Wednesday, August 6, 2014

Novel terbitan lovenovel bulan ogos 2014




Novel keluaran bulan OGOS 2014 **** Order belum dibuka ****

TAJUK : JANJI PADA-NYA
PENULIS : FAZLYN RIDZ

Sinopsis:
Aku dan Estaban bertemu.. namun aku tidak pernah jatuh cinta kepadanya. Sayangnya dia terus menagih perhatianku. Namun dia tidak pernah faham betapa mahalnya perhatian yang hendak kuberikan kepada lelaki persis itu.

“Dengan saya memang susah, sebab saya bukan dia.. bukan juga perempuan-perempuan yang awak peluk setiap hari. Saya bukan perempuan simpanan awak. Puas hati sekarang?” -Insyirah

“Awak pun perempuan. Apa naluri perempuan seperti awak tidak sama dengan yang lain? Awak dari planet mana?” –Estaban

Estaban kaki perempuan. Kacak... kaya dan juga nakal! Tetapi ada yang menjadi duri dalam jiwaku. Dia tidak percaya kepada Tuhan, tidak suka kepada agama. Rohaninya jauh tersasar. Pedomannya entah ke mana. Lelaki seperti dia tidak layak untuk aku jadikan sandaran. Pantaskah aku memilih lelaki seperti dia?

Takdir membawa aku ke dalam kehidupan yang tidak pernah aku bayangkan. Mengahwini lelaki seperti itu bukanlah angan-anganku. Tetapi itulah hakikat yang harus aku tempuhi. Estaban a.k.a. Ariff menjadi suamiku kerana keterlanjurannya sendiri. Memegang pegangan sebagai orang Islam bukanlah kehendaknya.

Namun terdayakah aku mengislamkan seorang suami yang cukup angkuh? Mampukah aku menahan gelora di hati tatkala ayah kepada anak-anakku itu semakin jauh daripada batasannya? Termampukah aku menahan Ariff daripada murtad semula?

Semuanya tidaklah mudah seperti yang dibayang. Usaha, doa dan tawakkal adalah pegangan setiap hamba-Nya. Akhirnya nanti Tuhan pasti akan menunjukkan jalan untuk mereka. Dia datang bersama maaf, sesal dan taubat. Namun mudahkah jiwa perempuan yang teruk tercalar ini untuk menerimanya semula? Sejauh mana kata-kata itu dapat aku pegang?

Mampukah manusia seperti dia menerima hidayah dan taufik daripada Allah?
Janji Pada-Nya bukan sekadar kisah cinta. Kisah tentang kehidupan antara dua manusia yang berbilang prinsipnya. Namun Janji Allah... semua yang berlaku itu pasti akan ada akhirnya. Di situlah titik tolak kebahagiaan sedang bermula.


TAJUK : SETELAH CINTA ITU PERGI
PENULIS : EAST DIANI

SINOPSIS:-
Perkahwinan Ikram dan Marina bahagia disulami cinta yang sentiasa memekar walaupun tanpa dikurniakan zuriat. Siapalah mereka untuk menidakkan takdir Tuhan. Janji yang kukuh terpateri akhirnya rapuh.Kehadiran Insyirah dan anak kecilnya menggoyahkan rumah tangga yang kukuh terbina.
Insyirah memang bijak sehingga Ikram termakan kata dustanya. Hati Marina remuk kala dia dipersalahkan oleh suami tercinta. Kerana cemburu buta Ikram, kesetiaan Marina diragui dan kepercayaan terhadapnya dipersoalkan. Hati itu makin parah saat lafaz cerai terzahir di mulut sang suami.

“Rina, sebaik kau melangkah keluar dari rumah ni, aku ceraikan kau!” - Ikram

Marina pergi membawa diri dengan seribu duka di hati. Disangka kasih itu berpanjangan, rupanya hanya satu persinggahan.Tidak editoleh ke belakang lagi. Perjalanan harus diteruskan, demi mencari penawar duka di hati. Namun satu per satu kehilangan menghimpit diri. Rasa kehilangan orang yang disayangi, amat memeritkan jiwa Marina.
Setelah cinta itu pergi, barulah Ikram menyesali.

“Jangan kerana kisah lalu, Rina menyimpan perasaan benci kepada abang. Tak sanggup rasanya apabila Rina bencikan abang.” - Ikram

Tapi hasrat hati memiliki Marina semula dihalangi keluarga. Mereka cukup rasa terhina dengan tindakan Ikram terhadap Marina.
Kerana tidak mahu Marina hidup dibebani kisah lalu, keluarganya telah menentukan jodoh untuknya. Namun cinta yang bertakhta di hati memang sukar disingkir pergi. Hadirnya Adam, cuba mengubati hati Marina yang penuh dengan seribu kisah duka. Ingin menjadi penyelamat kerakusan hatinya yang sengsara. Sebagai tunang kepada Marina, mampukah Adam memecah tembok hati Marina?
Apakah cinta di hati Marina akan terus pergi hilang selamanya? Sampai bilakah pintu hati itu akan terkunci? Perlukah dia melupakan kebahagiaan yang hadir di depan mata begitu sahaja? Adakah Adam mampu membuka pintu hati yang terkunci selama ini? Atau adakah kasih Marina masih kuat terhadap Ikram? Siapakah yang akan menjadi pilihan Marina setelah cinta itu pergi?


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters