Thursday, October 24, 2013

Akan Datang..Novel BUKU PRIMA bulan November..





Tajuk: CINTA KEDUA
Penulis: Zihasra Aziz

Sinopsis:
Belumpun berkahwin Erin Natasha sudah pun mengandung. Kejadian yang tidak disengajakan itu benar-benar membuatkan Erin mati akal dan degup jantungnya seakan terhenti. Perkahwinan yang dirancang bersama Zareef mengundang derita buat Erin. Zareef meninggal dunia akibat kemalangan di jalanraya. Erin kehilangan punca. Bagaimana dengan nasib anak yang dikandungnya? Mampukah dia menyimpan rahsia itu seorang diri?

Namun wasiat yang diamanahkan oleh Nek Sarah telah membuka lembaran baru dalam hidupnya. Dia bersetuju berkahwin dengan Harris Haikal walaupun dia tahu sepupunya itu sudah mempunyai kekasih. Dan Harris Haikal pula terpaksa menerima Erin kerana harta keluarganya. Dia sanggup melakukan apa saja agar harta keluarganya dapat diwarisi. Tegarkah hati Erin meneruskan ikatan perkahwinan tersebut walaupun saban hari saban waktu hatinya sering disakiti oleh suaminya. Adakah cinta kedua menjanjikan bahagia buat mereka berdua?



Tajuk: SELAGI AKU MASIH ADA
Penulis: Mya Effa
Harga: Rm27.90

Sinopsis:
Demi mengisi kekosongan hati, Khairul Azween menerima Shazzy sebagai kekasih. Namun kemunculan Azhari, membuatkan jiwa Azween kacau-bilau. Lelaki itu tidak pernah jemu merayu kasihnya yang telah lama hilang.

Cinta itu duka, cinta itu lara. Pengakuan Shazzy mengatakan yang dia telah berkahwin dengan cara ‘paksa’ telah merobek semula luka lamanya. Akibat terlalu kecewa, akhirnya Azween menerima Azhari sebagai teman hidup. Melihat kesungguhan Azhari membuatkan dia yakinyang lelaki itu mampu membahagiakannya. Namun tiada sesiapa yang mampu menahan ujian ILAHI apabila Azween disahkan menghidap kanser pangkal rahim. Sedaya upaya dia merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan si suami.

Krisis rumah tangga Azween dan Azhari terjadi dengan kehadiran Hardija, gadis yang pernah merampas Azhari daripadanya suatu ketika dahulu. Keadaan bertambah parah apabila Azhari mulai mengesyaki isterinya mengadakan hubungan sulit dengan Doktor Hazim.

Azhari lalu membawa diri meninggalkan Azween bersendirian. Shazzy pula mulai mengambil kesempatan mengganggu hidup Azween saat dia ditinggalkan keseorangan. Di kala itu, tiada apa yang difikirkan Azween melainkan maut. Andai ditakdirkan umurnya tidak panjang, masih adakah hari esok untuknya agar dia berpeluang untuk mengecapi kebahagiaan yang dinikmatinya semalam?



Tajuk: OPS! DIA BUAH HATIKU
Penulis: Mya Effa

Sinopsis:
Muhammad Akif Raihan, seorang pemuda yang tidak pernah mengenali Rana Fathiah a.k.a Thia. Namun, dia sering menjadi mangsa keganasan gadis berlesung pipit itu. Sesungguhnya dia berasa aneh dengan sikap Thia yang begitu sukar untuk diduga.

Rana Fathiah, seorang gadis belasan tahun yang hidup tanpa adik-beradik dan dibesarkan oleh ibunya seorang diri. Sepanjang hayatnya, Thia tidak pernah berkawan dengan hamba ALLAH yang berlainan jantina daripadanya. Hal ini menjadikan Thia begitu sensitif apabila berbicara tentang isu lelaki, cinta atau apa saja isu yang sama waktu dengannya. 

Kemunculan Rizqi, Hafiz dan Yaya membuat hidup Thia semakin kusut. Satu per satu musibah menimpanya. Dan dia tertanya-tanya, adakah Raihan menyimpan perasaan terhadapnya juga? Jika benarlah mereka saling menyimpan dan menyulam perasaan cinta dan kasih, mengapa begitu sukar untuk mereka mengecap bahagia?





Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters