Sunday, October 13, 2013

Terbitan Alaf 21 bagi bulan November 2013




Sedutan sinopsis dari novel "AWEK ABANG POYO" karya Ummu Wafa

Sinopsis
Kasdina Alya - Seorang gadis cun, cekal dan bersemangat waja. Bersendirian mengharungi suka-duka kehidupan di kota London. 

Anas Irfan - Jejaka handsome yang poyo giler. Buat part-time di tempat yang sama dengan tempat Kasdina bekerja. Walaupun munculnya cuma dua hari dalam seminggu, namun kewujudannya sudah cukup membuatkan Kasdina sesak nafas dan huru-hara. 

Suatu hari, Anas menyelamatkan Kasdina daripada dilanggar kereta. Pertolongan tersebut diwartanya sebagai hutang, dan Kasdina perlu membayar dengan dipaksa menyamar menjadi kekasihnya. Tujuannya adalah untuk ditunjukkan pada ibu bapanya yang sedang bercuti di UK, yang dia ada awek lawa yang boleh dijadikan menantu.

Takdir berlaku tidak seperti yang dirancang. Ibu bapa Anas terus tertarik dengan Kasdina sebaik saja mereka melihat keperibadiannya. Masalah sedia ada bertambah rumit, bila mama Anas menyarungkan cincin bertunang ke jari manis Kasdina. Tidak semena-mena, dia telah menjadi tunang brader poyo itu dalam sekelip mata. Kacau, memang jiwanya bertambah kacau. Hatinya bertambah sakit bila mat poyo tu selamba saja setuju dengan pertunangan 'mee segera' itu. 


Sinopsis:

Bagai tidak terhitung penderitaan yang membelenggu hidup Najma Naqiah. Namun, dia terpaksa mengharunginya sendiri sejak ibu dan ayahnya pergi menghadap ILLAHI. Kekosongan dan kesepian menjadi bayang-bayang hitam yang mengekori bila abangnya pula hilang bersama misteri.

Selama ini, soal cinta bukan perkara utama dalam kamus hidupnya. Namun, kehadiran Arsyad mencoret sejarah baru. Insiden tertumpah air kopi menjadi detik pertemuan mereka. Malah, turut menjadi punca mereka bertingkah. Pantang bersua muka, ada saja yang tidak kena. Ditambah dengan sikap loyar buruk Arsyad, selalu menimbulkan perasaan jengkel di hatinya.

Naqiah menganggap pertemuan mereka sebagai malang! Tetapi bagi Arsyad, pertemuan itu ibarat petunjuk untuknya merungkai satu perkara. Rahsia yang selama ini Naqiah tidak tahu. Dahulu, mereka pernah makan sepinggan, tidur setilam dan berkejar-kejaran di bawah langit biru. Kini, Naqiah langsung tidak ingat wajahnya. Dia bukan sengaja menyembunyikan identiti diri, tetapi dia tidak punya kekuatan untuk berterus-terang.

Akhirnya, rahsia bukan lagi rahsia. Perkara yang Arsyad sembunyikan, terbongkar jua. Hati Naqiah terluka kerana dibohongi. Berita tentang abangnya turut menambah duka. Mengapa sukar benar untuknya mengecapi bahagia?


Sinopsis
Kali pertama mereka bersua, Airis jatuh dari pokok. Yang lebam punggungnya, tetapi yang jatuh hati pula Zahier. Jatuh tahap gaban kononnya. Kali kedua terserempak, Zahier tertolak Airis ke dalam lopak air. Airis yang basah lencun tapi Zahier pula yang kelemasan dan mahu Airis menyelamatkannya. Mengada-ngada.

Keliru. Itu yang Airis rasakan. Lelaki ini peguam atau pencuci pinggan? Puas dia mengelak tetapi Zahier pula seperti magnet yang merosakkan koordinat hatinya. Siang teringat, malam terbayang dan di antaranya ada bisa rindu yang berdenyut-denyut.

"Zahier, awak kaki buli yang baik hati."

"Airis... awak gadis yang terlalu naif."

Bagi Airis : Saya bukan naif. Saya cuma gadis biasa yang boleh jatuh, jatuh dan jatuh kalau awak terus senyum dan mengusik ritma jantung saya yang sudah tidak normal.
Sedangkan Zahier : Saya bukan lelaki yang baik untuk awak Airis. Kalaulah awak tahu, usahkan ke hujung dunia, selangkah pun pasti awak tak mahu mendekati saya.

Lalu di kategori manakah cerita cinta mereka? Kisah manis kategori terlebih dos dan bahagia hingga ke akhir hayat. Atau kisah masam payau kategori sakit jantung dan hidup berantakan kerana janji ALLAH, ujian itu sentiasa ada untuk hamba-NYA yang terpilih. 


Sinopsis
Kahwin terpaksa! Tengku Faiq memperisterikan Hadif Aufiah hanya kerana si comel Tengku Auni Ufairah. Sebenarnya dia buntu kerana tiba-tiba menjadi suami kepada wanita yang baru dikenali. Dia cuba menyayangi, tapi tak boleh. Di sisinya jasad Hadif, tapi rohnya terbang ke langit mencari bayangan Sara.

Dia tahu hati Adif terluka. Dia sedar wanita itu menderita kerana penolakannya. Tapi... dia tidak dapat berpura-pura. Antara mereka mungkin tidak serasi. Baginya, Adif dan Sara terlalu banyak beza. 

Bagi Hadif Aufiah, hidupnya ibarat peperangan. Berjuang dan berjuang untuk menang. Dia tahu cinta Tengku Faiq pada Sara tidak pernah kurang. Tapi dia tidak akan sesekali mengalah demi Tengku Auni Ufairah, anak saudaranya sendiri.

Kesabaran Adif akhirnya membuka pintu kasih Tengku Faiq. Tapi kehadiran Nadhirah menyingkap cerita lama yang kelam. Tengku Faiq membuangnya tanpa belas. Saat hatinya dicarik-carik sesuka hati, ALLAH kurniakannya zuriat sebagai kekuatan. Fikirannya berbolak-balik. Haruskah suaminya tahu tentang ini? Atau... dia akan dibuang lagi? Sememangnya kenyataan itu pahit untuk ditelan.


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters