahagian hendaklah dimasukkan serbuk coklat dan coklat emulco.
Kacau sebati dan tapis.
Masukkan aduan puding yg pertama (tanpa dimasukkan serbuk koko) ke dalam kaserol/casserole.
Kukus lebih kurang 10 minit.
Keluarkan dari periuk pengukus dan tuangkan adunan puding yg dicampur dgn serbuk coklat secara perlahan2.
Masukkan kembali ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi selama 10 minit atau sehingga masak.
Keluarkan dari dari pengkukus dan biarkan sejuk.
Masukkan ke dalam peti ais agar puding betul2 sejuk sebelum dituangkan adunan puding buih.

Utk membuat puding buih:
Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan esen vanila. Kacau sebati. Biarkan sebentar hingga adunan agar2 menjadi suam.
Bila adunan agar2 dah menjadi suam panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu.
Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati.
Keluarkan Puding Karamel Lapis dr peti ais dan cucuk2/gores2 sket bahagian atas puding dgn garfu (supaya adunan puding buih melekat pd puding karamel bila dah sejuk nanti)
Tuangkan adunan puding buih ke atasnya.
Sejukkan kembali dalam peti ais.
Tabur dgn chocolate rice sebelum dihidangkan..



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...