Wednesday, August 6, 2014

Novel terbitan fajar pakeer bulan ogos 2014





TAJUK : DUP! DAP! JANTUNGKU BERHENTI
PENULIS : EMMA RUSDI
ISBN : 978-967-363-206-8

“Aku hanya mahukan seorang putera raja yang bisa membuatkan dunia ini berhenti berputar, jarum masa berhenti sesaat, jantung berhenti berdegup kemudian semuanya bergerak pantas. Dup! Dap! Dup! Dap!” 

Tiada siapa yang akan faham dengan impian Audra Laily ini. Semua orang menyatakan impiannya itu hanya satu angan-angan kosong. Memang Audra suka berangan, tetapi dia pasti angan-angannya itu adalah satu impian yang pasti. Pertemuan kali pertamanya dengan Zack membuatkan Audra membenci lelaki itu. Tanpa mereka mengenali antara satu sama lain, lelaki itu sudah mula memperlekeh impiannya.

“Tuan puteri sedang menunggu putera raja mana untuk datang ambil tuan puteri?”- Zack.

Itulah ayat pertama yang diucapkan Zack pada pertemuan pertama mereka. Ayat yang penuh dengan sindiran itu menyebabkan jantung Audra semakin berlari dengan laju walaupun pada hakikatnya lelaki itu hampir sahaja membuatkan dunianya berhenti berputar dan jantungnya berhenti berdegup. Pertemuan itu berakhir apabila Audra bertindak menanduk hidung Zack dengan kepalanya. Lantas terus melarikan diri. Namun, diari miliknya telah tertinggal di situ.

Melalui diari itu, Zack mula menjejaki siapa diri Audra yang sebenar. Semakin mengenali Audra, semakin hatinya tertaut. 

“Kenapa awak pandang saya macam tu, Cik Audra? Apa saya dah buat jantung awak berhenti berdegup? Kemudian, berdegup dengan laju. Dup! Dap! Dup! Dap!” 

Angan Audra untuk bertemu dengan seorang putera raja yang bisa membuatkan jantungnya, dunianya, berhenti seketika kemudian bergerak dengan pantas telah menjadi kenyataan. Sayangnya, lamaran yang dibawa oleh Zack untuk menyunting dirinya sebagai ratu hati datang daripada Syed Zikri dan bukan Zack sendiri. Kenapa saat hatinya sudah terpaut kepada Zack, hadir Syed Zikri menjadi penghalang? Namun, kenapa Syed Zikri tidak pernah berani menyuarakan isi hati sendiri, hanya menggunakan bayang Zack? Siapa Zack? Siapa Syed Zikri?



Kami dapat mesej daripada pembaca bertanyakan tentang perbezaan dan persamaan gambar di atas. Jawapannya;
Perbezaan : Ratu Hati Si Putera Arab adalah tajuk versi enovel Emma Rusdi dan Dup! Dap! Jantungku Berhenti pula tajuk versi novel Emma Rusdi.
Persamaan : Keduanya adalah cerita yang sama.
Nak tahu betapa mantopnya novel ketiga Emma Rusdi ini, dapatkannya. Memang tak boleh lepaskan.


TAJUK : BUKAN SUAMI SEMENTARA
PENULIS : NANA BILLA
HARGA : RM24 / RM27
ISBN : 978-967-363-205-1

Nur Anilsa Najwa - Hidupnya begitu bahagia. Apatah lagi dengan kehadiran Fiqri yang sikit masa lagi akan menjadi suaminya yang sah. Tapi, ujian Allah tak siapa dapat menjangka. Pada hari yang sepatutnya membuatkan dia bahagia, hatinya ranap dengan halangan si ibu.

“Fiqri tak boleh kahwin dengan Nisa.” 

Fiqri Izham - Kalau ikutkan hati, kenyataan itu takkan dipandang langsung. Tapi, kenyataan itu bukannya fantasi. Dia berada di dunia realiti. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk telan segalanya. Demi kebahagiaan sebuah keluarga, dia perlu teguhkan hati.

“Kita lari.” 

Kerana rasa cinta, Anilsa sanggup menuntut janji. Tanpa memikirkan hati yang lain akan kecewa, dia tetap dengan keputusannya. Namun, Allah punya rancangan yang jauh lebih baik. Kematian Encik Mustafa membuatkan Anilsa sedar, baik keluarga atau Fiqri, dia tak punya pilihan. Lalu dia pergi meninggalkan segalanya. Tanpa dia sedar, dia takut untuk jatuh cinta.

Perkahwinan Fiqri memaksanya untuk pulang. Apabila hati mula menerima, kenapa Wati yang menjadi isteri lelaki itu? Dendam lama antara dia dengan Wati membuatkan dia nekad. Untuk menyakitkan hati wanita itu, dia perlu berpura-pura menggoda Fiqri. Tapi, akhirnya dia pula yang tersepit.

Ryan Asyraf - Aku tak tahu ini jodoh atau apa. Ini kali ketiga kita jumpa. Kalau kau tak kisah… kita kahwin!

Kehadiran Ryan dianggap tuah buat Anilsa. Lalu, dia menjadikan lelaki itu sebagai suami sementara. Sering kali Ryan mengatakan cinta, sering kali dia berlalu pergi. Baginya, Ryan mengahwininya hanya kerana kemahuan keluarga mereka. Tapi, Ryan Asyraf yang terlalu memahami sering membuatkan hati lari dari tangkainya. Lalu, dia rela untuk menjadikan lelaki itu sebagai bukan suami sementara. Tapi, bila hati dah kata suka, kenapa masih ada halangannya apabila rahsia mereka menjadi taruhan dan cemburu pula mula menular. Anilsa buntu. Apakah cinta tak mungkin menjadi miliknya? 


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters