Thursday, January 9, 2014

NOVEL TERBITAN ALAF 21 FEBRUARI 2014



Tajuk: Sah, Aku Cinta Kamu!
Penulis: Hezzy Azra.
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis:
Raif Imran, jejaka yang telah mencuri hati Irdina. Mereka berkenalan, mereka berteman. Dia cuma menunggu masa yang sesuai untuk meluah rasa. Tanpa diduga, satu tragedi yang mendekatkan dua hati sehingga akhirnya mereka digelar suami isteri. Hari-hari yang dilalui begitu indah dan bahagia. Namun, kebahagiaan itu direntap apabila Yasmin kembali ke Rahmatullah. Pemergian ibu tercinta telah merenggut seluruh semangat dan jiwa Irdina. Dia kemurungan. Raif diabaikan. Tiada lagi kemesraan di antara mereka. Apabila hubungan jadi kaku dan beku, muncul pula pihak ketiga untuk mengganggu. Rasa curiga mula meracuni. Kesabaran diuji. Kejujuran dicari. Dapatkah mereka pertahankan ikatan itu? Mampukah Raif mengembalikan semula Irdinanya yang dahulu?


Tajuk: Sepasang Kurung Pink.
Penulis: Nureen Mirza.
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis:
Sinopsis
Mama kata, Diza Irdina cantik. Boleh dijadikan calon isteri. Cantik manalah perempuan itu? Muka pucat lesi. Pakai pula tudung. Kerja pun setakat guru sekolah. Hisy! Mana padan dengan dia. Namun, puas dielak... jodoh Syahrin tetap dengan Diza. Misi sakit hati Syahrin pun bermula. Dia mahu membuli isterinya. Tetapi, Diza pun ada harga diri. Takkan selama-lamanya dia hendak biarkan Syahrin membulinya? Kalau orang tidak sudi, dia sedia angkat kaki. Sejak Diza pergi, hidup Syahrin jadi kosong dan sepi. Egonya turun naik bila Diza berbaik-baik dengan Remy. Tak boleh jadi! Dia mesti pikat isterinya kembali. Andai Diza tidak sudi, biarlah warna merah jambu yang dibencinya itu menjadi pengubat rindunya.


Legasi Pejuang 2 

Sinopsis
MUAZ tegar menempuh peperangan menentang CIA dan Israel demi Islam tercinta. Hidupnya bergelumang dengan darah dan peluru. Hanya ALLAH S.W.T menjadi pegangan agar dia tetap kuat demi fisabillilah. Setelah cedera parah ditembak musuh, Muaz dihanyut sehingga ke Jepun. Dia diselamatkan oleh seorang lelaki Jepun, namun dia hilang ingatan. Jejaknya tetap dihidu pihak musuh. Selagi bernyawa, dia tetap menjadi ancaman kepada mereka. Muaz bangkit dan kembali menentang kekejaman musuh sebaik ingatannya pulih. Orang yang selama ini dihormati dan dikagumi rupa-rupanya menyimpan dendam kesumat pada dirinya. Sheikh Mahdi rupa-rupa dalang di sebalik konspirasi kuasa dunia.


Runcing

Sinopsis
Sejak Kampung Longkai dilanda geruh, kejadian pelik sering berlaku. Haji Ipin sedar ada kuasa jahat yang mengganggu. Makhluk durjana itu tiba-tiba muncul. Haji Ipin diserang penyakit misteri. Matanya berulat dan perutnya membusuk. Dia tahu angkara siapa, tapi mulutnya bagai dipasung. Kiai Shamsudin yang jauh di Batu Pahat mendapat firasat yang Haji Ipin, rakan seperguruannya sedang diuji permainan sihir. Sebagai pendakwah, dia wajib menyeru yang hak dan menentang yang batil. Lantas, anak didiknya Hambali dihantar ke sana untuk memutihkan yang hitam dan menerangkan yang gelap. Pertempuran mistik untuk menyelamatkan nyawa pun terjadi. Mistik tentunya ditentang dengan cara mistik. Zikir, tasbih dan tahmid jadi senjata menentang syaitan laknaktullah. Dalam debar dan gementar, mereka bergelut kerana sebuah dendam.


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters