Thursday, July 11, 2013

PERTAMA kali berpuasa...


oklah tak nak tulis mengenai novel lagi. kalau kamu perasaan, mungkin kamu akan nampak sejak akhir -akhir entry semuanya bercerita mengenai novel, list novel lah, apa novel kan dibeli lah.. kan? pasti bosan kan? ok, ok... tak mahu cerita mengenai novel... bagi back to main topic, ok?

seperti yang korang tahu... semua orang muslim dan muslimah pada bulan ni berpuasa kan? lihat saja di fb saya, penuh sengan status mengenai ucapa berpuasa, makanan berpuasa... tak juga ketinggalan saya untuk sama-sama berpuasa... walaupun saya ni non-muslim.

mulanya cadang tak nak berpuasa, last- last teringat pesan my parent kata kalau tak mahu berexercise, berpuasa aje... huhu. dengar ceramah lagi, apalagi tadah aje telinga... :) 

itulah tadi pagi pukul 4. 30 bangun, bersahur pukul 5. walaupun semua orang bersahur 5.30 pagi kan? betul tak? tapi saya tak makan banyak sebab tak ada selera nak jamah makanan. masa ke sekolah dan balik aje rumah perut asyik sakit dan memulas. mungkin belum terbiasakan badan untuk berpuasa.

malamnya pukul 6 petang berselera saya makan. mana kan inda balik dari sekolah 11.50 tengah hari. tunggu selama 7 jam menahan makan dan minum. alhamdulilah berjaya saya berpuasa sehari untuk minggu ni. belum termasuk hari dan minggu seterusnya, belum tentu dapat bertahan...

tapi doakan dalam sebulan ni, dapat lah saya bertahan ye! semoga dibulan ni banyak faedah yang saya dapat. tak nak lah asyik kena 'buli' je di rumah. cakap saya ni gemuk lah. maintain badan kata orang  makan pun mesti berkurang dan ikut masa. semoga di bulan ni dapat saya amalkan cara hidup sihat... amin! 

selamat berpuasa semua! 


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters