Sunday, September 1, 2013

NOVEL Alaf 21 OKTOBER 2013




Tajuk: Mr London Ms Langkawi
Penulis: Herna Diana
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis: 
Aidid Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela.

Nurul Liyana - Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal.

Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya… Nauzubillah.

"Macamlah bagus sangat Kota London dia tu," ejek Liyana penuh jengkel.

"Memang bagus pun," jawab Aidid dengan nada yang menyakitkan hati.

"Apa yang bagus sangat? Apa yang London ada, Malaysia tak ada? Cer cite… cer cite." Liyana melawan kata-kata Aidid.

"Yang bagusnya, kat London tu tak ada mulut mak nenek macam kau!"

Hmm... asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?



Tajuk: Setelah Hati Berbunga
Penulis: Iris Ixora

Sinopsis Setelah Hati Berbunga

Sukarnya mencari cinta sejati. Ada sahaja yang menjadi penghalang. Bagi Ehsan, Syafiq dan Harith… cinta itu perlu ada di dalam diri untuk mewujudkan perasaan kasih, sayang dan rindu.

Nurul Hani dan Faradina pernah menambat hati Harith. Namun entah kenapa lelaki ini ada sahaja membuatkan hati mereka sakit! Harith tidak pernah serius dalam bercinta. Akhirnya, dia sendiri gigit jari apabila mereka mengundur diri.

Kematian Natrah ketika melahirkan anak membuatkan jiwa Ehsan tertekan. Kehadiran Rini secara tiba-tiba di dalam hidupnya telah merubah segala-galanya. Perasaan kasih mula berputik di hati. Namun kehilangan wanita itu secara misteri merobek rindunya bertambah mendalam.

Shafiqah menerima Syafiq seadanya walaupun lelaki itu berpewatakan lembut. Dia tahu Syafiq punya perasaan cinta dan ingin dicintai. Tetapi, halangan daripada ibu bapanya merobek kegembiraan mereka untuk hidup bersama.

Siapakah insan yang sudi bertakhta di hati mereka?


Akan Datang!!
HALUSINASI~Jessy Mojuru
Novel thriller terbaru untuk jiwa kental dari penerbit Alaf 21 Sdn Bhd.

Maya begitu teruja menukilkan karya mistik. Bab demi bab dikarang dengan penuh penghayatan. Kisah misteri yang melibatkan sebuah kemalangan ngeri tiga buah kereta.

Sepanjang menyiapkan karya itu, dia sering disergah lembaga berkelubung. Ada sahaja mahkluk yang menakutkan datang mengganggu. Banyak perkara pelik berlaku kepadanya. Fikirnya, itu cuma halusinasi.

Dia juga didatangi suara tanpa wajah yang mahukan dia menyelesaikan sesuatu yang dia tidak tahu. Sedangkan dia menyangka sedang berimaginasi dengan watak-watak dalam karyanya. Tanpa disangka, segala yang tercoret dalam karyanya benar-benar terjadi! Malah rentetan daripada malapetaka itu, seorang demi seorang kenalannya mati!

Maya bingung. Dia cuma novelis. Benarkah dia sekadar berhalusinasi? Dan apa sebenarnya yang suara tanpa wajah itu mahu daripadanya? Selagi dia tak merungkai kemelut ini, selagi itu dia terus dihantui.


anda minat novelis Ramlee Awang Murshid?
Nantikan novel terbarunya "MAGIS" yang akan berada di
pasaran pada bulan Oktober 2013..

Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih adalah Saifudin, Tombiruo, Mikhail, Ryu-Watanabe dan Carlos. Terjebak ke lokasi yang berbeza-beza. 

Saifudin bertemu Syeikh Thauban – satu-satunya manusia penjaga masjid. Dipercayai masjid terakhir yang terselamat. 

Tombiruo yang kini berwajah manusia dan tampan, jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia. 

Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu. 

Mikhail pula bergaul hidup dalam gerombolan dubuk yang pandai berkata-kata. 

Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur. Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie. 

Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka. Namun di kalangan mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah dipanggil Tuan Turak – pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat. 

Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal,) maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati!






Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters