Friday, September 26, 2014

Novel terbitan buku prima bulan November 2014




Tajuk: POCONG BALIK RUMAH
Penulis: Zaifuzaman ahmad
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis
Sebuah kampung yang dulunya aman dan damai tiba-tiba menjadi kalut dan kelam-kabut. Semuanya berpunca dari satu kejadian yang tidak disangka-sangka. Kemunculan pocong secara tiba-tiba membuatkan ramai orang kampung yang diganggu. Sudahnya, orang-orang kampung mula tidak berani keluar rumah.

Kematian Cikgu Hussein dikaitkan dengan kemunculan pocong itu. Arwah dituduh orang kampung ‘membela’, menyebabkan hantu belaan itu mula mencari tuan baru setelah kematiannya. Malah pocong yang merayau-rayau itu juga merayu-rayu apabila menjumpai manusia.

Benarkah pocong itu adalah belaan arwah Cikgu Hussein? Mampukah penduduk kampung menangani kemunculan pocong itu? Kenapa pula pocong itu merayu-rayu?


SUAMIKU SI TUAN RUMAH!
SKU: 978-967-446-040-2

Sinopsis
Adat berumah sewa, bila tuan rumah menghantar anak lelakinya  tinggal di rumah banglo biru itu Nur Alia terpaksa mengalah. Semenjak Nadhir Fahmi tinggal di situ, perasaan Nur Alia asyik berdebar saja. Apatah lagi pandangan mata Nadhir Fahmi seakan sentiasa memerhatikannya.

Akibat salah faham, mereka terperangkap dalam ikatan perkahwinan di atas sebab yang memalukan. Segala-galanya bagai mimpi, baru sebentar bergelar bujang kini beristeri. Nadhir Fahmi rela, tidak bagi Nur Alia. Tapi Nadhir Fahmi yakin wanita itu untuknya.

“Ha! Seronoklah kamu dapat kahwin free. Aku pun tak tahulah kamu berdua ni, belajar tinggi-tinggi. Ilmu agama cukup, tapi buat kerja macam ni.” – Pak Karim

“Umi nak kamu teruskan perkahwinan kamu dengan Sofi. Dia gadis baik Mi. Keluarga mereka sudah lama kita kenal. Fahmi lelaki, kalau perkahwinan itu dibatalkan mungkin tidak memberi apa-apa kesan. Tapi bagaimana pula dengan keluarga Sofi. Selama umi di hospital, mereka melawat umi. Mereka tidak pernah berdendam dengan kita. Fahmi fikirkanlah”- Datin Ani

“Lia…please…Fahmi sayangkan Lia”- Nadhir Fahmi

“Awak katalah apa pun…awak kena ingat, keluarga awak belum tentu dapat terima saya Fahmi. Awak tahukan apa syarat ayah saya?” - Nur Alia

KAHWIN TIGA KALI

SINOPSIS:
Walau berkali-kali diri diuji, hati ini pasrah menerima ketentuan ILAHI.

KALAU dah jodoh, tak ke mana. Ikan di laut, asam di darat, di dalam periuk bertemu jua. Begitulah diibaratkan dengan Farizan Natasha yang bertemu jodoh dengan Tengku Azman setelah kecewa diceraikan Shah Iskandar, suami tercinta. Namun disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Dia diduga untuk kali kedua. Tengku Azman pergi meninggalkan Farizan Natasha bersama Engku Nisha dan kandungan yang semakin membesar. Shah Iskandar pula mula menyesali kesilapan diri dan ingin menagih kasihnya kembali.
Darwish, lelaki yang dikenali hampir 25 tahun dahulu, pernah menjadi lelaki yang dicintai Farizan Natasha. Mereka berdua terpisah oleh peredaran masa. Di Terengganu, mereka berdua kembali bertemu. Siapakah yang akan memiliki cinta dan membahagiakan Farizan Natasha dan anak-anaknya?

“Buat masa ni, Sha tahulah abang sayangkan Sha. Tapi esok lusa manalah tahu kan kut-kut abang dah jumpa bidadari, terus tinggalkan Sha. Abang, Sha sayangkan abang dengan sepenuh hati. Janji dengan Sha yang abang takkan tinggalkan Sha ya.” - Farizan Natasha.
“Bila abang pandang wajah dia, abang terbayangkan Sha dan bila abang pandang wajah Sha, abang terbayangkan dia. Abang amat mencintai kedua-duanya, Sha.” – Shah Iskandar.
“Idea yang bagus tu. Kita ikut sunah nabi, perempuan pinang lelaki. I like!” - Tengku Azman.
“Maksud abang, kalau nanti kita bertemu semula dan kalau-kalau masa tu kita berdua belum kahwin, kita berdua kahwin ajelah.” - Darwish.




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...