Thursday, March 6, 2014

Novel Terbitan Alaf 21 mac 2014





Sebuah kisah komedi romantic tetapi ada linangan air mata. Novel ke 6 Intan Arnida yang pasti membuat anda ketawa dan menangis.
Tajuk: Merah Violet Bibirmu
Penulis: Intan Arnida
ISBN: 978-983-124-939-0
Halaman: ~608
Terbitan: alaf 21

Sinopsis
Dayang Mas Lafina tidak sanggup bersuamikan lelaki tua bernama Tuan Arman. Namun dia dipaksa jua oleh ibu tirinya demi harta dan wang ringgit. Pilihan hatinya Ezroy Aidid itu nun jauh di mata. Sukar baginya untuk menghubungi Ezroy kerana telefon bimbitnya disimpan oleh ibu tirinya. Bagaimana dia mahu menceritakan penderitaan yang ditanggungnya? Dia nekad… pada hari pernikahannya, dia melarikan diri dengan bantuan dua orang sahabat baiknya. Dia cuba mendapatkan perlindungan daripada Ezroy, namun kerana termakan hasutan dan fitnah, lelaki itu menuduhnya pisau cukur. Akibatnya dia telah didera, diseksa dan dihina serta disuruh menjadi pembantu rumah. Pedih pilu hatinya hanya TUHAN yang tahu. Ikutkan marah mahu sahaja dia melarikan diri. Namun bimbang akan dicari orang-orang upahan ibu tirinya, dia rela dirinya ditohmah oleh lelaki yang amat dicintai suatu waktu dahulu sehinggalah suatu hari dia koma setelah menjalani pembedahan akibat penderaan fizikal dan mental yang tidak berkesudahan.



Sudah lama menanti, akhirnya Puteri Andalas muncul dengan novel terbaharu. Ceritanya sungguh syahdu. Jangan lupa dapatkan novel ini nanti.
Tajuk: Cinta di Blue Mountains
Penulis: Puteri Andalas
ISBN: 978-983-124-937-6
Halaman: ~608

Sinopsis
Awadilia dan Fahmi Sazly saling menyintai antara satu sama lain. Tetapi lelaki itu, tidak pernah melafazkan kata. Pinangan keluarga lelaki itu ditolak. Dia tahu, dia bukannya pilihan hati Fahmi Sazly tapi kemahuan keluarganya. Dengan hati yang remuk, Awadilia mengahwini Dani dan berhijrah ke Australia. Tidak lama selepas itu, Dani pergi menghadap Ilahi. Hanya Jimie, anak tirinya sebagai teman pengubat duka. Selepas enam tahun, Awadilia kembali ke Malaysia. Fahmi Sazly muncul dan mengaku masih mencintainya. Hati Awadilia terubat. Cinta mereka mula bertaut. Tetapi malangnya, jodoh mereka bukan di dunia. Awadilia pasrah. Dia yakin Fahmi Sazly redha andai lelaki lain yang menjadi pendamping hidupnya.


Dhiya Zafira muncul dengan novel terbarunya. Tajuk yang amboi... amboi... melekat di kalbu. Cover pun romantiknya. Jangan lupa beli nanti ya.
Tajuk: Setiap Detik Nafasku
Penulis: Dhiya Zafira
ISBN: 978-983-124-938-3
Halaman: ~592

Sinopsis
Tujuh tahun Dzar Thalha terperangkap dalam dendam dan air mata. Niat untuk menuntut bela memakan diri apabila dia menjadi mangsa. Dia tidak mampu berbuat apa lagi, bila tangan sudah digari. Dia terjerat dalam tirai besi. Dendam itulah yang menjadikan dia lelaki sebenar. Kerana dendam, dia bangkit daripada kekalahan. Namun siapa sangka, kerana dendam, dia menemui sesuatu yang lebih indah. Cinta dan harapan. Azra Qairina mencuit hatinya. Namun hidup gadis itu amat memeritkan. Dia dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintai. Bila dua jiwa yang terluka bersama, mereka faham erti derita. Dan bibir tidak perlu berkata apabila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu. Lantaran itu hubungan mereka diuji apabila dendam masa silam mula menjelma.


Siapa nak KAHWIN DENGAN SAYA? Eh. Bukan! Bukan! Bukan saya, tapi kisah dalam novel terbaru Novelis Aleya Aneesa yang bakal terbit April 2014 ini!~ Nantikan!  Err, nak tanya balik.. Kahwin Dengan Saya? 
Tajuk: Kahwin dengan Saya
Penulis: Aleya Aneesa
ISBN: 978-983-124-940-6
Halaman: ~672
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis
Ringkas dan mudah! Itu jati diri Umair Haq. Tapi bila masuk bab pilih calon isteri, dia cerewet. Calon umi, dia tak mahu. Yang suka menghimpit, dia tak ingin. Skema, dia tak sudi. Kalau bersolek macam pelakon Opera Cina, dia alergi. Pakai baju ketat dan singkat, sah-sah dia tolak. Haq mencari isteri dan ibu buat Irham Firdaus. Bukannya sarung nangka, jauh sekali model pakaian berjenama. Apatah lagi si seksi yang membuatkan lelaki hidung belang melopong mulut. Namun pertama kali bertemu Qara Nisa, ada lagu cinta merdu di hatinya. Dimandikan air tembikai pun dia tetap senyum. Lebih parah, yang disentuh Qara itu Irham, yang terasa seperti terkena litar pintas, dia. Sedangkan bagi Qara, cinta itu hilang magis bila dirinya ditolak kerana harta. Lantas, lamaran Haq yang datang tak kena masa, ditolak selamba. Haq itu tipikal lelaki menjengkelkan dalam tenang.

Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters