Wednesday, July 30, 2014

Novel terbitan ilham persona julai 2014



PASTI MEMBUATKAN PENGALAMANMEMBACA ANDA MENJADI LUAR BIASA!

MANUSIA paling dibenci Pyqa adalah bosnya iaitu Farid. Kalau boleh, Pyqa mahu melempang bosnya berkali-kali sampai lelaki itu berpusing-pusing kepala. Setiap hari, bosnya selalu memberi arahan di luar kemampuan Pyqa sebagai seorang pekerja.

“Semakin dia memberikan tekanan, semakin aku membencinya. Tetapi kebencian itu adalah perkara yang mustahil untuk aku tidak menyukainya.” PYQA

Sebagai seorang yang lasak dan sering melakukan aktiviti mencabar, kehidupan Pyqa dipenuhi pengalaman yang sangat luas. Pernah dilanda kesedihan setelah gagal dalam percintaan bersama Fahmi membuatkan Pyqa menjadi matang.

“Syurga wanita bukan pada tubuh yang dimiliki. Tetapi adalah rasa sayang yang tidak dapat digambarkan, namun hanya dapat dirasai.” FAHMI

Kemesraan Pyqa dengan Syamil berjaya membuang segala kesengsaraan bekerja di bawah seliaan bos yang berperangai mengalahkan Israel.

“Cinta yang berkembang mesti daripada hati yang subur. Apabila anda berada jauh darinya, cinta itu akan melepas. Apabila anda mendekati, ianya bagaikan melarikan diri!” SYAMIL

Segala keperitan itu akhirnya berubah apabila bos paling dibenci Pyqa tiba-tiba menjadi seorang yang sangat baik. Kebaikan yang ditonjolkan oleh bosnya mengundang seribu satu persoalan di dalam hati Pyqa. Mengapa bosnya menjadi begitu? Hanya bos sahaja yang tahu!

“Sebagai bos di pejabat, pasti membuatkan orang yang anda suka membenci anda setiap hari.”FARID



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters