Tuesday, April 1, 2014

Novel terbitan PENULISAN2U APRIL 2014





Tajuk: Setanggi Cinta Umairah
Penulis: Bunga Amani
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-27-3

NUR UMAIRAH… Gadis kampung yang alim dan tidak pandai menonjolkan kecantikannya. Melakukan perubahan diri demi sayang akan persahabatannya dengan Juma yang sama-sama mengharungi suka duka kehidupan di alam kampus. 

IMRAN… Jejaka kacak yang dibuai cinta dengan gadis idamannya, Zulaikha. Hubungan yang dibina beberapa tahun musnah jua akhirnya apabila Zulaikha berpaling.

Imran dan Umairah : Takdir. Disatukan untuk menjaga maruah keluarga masing-masing. Penyatuan tanpa rasa cinta dalam diri, tidak seperti pasangan yang lain. Imran yang masih mengharapkan Zulaikha menolak terus Umairah dari hidupnya. Namun, tidak pula dia ingin menceraikan Umairah.

“Umairah… tu bilik kau, ni bilik aku. Rumah ni rumah aku. Jadi aku tak suka kau ubah apa-apa. Kalau kau rajin sangat, buat je dalam bilik kau tu. Kat luar ni semua kawasan aku… Kau tak boleh tuntut apa-apa pun daripada aku. Kau bukan sesiapa pun. Kau faham apa maksud aku, kan?” – IMRAN

Walaupun begitu, Umairah tetap mendahulukan suaminya dalam apa jua urusan hariannya biarpun dia dilayan sedemikian. Perasaan aneh mula terdetik dalam hatinya apabila layanan Imran terhadapnya berubah. Namun, dia sedar siapa dirinya kepada Imran.

“Awak tak panas ke duduk dalam bilik kecik ni?” - Umairah
Tak. Sebab abang ada sayang, sejuk mata memandang.” - Imran

“Dulu ada orang cakap dengan saya, dunia saya hanya dalam bilik kecik ni. Jadi saya dah tak boleh nak keluar dari dunia saya ni.” - Umairah

Haruman cinta Umairah hanyalah untuk suaminya biarpun dia didatangi jejaka kacak lain. Pada saat bahagia mula menerjah rumah tangganya, dia dan Imran diuji dengan pelbagai musibah.

Mampukah Imran menebus kesalahannya sekaligus menggapai cinta Umairah? Namun bagaimana pula penerimaan Umairah apabila mengetahui Imranlah penyebab kematian arwah ayahnya?


Tajuk: Suamiku Mr. Boss
Penulis: Elin Nadia
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-28-0

NAIM HAZIQ, seorang lelaki kota yang berasal daripada keluarga berada telah jatuh cinta pandang pertama dengan SAFIA HANA, seorang gadis desa yang hidup sederhana. Naim memerlukan Safia hidup di sisinya kerana gadis itu penuh dengan jiwa penyayang. Manakala Safia yang masih muda dan naif memerlukan seorang lelaki yang boleh membimbingnya menjadi seorang wanita dewasa yang matang.

Sebelum kahwin, Safia rasa dia tepat memilih Naim. Lelaki itu sempurna di matanya. Walau apa juga rintangan, dia terima asalkan dapat hidup bahagia dengan Naim. Hakikatnya dia tidak tahu Naim sebenarnya seorang lelaki kaki buli dan sudah mengatur rancangan untuk mengawal hidupnya. Maka hidup Safia jadi kacau-bilau kerana sikap Naim yang kuat cemburu, panas baran dan suka mengongkong.

“Semua perkara yang Safia nak buat kena beritahu abang dulu. Kalau tak ada hal penting duduk kat rumah aje, tak payahlah nak merayap pergi mana-mana. Kalau nak pergi ke mana-mana juga kena ditemani bodyguard. Tak boleh balik malam. Aktiviti berbahaya macam panjat gunung, jungle tracking, scuba diving, payung terjun dan segala aktiviti berlumba jangan haraplah abang akan izinkan.” Naim membebel panjang. 

Meluap hati Safia mendengarnya. “Teruklah abang ni. Perangai macam budak-budak. Kalau abang banyak kerenah lagi, Safia ternak lipas baru abang tahu.” 
Serta-merta bulu roma Naim meremang apabila mendengar ugutan itu. Dalam diam, dia menelan air liur. Sejak kecil lagi dia memang takutkan lipas!

“Good night, sweetheart. I love you,” bisik Naim. 

Eh, eh... Tadi garang, sekarang jadi romantik pulak? Tak payahlah nak cover macho. Tak handsome pun!

“Good night, Mister Boss. I hate you.” Safia membalas geram.

Naim tersenyum mendengarnya. Dia tak kisah apa juga tanggapan Safia terhadapnya. Biar Safia rasa terkongkong hidup dengannya asalkan hatinya berasa tenang dan bahagia. 



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

2 comments:

Anonymous said...

errm mcm best je cite dia inshaAllah nnti nk try beli
o∩_∩o

Tinta cinta said...

hehe.. suamiku mr boss best tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters