Thursday, September 25, 2014

Novel terbitan alaf21 bulan November 2014






Tajuk: RAUDHAH (PRE-ORDER)
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Harga: RM23.00
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis

JOKER dan White - gandingan dua penjenayah kejam yang saling tidak mengenali. Joker adalah contract killer dan White pula pemegang kontraknya. Kod rahsia mereka – ‘Mawar Putih.’ Sasaran pembunuhan adalah golongan penjenayah kolar putih. Hubungan mereka retak setelah Joker mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Jantungnya berhenti berdenyut selama tiga minit. Logik akal, Joker sudah mati!

Faris dan Hambali - dua sahabat yang terpisah dan berbeza cara hidup. Faris bergelumang dosa. Hambali pula hamba yang zuhud. Setelah membilang tahun, mereka bertemu semula di Masjid Negara. Faris menyatakan hasrat hendak berubah dan Hambali tekad mahu membantu sahabatnya itu ‘taubat nasuha.’

Cinta - muncul secara misteri. Junaidatul Al-Fatiah merupakan tunangan Hambali. Dalam diam, Faris turut mencintai gadis itu. Kedua-dua lelaki ini menggelarnya, ‘Raudhah.’ Seorang gadis dicintai dua lelaki, pasti salah seorang harus mengorbankan perasaan dan keegoan. Tapi siapa?

RAUDHAH – banyak teka-teki yang sukar disimpulkan. Hanya iman dan takwa mampu melihat di sebalik tabir waktu. Persoalan muncul dalam bentuk yang sangat menyakitkan: keterbalikan cinta, keliru antara bayang dan jasad serta kitaran waktu yang mencetuskan huru-hara.



Sentuhan RAMLEE AWANG MURSHID kali ini banyak bermain dengan ilusi. Saspen, pembohongan dan kekejaman silih berganti sehingga debaran sukar dihentikan.



Tajuk: CINTA KITA SEMPOI
Penulis: Ummu Wafa
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis
SONIA, anak hartawan yang bekerja sebagai cleaner. Bekerja untuk meredakan tekanan dan mencari kebahagiaan yang telah lama hilang. Dalam diam, dia mula mencuri pandang pada bosnya yang berwajah sejuk tapi mahal dengan senyuman. Perasaannya kembali terisi. Tapi ikhlaskah lelaki itu menerima dirinya yang serba kekurangan itu?

JOE, lelaki hebat, baik dan prihatin. Dia ada segalanya, tapi hatinya kosong tanpa cinta. Tanpa diduga, kehadiran Sonia mula mewarnai hari-harinya. Di saat hatinya berlagu rindu, dia dikejutkan dengan berita yang mengejutkan.

Penipu! Akibat terlalu marah dan rasa diri tertipu, Joe menghalau Sonia jauh daripada hidupnya. Tapi lucunya, cakap tak serupa bikin. Bila Sonia menghilang, Joe jadi sasau. Sakit hatinya melilit hingga ke jantung bila Sonia didampingi lelaki yang lebih handsome dan bergaya. 

Aduh, apa dia nak buat ni? Walau apa pun yang terjadi, Joe mesti menawan hati Sonia semula. Kalau tak, jiwa kacaulah hidupnya.


Tajuk: MAWAR PUTIH BUATMU 
Penulis: Annur Iman.
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis
Insiden tertumpah air antara Indra Faris dan Mawar Irdina mencipta pertemuan dan perkenalan. Sepuluh kuntum mawar putih daripada Faris sebagai tanda maaf. Namun, pemberian itu hanya dipandang sepi.

Waktu terus berlalu. Faris dan Irdina bertemu kembali dalam situasi yang berbeza. Kalau dulu, Faris dianggap sengaja menjatuhkan maruahnya. Saat dia terhimpit, Faris pula yang menjadi hero dan meletakkan maruahnya di tempat tertinggi. Sejak itu, ada sesuatu yang bergetar di hatinya.

Dengan sekali lafaz, dia kini sudah menjadi isteri Faris. Tetapi, jodoh mereka sudah tersurat sentiasa dalam kepayahan. Di saat Irdina kelelahan, terdengar pesanan Ustazah Seri...

“Bila dirundung duka, ingat pesan Allah, ‘la tahzan’ (jangan kamu bersedih, Dia ada).

Bila kembali ceria, ingatlah, ‘la taghtar’ (jangan terbuai, Dia masih menduga).


Tajuk: JODOH YANG KUCARI
Penulis: Eija Khadeeja
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis
Cinta di awal remaja telah mengikat hati Suhailah pada Rusydi. Sayangnya lelaki itu berlaku curang menduakannya dengan gadis lain. Sejak itu, fokus Suhailah hanya pada karier hingga menjangkau usia 30an.

Dia pasrah bila sering dilabelkan sebagai andartu hingga takdir menemukannya semula dengan Rusydi. Lelaki itu memujuknya mahu kembali bermain cinta sedangkan statusnya adalah suami orang.

Sebagai isteri, Azura bertegas menghalang hasrat Rusydi itu. Dengan bantuan Sally yang terkenal dengan lagak Queen Control, misi ini dijalankan. Dalam kesungguhan Sally membantu kakak iparnya itu, dia akhirnya terpalit malu bila Syam, kekasihnya telah jatuh hati dengan Suhailah! Masalah makin kronik.

Bagi Suhailah, dia bukan perampas kekasih Sally dan bukan orang ketiga dalam rumah tangga Azura. Gelaran andartu bukan bermakna dia terdesak mencari calon suami. Tetapi perhitungan perlu dibuat! Seorang andartu sedia ‘berperang’ dengan seorang Queen Control serta isteri orang. Dua lawan satu! Nantikan keputusan perlawanan...



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters