Wednesday, July 30, 2014

Novel terbitan ilham persona julai 2014


Actually, Dia Memang Playboy ~ Dinie Nazmie Kamiel

KISAH HEBAT SEORANG LELAKI....

BERCINTA dengan ramai perempuan memang best. Itulah yang dirasai Norman apabila mencintai Sahira dan Datin Alysa sekaligus. Sahira sangat cantik, lawa dan menawan. Manakala Datin Alysa pula masih muda, bergetah dan kaya-raya.

“Kadang-kadang saya tidak dapat mengenali diri saya sendiri ketika bersama awak. Belaian manja awak benar-benar membuatkan saya hilang ingatan.”SAHIRA

“Awak melemaskan saya. Tetapi ‘kelemasan’ itu terlalu seronok untuk saya lalui.’DATIN ALYSA

Kemunculan Puan Sheila yang sangat ‘mantap’ secara tiba-tiba pula membuatkan Norman dalam dilema sama ada mahu menyambut kasih sayang perempuan itu ataupun tidak.

“Tempat terbaik untuk menghilangkan rasa rindu adalah di ketiakku.” PUAN SHEILA

Sahira hilang secara misteri membuatkan Norman berasa gundah. Kebahagiaan Norman bersama Datin Alysa telah berubah menjadi malapetaka. Sifat keibuan Puan Sheila yang melampau membuatkan Norman tidak selesa. Bagaimana Norman mahu menyelesaikan masalah ini? Siapa Hadi si kacak? Siapa Bahari si panas baran? Siapa Aida si anggun? Siapa pula Suzi, Lisa dan Mira? Semuanya akan terungkai....

“Cinta ibarat penyakit kulit, makin digaru makin sedap. Tapi kalau kulit sudah berdarah sebab digaru dengan kasar, ia amat menyakitkan.” NORMAN


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...