Saturday, July 27, 2013

Salam Nuzul Quran semua :)



 selamat pagi semua! 

Salam Nuzul Quran, salam Jumaat dan salam 17 Ramadan! Subhanallah.. Sungguh bermakna dan mulianya satu tarikh yang selalu diperingati oleh umat Islam .. Moga korang mengambil kesempatan ini untuk menambah takwa kepada yang maha Esa.. 

Sama-samalah korang menghayati apa itu Al-quran dan ayat2 yang terkandung di dalamnya.. Jadikan peristiwa Nuzul-alquran ini suatu peristiwa besar yang penuh bermakna dan hikmah. korang seharusnya melihat al-quran itu sebagai kitab induk panduan ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya.umat islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Allah yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. 

Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan korang peluang keemasan ganjalan pahala seolah-olah beridadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan. Mari lah sama2 korang menambahkan harta akhirat. semoga diberkati olehNya... Amin...


Turun dari atas langit ke bumi

Membawa bicara dariNYA
Termaktub dalam Kalamullah suci
Surah Al Fatihah pembuka bicara
Bacalah!
Wahai umat Nabi Muhammad
Bacalah!
Himpunan Iqra’ mukjizat Rasulullah
Bacalah!
Kalamullah terbilang akhir zaman

Hadiah dari Rasulullah untuk umatnya

Pastinya hari ini banyak negeri-negeri yang cuti umum sempena Nuzul Quran kan.. Ada yang ambil peluang ini untuk pulang ke kampung halaman.. Pandu berhemah dan berhati-hati di jalan raya ye.. 


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters