Friday, November 22, 2013

6 ciri-ciri diet yang salah!


“dah macam-macam diet saya cuba tapi gagal je! Kenapa ya ?”

Pernah tak kamu terfikir seperti ini ?

Hmmm, mungkin ada sesuatu yang membuatkan diet kamu gagal. Jadi jom ketahui 6 ciri-ciri diet yang salah tapi sering kita lakukan sewaktu menurunkan berat badan.

DIET YANG TIDAK KONSISTEN
Ini penyebab mengapa diet kamu selalu gagal. Di awal diet, semangat kamu begitu berkobar-kobar, namun di pertengahan kamu mula melanggar apa yang telah kamu lakukan. Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, kamu perlu konsisten dan berdisiplin! Tanamkan semangat dalam diri dan sentiasa ingat “untuk kelihatan cantik kamu perlu menanggung kesakitan sekejap”.

TIDAK BERSARAPAN
Alasan mengapa sarapan itu adalah penting kerana apabila kamu bangun tidur, tubuh telah berpuasa selama lapan jam lebih. Tubuh memerlukan nutrisi secepat mungkin dan jika tidak di penuhi, ia akan mengambil nutrisi yang ada di otot dan kesannya akan merosakkan metabolism. Ini secara tidak langsung telah membuatkan tubuh kamu kehilangan kemampuannya dalam membakar lemak.

PENGGUNAAN UBAT PELANGSING
Banyak pil diet di pasaran yang dapat menghancurkan lemak. Namun tidak ada penelitian yang boleh membuktikan khasiatnya. Namun begitu, pengambilan ubat diet belum tentu memberikan kesan kepada apa yang kamu mahukan.

DIET TANPA BERSUKAN
Jika kamu sudah berusaha semaksimum mungkin mengatur pola makan sihat namun berat badan tidak juga turun, cubalah melakukan senaman seperti olahraga atau pergi ke gim. Ia boleh menjadi satu altenatif untuk pembakaran lemak. Kamu tidak perlu takut badan akan menjadi berotot seperti lelaki, sebaliknya seimbangkan ia dengan suplimen khas untuk kecergasan.

SAIZ HIDANGAN
Tidak makan atau makan terlalu sedikit sangatlah salah! Idealnya, kamu perlu makan tiga kali saiz hidangan yang besar dalam sehari dan seimbangkan dengan dua saiz hidangan yang kecil. Tubuh badan kamu akan lebih mudah mencerna dan kamu tidak tidak akan merasa cepat lapar.

KURANG TIDUR
Tidak cukup tidur menjadi faktor badan kamu letih dan lesu sekali gus menghalang penurunan berat badan berlaku. Bayangkan jika tidak cukup tidur, perut akan selalu lapar dan kamu akan makan untuk menghilangkan rasa lapar tersebut. Jadi, bagi mengelakan berat badan bertambah pastikan kamu tidur sekurang-kurangnya lapan jam.


SHARING IS CARING^^
SUMBER: REMAJA 


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...