Wednesday, August 13, 2014

Novel terbitan alaf21 bulan September 2014





Tajuk: Dialah Cinta Hatiku
Penulis: Aisya Sofea
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis
Bagi Julianna Isabelle, cinta hanya sekali. Sudah enam tahun dia bersama Rizan. Namun apa yang dirasa; Rizan bukan lelaki yang mengganggu mimpinya. Rizan juga bukan lelaki yang dia rindui. Nanar gelisahnya juga bukan kerana lelaki itu. Tapi siapa? Ada satu nama yang terukir di sudut hatinya. Megat Iskandar Zulkarnain! Akhirnya lelaki itu pulang membuka hijab cinta Julianna. Lebih tulus, lebih suci dan sangat bermakna buat mereka. Sayangnya, Megat adalah abang Rizan dan Julianna pula bakal ditunangkan dengan Rizan. Mana mungkin seorang abang sanggup merampas bakal adik iparnya sendiri? Megat nekad. Enam tahun yang dipersiakan harus ditebus semula. Julianna juga tekad. Dia redha menerima lafaz ijab kabul Megat biarpun ada hati yang terluka. Namun, perkahwinan yang baru berusia seminggu dihempas badai. Megat ada perempuan lain! Hanya air mata yang menceritakan seksa dan derita yang memamah sekujur tubuhnya.


Tajuk: Gila-gila Cinta
Penulis: Izza Aripin
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis
Si Rambut Kembang suka membuli Eryssa, tapi Zeek pula tersangatlah romantis. Bila Eryssa dipaksa kahwin dengan Zeek, Eryssa tak dapat terima. Baginya perkahwinan itu terlalu awal sedangkan dia belum bersedia menjadi seorang isteri. Jauh di sudut hati, sebenarnya Eryssa terlalu cintakan Zeek hingga sukar baginya berpisah dengan lelaki itu.

Namun, kekuatan cinta Eryssa diuji hingga memaksa dia menjauhkan diri daripada Zeek. Lalu bagaimanakah hubungannya dengan Zeek? Dan dapatkah Si Rambut Kembang bergabung dengan Zeek merebut kembali cinta gila Eryssa? 


Tajuk: Cutenya Dia!
Penulis: Azleya Shadzalin
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis
Cinta pandang pertama – “Hmm... aku tak percaya pada ungkapan ini sebenarnya. Tapi, sejak bertemu Naura... kenapa hati aku rasa lain? Naura nampak cute sangat. Mana tahu kalau ini memang jodoh aku! Terima ajelah.” – Ammar Bakhtiar

Tak kenal maka tak cinta – “ Aduh, macam mana nak cinta kalau kenal pun tak? Macam kahwin dengan orang asing. Kenapa pulak lelaki ni tiba-tiba setuju? Suka-suka hati dia aje. Atau dia ada agenda lain? Dia nak jual aku ke? Ibu, tolong!” – Naura

Namun, walau macam mana pun kata hati Ammar dan Naura, mereka tetap disatukan. Bahtera itu harus dikemudi dengan apa cara sekali pun. Kalau karam, lemaslah mereka. Kalau dilanda badai, hancurlah semua. Selebihnya biarkan cinta bercerita...


Tajuk: Jejaka Bajet Bagus
Penulis: Amiza Anaz
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis
Widya seorang yang begitu cekal dalam menempuhi hidupnya. 10 tahun yang lalu, kebahagiannya direntap begitu sahaja. Shahriman, ayahnya disahkan strok angkara perbuatan aniaya oleh rakan perniagaannya yang cemburu melihat kebahagiannya bersama Suhana. Kehadiran Fahimi pula entah dari planet mana, lagi menyesakkan hidupnya. Tidak sudah-sudah menyakitkan hatinya! Mereka langsung tidak boleh bertemu. Namun, setiap pertemuan pasti berlaku sesuatu. Ironinya, Fahimi selalu menjadi penyelamat dan menyelesaikan masalah gadis itu. Cinta lamanya pula, Akaff masih menagih cinta Widya. Begitu banyak dugaan yang menimpanya. Dan yang paling mengejutkan, dia mengambil keputusan drastik untuk berkahwin secepat mungkin bagi menyelesaikan semua masalah. Mudah 


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters