Sunday, September 1, 2013

Novel Idea Kreatif Ogos 2013


Tajuk: Pujuk Hati Dia
Penulis: Sarnia Yahya
Terbitan : Idea Kreatif Publication

Sinopsis :
Sejarah hidup menjadikan hati seorang Ain Najiha keras membeku. Dia jadi pesimis terhadap golongan kaya.

“Aku nak kau ambik cek tu dan berhambus dari pejabat ni dan juga hidup Fendi, faham! Jangan datang ke sini lagi.”- Datin Fariza.

Terasa pedih hatinya apabila kasih sayang menjadi barang dagangan. Dia tahu dia miskin tetapi, dia bukan mata duitan.

Lari dari Fendi yang sudah bergelar tunangan orang, Ain ditemukan pula dengan Tengku Ritzlan, si duda kaya yang sombong dan ego. Kali ini, dia tidak mahu menjadi perempuan lemah yang mudah diperkotak katikkan.

“Macam mana tengku boleh tak nampak, sedangkan kereta saya lebih besar daripada mata tengku!” – Ain Najiha

Tengku Ritzlan menanggalkan kaca matanya. Semakin kecil matanya yang sepet itu sebaik mendengar kata-kata Ain. Perempuan ni mulut kecil tapi berbisa, desis hatinya.

Geram dengan kelantangan Ain Najiha, Tengku Ritzlan cari peluang untuk membalas. Bicaranya sentiasa sinis sengaja mahu menyakitkan. Namun, jawapan balas gadis itu sering buatkan dia terkedu.

Dan... apabila dia tahu besarnya kesalahan keluarganya terhadap Ain, dia jadi malu sendiri. Ikhlasnya seorang Ain Najiha buatkan hati lelakinya terusik. Dia mula mengerti, dia mahukan Ain menjadi peneman hidupnya yang telah lama sunyi.

“Tak boleh ke awak panggil saya...” Tengku Ritzlan berdeham seperti memberi isyarat.

“Nak panggil apa lagi?” pintas Ain.

“Abang ke?”

Ain menghela nafasnya. “Apa kata saya panggil bang Ku?’

“Sampainya hati panggil saya bangku.”

“Yalah, singkatan daripada abang dan tengku.” Ain terus ketawa.

“Kejam sungguh... tak baik tau.”

Berjayakah Tengku Ritzlan pujuk hati Ain Najiha yang sudah membeku? Apa akan terjadi bila Fendi kembali memburu?


Tajuk: Terukir Cinta
Penulis: Anna Lee
Terbitan : Idea Kreatif Publication

Sinopsis :
Nadia yang polos, Nadia yang setia. Dia cuma perlukan dua K dalam hidupnya. Kerjaya dan Kahwin. Kerjaya? Dia boleh memohon kerja. Tapi kahwin? Hah, itu yang susah!
Lima tahun bertemankan Imran, segalanya nampak mudah tetapi apabila emak mula mendesak soal kahwin, semuanya menjadi payah. Jawapan Imran buat hatinya naik geram.

“Alah. Pandai-pandailah awak goreng mak awak tu.”- Imran

“Awak, dia mak saya tau. Kalau awak, dah lama saya buat Imran-goreng-sambal-belacan!”- Nadia

Kesabaran Nadia sampai ke kemuncaknya apabila Imran mula mencabarnya. Tanpa berfikir panjang dia nekad melamar lelaki yang kebetulan lalu di situ.

“Awak, nak kahwin dengan saya tak?” - Nadia

“O… key. Bila?” Tergagap-gagap lelaki itu menyatakan persetujuannya.

Di mata Nadia, lelaki itu nampak serabai tetapi apa dia kisah. Niat hatinya cuma satu, nak-buat-Imran-cemburu! Namun siapa sangka tindakan nekad itu, merubah corak hidupnya. Pertemuan demi pertemuan berlaku selepas itu. Siapa sangka juga, si serabai yang mata merah macam mat gian itu pakai kereta Audi yang ‘seksi’.

“Mesti awak ingat saya ni pencuri kereta, kan?” - Khalif

“Tak. Mula-mula saya sangka awak ni mat gian. Tapi tak sangka rupanya awak ni mat gian campur pencuri kereta!”- Nadia

Mereka bertemu lagi tapi kali ini si serabai sudah berubah rupa, smart dan bergaya. Waktu itu, si serabai mengaku dia seorang driver. Siapakah dia sebenarnya?

Makin lama, mereka serasi bersama tapi, Imran bagaimana? Apa akan berlaku apabila Nadia tahu siapa Khalif sebenarnya? Siapa yang Nadia pilih, Imran atau Khalif?
Berjayakah Nadia mendapatkan dua K yang sangat penting dalam hidupnya?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters