Sunday, September 1, 2013

Review: Kau Marah Aku Suka



Tajuk Novel: Kau Marah Aku Suka
Penulis: Fatin Nabila
Terbitan: Alaf 21


Seperti biasa novel Fatin Nabila mmg tk pernah mengecewakan. Super duper best...jalan cerita yg lain dari yg lain.. tapi memang berjaya membuat saya mengharyati sambil berderai airmata mengalir menyelami betapa sedihnya zaman kanak2 Dian .. Fatin mmg layak menjadi novelis...ideanya memang macam.

Dian seorang gadis yg berperwatakan agak kasar bertemu dengan Iskandar dlm keadaan marah. Semenjak pertemuan kali pertama , mereka sering dipertemukan tambahan Syarikat usahasama Iskandar n Redza adalah klien syarikat Dian. Setelah ibunya dan datuknya meninggal dunia. Dia menjalani hidup keseorangan dan tanpa kasih sayang. Dia menjadi seorang gadis yg panas baran dan tidak mesra dgn org sekeliling kecuali dgn Sara rakan baik yg dikenalinya masa belajar sehingga mereka berkongsi perniagaan bersama.
Dian yg tidak mahu menyusahkan sering memendam perasaan dan ingin mengelakkan untuk menjalinkan hubungan dgn lelaki. Iskandar pada mulanya amat bencikan Dian kerana gadis itu pada anggapannya kasar n kurang ajar sehingga dia terperangkap dlm insiden " tayar" dan "petai". Insiden apa tu? Hehehe... baca. Tetapi lama kelamaan apabila sering berjumpa dan bertekak , rasanya cinta timbul kerana terpana dgn senyuman Dian yg amat susah dia hendak tengok. Lagipun mengenangkan kehidupan gadis itu sebatang kara menyebabkan dia jatuh kasihan dan pada masa yg sama , Dian juga terpikat dgn keprihatinnya dan sikap bertanggupjawap Iskandar.

Pada masa yg sama puan salmi ibu Iskandar ingin menjodohkan Danea ank kawan karibnya dgn Iskandar. Tetapi iskandar menolak dan bertekad untuk memisahkan hubungan Iskandar dan Dian. Pada masa yg sama Iskandar ternampak Redza rakannya itu memeluk Dian. Ini menyebabkan Iskandar menumbuk Redza. Nak tahu apa yg berlaku seterusnya. Beli lah.. memang tk rugi.. 



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters