Wednesday, September 3, 2014

Novel terbitan karya seni september 2014




NADRATUL NISA’

I Lagukanlah dan jalinkanlah kisah indah ini. Aku akan dengarkan kepada kalian dengan „kenangan‟ yang tidak akan luput dari jiwa. Aku akan ceritakan kisah yang aku bahagia bertemu dan bercinta dengan dia. Lebih tepat, nama si dia, Tan Jie Kang sudah mengikat relung hati. Aku dan dia bercinta. Katalah apa sahaja, hanya dia yang membenarkan cik hati ini kembang berseri-seri.

“You sayang I, macam mana?” – Nadratul Nisa‟ “Lebih. Lebih dari biasa.” - Tan Jie Kang

II Apabila Tuhan sudah merencana. Sehingga cinta kami itu akhirnya aku luputkan dengan hanya berbekalkan „kenangan‟ sahaja. Dan kini, aku sedang menghadapi kenyataan. Tuhan sebenarnya lebih berkuasa menentukan. Kisahku lantas diteruskan dengan lelaki bernama Maleq Rafie. “...dan untuk bahagia sampai syurga saya perlukan seorang isteri. Kamu, Nadratul Nisa‟.” – Maleq Rafie. “Tuhan, baru kutahu. Antara „kenangan‟ dan „kenyataan‟. Sebenarnya kenyataan itu lebih membahagiakan.” – NadratulNisa‟ Aku belajar menjadi isterinya. Aku nekad, kerana aku ini, isteri yang dambakan reda suami untuk ke syurga. Kata dia, aku ini cik isteri banyak songehnya. Cik seksinya juga! Rumah tangga bukan selalu indah sweet gula-gula,kan?

III Musim lantas bersambung lagi. Tanpa aku sedari, apabila si dia yang dahulu pernah aku cintai, menyimpan „kenangan. yang telah aku tinggalkan. Dia meneruskan hidup dengan sirna kegembiraan ini. “Aku rindu waktu di mana pipimu merah tanda bahagia.” – Akhtar Tan Abdullah.

“Tan Jie Kang, jiwa aku ini rapuh sungguh, kenapa aku terkadang mengingatimu?”

– Nadratul Nisa.

“Bagaimana lagi harus aku menghapus bayang rindu itu, wahai Nadratul Nisa.?”

– Akhtar Tan Abdullah.

Aku telah memilih. Antara kenangan dan kenyataan. Dan pilihan aku harus tepat, kerana aku berpaksikan, Tuhan Yang Menentukan.


THE UNSUNG HERO WIRA YANG TAK DIDENDANG

Dan Dia mengajar manusia apa yang tak diketahuinya… ayat 5, Surah al Alaq

Kissing cousin?

Huh?!

Bagi Deraman tak berdosa.

Bagi Blackswan, sangat berdosa!

Sumbang mahram!

Dari Blackswan bertukar kepada angry bird.

Sombong menonggek!

Blah cam tu je dari Deraman, lelaki serigala jadi-jadian!

Ketika semua kesayangan ditarik dari seorang insan, dia tewas. Tapi seorang insan yang terpilih untuk diuji oleh Allah SWT,

sebenarnya memiliki jiwa juang yang sangat kental. Allah pilih, Allah uji kerana dia mampu. Lihatlah bila satu jiwa yang tewas kemudiannya

reda dengan ketentuan Allah bangkit menjadi jiwa baru. Dia harus kuat! Kerana itulah satu-satunya pilihan yang ada.

Kisah kejiwaan yang sangat meruntun hati di antara sepasang sepupu yang dipaksakan hubungan adik-abang dari kecil. Maryam akur.

Irvan enggan. Mereka terpisah dengan satu janji. Tetapi janji itu dimungkiri dengan kehadiran Riyaz.

Hoo rat! Riyaz sangat berani. Seorang putera raja berkuda putih!

Maryam, sang perawan yang pemalu, dipingit rapi dengan penuh adab dan bicara tewas kepada seorang pemuja.

Hatinya telah dipesona Riyaz yang berani melanggar sempadan pingitan bak dan bunda.

Irvan, Maryam, Riyaz, Haziq, bak dan bunda, di sinilah couple seminit bermula…

Maryam : “Hutang boleh?”

Irvan : “Hutang kasih? Ada bunganya nanti… kalau lambat sangat bertangguh.”

“Apa bunganya?”

“Nanti abang cakap… tapi yang pasti hutang kasih tu akan berbunga sayang.”

******

Riyaz : “Pedas-pedas sangat ni bahaya. Boleh kena buasir. Baik pilih abang hot atau abang panas.”

Maryam : “Awak cili benggala. Jadi aksesori je. Atau lebih tepat, abang hangit. Sikit lagi nak jadi abang rentung.”

******


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters