Wednesday, July 30, 2014

Novel terbitan ilham persona julai 2014



Tomboy Pun Cinta Lelaki Juga

Dunia ‘kelelakian’ membuatkan Roy menjadi seorang yang lasak. Meminati motorsikal berkuasa tinggi, gila memancing dan juga sering berkhemah di dalam hutan kadang kala menyebabkan dia sendiri terlupa bahawa dirinya adalah perempuan.

“Aku ini jantan yang lebih jantan daripada jantan!” ROY.

Roy mengenali Haikal setelah lelaki itu berpindah kekawasan perumahannya. Kehilangan adik Haikal buatselama-lama, membuatkan lelaki itu berubah sikap menjadi pendiam. Namun keadaan Haikal pulih semula apabila persahabatan dengan Roy mampu menggantikan adiknya.

Roy cuba menafikan bahawa dirinya sudah jatuh cinta terhadap Haikal. Tetapi Roy gagal melawan apa yang bersarang di dalam hati itu apabila Haikal bertunang dengan Ain. Perasaannya jadi tidak menentu dan rasa cemburu terbit dalam dirinya.

Kegusarannya terubat apabila dia bertemu Faris. Adakah kehadiran Faris boleh membuatkan Roy melupai Haikal? Adakah pertunangannya dengan Faris boleh menggantikan Haikal di hatinya? Adakah perkahwinan yang bakal ditempuhi boleh menjadi penawar dalam hati Roy? Semua persoalan itu hanya Roy yang tahu....

“Tomboy juga manusia, punya harga dan punya hati.” ROY

“Kalau pun bulan bintang boleh aku beri, nescaya aku tidak mampu untuk menjadikan kau permaisuriku.” HAIKAL



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters