Wednesday, August 21, 2013

KEK MARBLE PISANG COKLAT



Bahan-bahan :
250 gm pisang dilecek 
250g tepung kek
1st baking powder
200g gula castor
6 biji telur
1 sb ovellette
2 sb susu pekat manis 
50 g fresh milk atau susu cair
90 g minyak 
1 sb choc emulco
1 sk esen pisang

Cara-cara :
Leser loyang berukuran 10 x 10 inc dgn butter dan alaskan tapaknyer dgn kertas minyak.
Panaskan oven 170C.
Lenyek atau kisar pisang dan esen pisang hingga halus. Ketepikan
Satukan semua bahan dalam mixer kecuali minyak, choc emulco, pisang, esen pisang dan pukul dgn kelajuan max hingga adunan pekat dan gebu. Masukkan pisang dan putar lagi dgn kelajuan perlahan hingga semuanyer sebati.
Masukkan minyak dan gaul dgn spatula hingga adunan rata dan sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
1 bahagian diletakkan choc emulco dan satu bahagian dibiarkan pada warna asal.
Masukkan 3 sudu besar warna asal betul2 ditengah2 loyang. Kemudian tuang pula warna coco betul ditengah dan di atas warna putih sebanyak 3 sudu besar juga. Buat begini hingga 3/4 adunan kemudian buat pula dgn 2 sudu besar dan akhir sekali 1 sudu.
Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga masak.

SELAMAT MENCUBA !!!

sumber- Aleen Aireish :) 



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...