Friday, March 14, 2014

Novel terbitan lovenovel bulan Mac 2014





Tajuk: Daripada sekeping surat samanmu
penulis : Shila Alish

Bermula hanya DARIPADA SEKEPING SURAT SAMANMU yang diterima dari seorang pegawai polis trafik, Megat irfan Wafiy, cikgu Puteri Salwani mula berubah setelah hidup dengan dendam selama lebih 5 tahun akibat dikecewakan oleh seorang lelaki yang dicintainya separuh mati. Bagi pihak Tuan Megat, dia mula jatuh hati pada gadis yang telah disamannya itu kerana merasakan dia seperti telah mengenali gadis itu sebelum ini.

“Wani….sebenarnya saya dah lama kenal awak…tapi kenal melalui gambar saja…”- Tuan Megat.

Hubungan kedua-dua orang tua Tuan Megat dan orang tua Puteri Salwani yang kebetulan berkawan baik cuba mengatur jodoh mereka. Kemunculan semula lelaki durjana itu, Fauzan, telah memporak-perandakan hidupnya yang baru sahaja ingin menyemai benih-benih cinta bersama Tuan Megat

“Hei! Kau dengar sini baik-baik. Wani ni sebenarnya cukup sayang dan cintakan aku dulu….dan aku yakin yang dia masih sayang dan tetap cintakan aku sekarang ini. Aku tahu dia tak dapat lupakan aku sebab aku ni kekasih awal dan akhir dia….kehadiran kau tu cuma untuk mengubat hati dia yang terluka disebabkan aku”- Fauzan

Masa depannya yang mulai gelap akibat perbuatan lelaki durjana itu, menyebabkan Puteri Salwani mula berhasrat untuk mengundurkan dirinya dari lelaki sebaik Tuan Megat.

“Awak…..tolonglah pergi. Saya dah tak mampu untuk berhadapan dengan awak lagi. Saya tak kuat. Tolonglah….jangan tambah lagi derita saya ni. Awak lelaki yang baik….dan memang tak layak untuk perempuan kotor seperti saya ni…”- Puteri Salwani

“Saya nak Wani tahu yang saya tetap akan tunggu Wani sampai bila-bila……sampai pintu hati Wani terbuka kembali untuk saya kerana hati saya tak pernah berubah walau sebesar zarah sekali pun kerana sekali saya mencintai seseorang, insya Allah saya akan terus mencintainya selamanya…….”-Tuan Megat

Pertemuan yang tidak disengajakan dengan Izham yang mempunyai paras rupa saling tidak tumpah seperti Tuan Megat, menyebabkan misi untuk melupakan Tuan Megat semakin sukar.

“Awak ni artis popular ke? Kalau ya, minta maaflah…..saya memang tak minat nak mengikuti perkembangan artis-artis di Malaysia ni…..”- Izham

Izham telah memberikannya jawapan kepada persoalan yang cukup dicari-carinya selama ini.
Siapakah sebenarnya Izham? Apakah jawapan itu? Mampukah Puteri Salwani mengundurkan diri dari hidup Tuan Megat? Bagaimanakah pula dengan Tuan Megat? Sanggupkah dia terus menunggu jawapan dari Puteri Salwani?



Tajuk: Jodoh Sebelah Pintu
penulis : Dekna Lee 

Mona Airawani bakal dijodohkan dengan lelaki yang penuh misteri bergelar Alang yang tidak pernah dilihat dengan mata kasarnya. Hubungan mereka hanya berlangsung melalui telefon, hanya suara tanpa rupa!

“Janji yang awak gantikan tempat saya bila akad nikah nanti? Awak jabat tangan dengan tok kadi dan biar saya yang ambil tempat awak. Bersimpuh di belakang.” ~Encik Tunang Tubi.

Namun begitu pertemuan pertama yang diatur terpaksa dibatalkan gara-gara terserempak dengan dua orang jirannya yang berperangai seperti hantu, Irfan dan Badrul. Dalam pada berperangai seperti hantu., Mona dikejutkan pula dengan sebuah kenyataan. Bakal tunangnya tidak jauh, terlalu dekat, malahan hanya sebelah pintu! Tapi siapa? Adakah si Badrul Syah yang suka mencari fasal?

“Ganasnya akak. Tutup pintu guna kepala lutut.” ~Badrul Syah

“Nak tutupkan mata orang dengan kepala lutut ni pun boleh.” ~Mona.

Atau si Amirul Irfan yang tidak kurang celoparnya?

“Ala, Mona, bolehlah... tadi tengok macam tak best. Bila tengok lidah Mona yang cute rasa aiskrim tu, automatik abang rasa...” ~Amirul Irfan

Pap!! Tak sempat dia sambung, sudah terpacak aiskrim kon di atas kepala dia.
“Automatik rasa sejuk kat atas kepala, kan?” ~Mona Airawani

Setelah identiti misteri si tunang terbongkar, hati Mona Airawani mula dibelit perasaan bersalah kerana sering bersikap buruk terhadap lelaki itu. Apatah lagi benih cinta dan sayang cuba disemai sebaiknya demi kebahagiaan mereka berdua di masa hadapan. Namun ada resah kian berbelit dengan kehadiran orang ketiga yang datang mengganggu.

Mampukah Mona dan si tunang dari sebelah pintu melalui cabaran-cabaran yang mendatang? Dan, siapa sebenarnya tunangan Mona Airawani?


Tajuk: Isteri Aku Kalis Cinta
penulis : Mawar Kamila

“Saya harap, saya benar-benar kalis cinta. Saya tak mahu mencintai awak.
Saya terlalu ingin membenci awak. Andai masa dapat diundur, saya nak perkahwinan ini tak pernah terjadi supaya saya tak akan pernah memberi hati pada awak.” ~ Diya.
Pada Diya, Zahil hadir mengubat luka silamnya kemudian merobek pula luka yang lebih dalam. Maaf? Diya memilih, tidak!

Hancur luluh hati Zahil Hariz apabila bahagia yang mereka bina musnah kerana kedegilan Diya. Zahil tiada upaya untuk mengubah masa silam Diya sebagaimana dia tidak berdaya mengubah hubungan cinta mereka yang cukup
rumit. Kemunculan watak Zakuan, Syamil, Tina dan Nadya menambah konflik sedia ada.

“Allah memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Allah hanya anugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Allah telah berikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Dan awak, Adelia Dayana adalah cinta saya.” ~ Zahil.

Memberi kasih pada yang tidak mahu menghargai, sakitnya bagaikan patah hati. Hakikatnya, Zahil tak pernah meragui hati Diya. Namun apabila ada insan lain yang mampu buat Diya mengukir senyum, Zahil beralah dengan memberi hak
kepada Diya untuk membuat pilihan.
Penceraian atau kemaafan? Apakah pilihan Diya?

‘Isteri Aku Kalis Cinta’ merungkai penghujung sebuah dendam dan penantian.



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters