Sunday, July 14, 2013

Resepi Puding Trifle Mudah Dan Sedap


Bahan-Bahan;

**Untuk bekas kaca berukuran 9 x 13 inc.

1 buku Swiss Roll perisa Coklat dipotong 6 bahagian
1 buku Swiss Roll perisa Coffee dipotong 6 bahagian
3 sudu Tepung Kastard
1 tin Susu Cair
1 tin Air
2.5 sudu besar Gula
1 paket Kristal Jelly Nona perisa Strawberi
400ml Air (untuk masak Kristal Jelly)
Buah Peach dalam tin (asingkan buah peach dan air dia dari dalam tin), Strawberi dan Anggur.

Cara-cara;

Susun 2 perisa Swiss Roll berselang-selang seperti gambar dibawah. Lembabkan Swiss Roll dengan air buah peach dalam tin.

Susu cair, dan 1 tin air (sukat guna tin susu cair tadi) disatukan dalam periuk, tambah dengan 3 sudu membukit Tepung Kastart. Kacau hingga Tepung kastart tidak berketul-ketul.

Campurkan 2.5 sudu besar gula dan panaskan diatas api perlahan, kacau hingga bancuhan Kastart menjadi pekat.

Bila Kastart sudah hampir mendidih, angkat dan curahkan diatas Swiss Roll yang sudah disusun dalam bekas kaca tadi.

Sementara kastart masih belum keras, bolehlah disusun buah-buahan pilihan dengan kreativiti masing-masing. Dibawah ini saya menggunakan gabungan buah peach dalam tin, strawberi yang dihiris-hiris dan buah anggur yang dibelah dua dan dibuang bijinya. Tekankan sedikit buah-buahan yang disusun diatas kastart supaya buah-buahan yang disusun tadi tidak timbul dan beralih tempat bila kita curahkan Kristal Jelly diatasnya nanti…

Untuk Kristal Jelly, panaskan hingga mendidih 400ml (2 cawan) air dan kemudian masukkan 1 paket Kristal Jelly. Kacau hingga serbuk Kristal Jelly larut. Padamkan api kacau sedikit Kristal Jelly dalam 1 minit bagi dia tidak terlampau panas dan curahkan keatas Kastart yang sudah disusun dengan buah-buahan tadi. Bolehlah masukkan kedalam peti ais dan biarkan hingga puding keras.

Siap! Sedia untuk dimakan… Dijamin, Puding Trifle untuk resepi ini tidak terlampau manis, berbeza dengan sesetengah resepi yang lain…





Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

2 comments:

Cik Iman said...

Pergh. Hiasan tu yang tak leh tahan tu.

Chien si puteri said...

hehe.. tau tak pe..sampai terliur :) just sharing Resepi orang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...