Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin -2013-

hhmmm, Hari Raya Puasa atau Aidilfitri adalah hari yang dinanti oleh umat Islam seluruh dunia selepas sebulan berpuasa. Brunei hari jumaat ni dan saya pasti negara lain hari ni kan? kan? Semoga Syawal tahun ni lebih bermakna dari tahun2 lepas. Lupakan sengketa lama antara 1 sama lain. Tiada apa yang di harapkan pada syawal ini melainkan memohon sejuta kemaafan diatas segala kekhilafan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin" untuk sahabat saya serta rakan rakan yang kenal secara langsung atau tidak langsung, rakan fb, semua pengunjung blog ini tidak kira yang dekat ataupun yang jauh, cikgu-cikgu yang mengajar saya selama ni dan yang mengenali diri ni... 

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Tangan menyusun sepuluh jari, Ampun Dan Maaf Dipinta dari hujung rambut hingga hujung kaki seandainya bicara saya mengguris hati ,tersalah bicara, tersilap kata dan ada perbuatan menyakitkan hati... setulus ikhlas saya memohon maaf dan ampun semoga Syawal yg bakal menjelang memberi seribu kenangan indah.

khas untuk sahabat-sahabat saya: Jika sepanjang perkenalan di laman muka buku ada yg terguris hati, Maaf kan segala kekhilafan saya...semoga persahabatan kekal selamanya dan berbahagia di Aidifitri. :) jangan lupa ampau... 

buat semua pembaca pembaca blog saya yang serba kekurangan ni dan rakan blogger yang sentiasa melawat ke sini saya ingin memohon maaf sekirannya ada entry yang membuat semua kurang senang. terima kasih kerana sudi melawat ke sini dan support blog ini sehingga sekarang.  sekirannya ada kekasaran komen dan mengguris hati sehingga sekarang harap dapat dimaafkan. 




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN 

dari 

Chien si putri 



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters