Thursday, September 18, 2014

Novel terbitan KN oktober bulan 2014




HANYA YANG TERBAIK DARIPADA KAKI NOVEL...DAPATKAN KARYA YANG PASTI MEMBUATKAN ANDA TERTANYA-TANYA DAN INGIN TAHU APAKAH RAHSIA YANG DISIMPAN OLEH MAK JAH...DAPATKAN SEKARANG..KARYA YANG WAJIB ADA DALAM SIMPANAN ANDA... <3

“Akanku tawan hatimu bak salju itu. Biar cair dan menjadi bah di lautan kasihku….”

DIA SECRET ADMIRERKU!
No. ISBN:- 978-967-0448-80-0
Jumlah muka surat:- 664

Sinopsis:-
Hidup Emy sentiasa diselubungi duka. Kata-kata nista dan makian yang dilemparkan oleh emaknya sudah menjadi makanan harian buatnya. Dia bukan sahaja didera emosi malah, juga didera fizikal.

Bahagia yang baru bersinar kembali suram bila kembar suaminya, Faiz meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kakaknya, Nadia hilang ingatan. Wajah seiras Ayie membuatkan Nadia menyangka Ayie itu suaminya dan Emy terpaksa menahan hati demi melihat Nadia kembali pulih sepenuhnya. Emaknya pula mengugut dan memaksanya supaya melepaskan
suaminya, Ayie demi melihat Nadia kembali sihat seperti dulu.

Emy terpaksa dalam rela demi sebuah rahsia yang tersimpan selama ini. Apakah rahsia yang tersimpan selama ini? Benarkah Emy anak kandung Khadijah?

“Hah, termenung apa lagi tu? Kalau nak mengelamun bukan kat sini. Baru tinggal beberapa bulan kat KL tu dah tak tahu nak buat kerja rumah. Dah pandai nak tunjuk malas depan aku. Cepat habiskan kerja tu! Banyak lagi kerja yang menanti, jangan ingat nak duduk senang aja!” 

Emy terus membisu. Namun tangannya semakin laju mengemas apabila dirinya ditengking begitu.
Usai membasuh pinggan mangkuk di dapur, dia bergegas pula ke ruang tamu. Segala tugas diletakkan di bahunya sendiri. 

Mak Jah menghilangkan diri sebaik sahaja dia mengemas ruang tamu. Entah ke mana perginya, tidak dikahabarkan. Emy mengambil peluang itu dengan berehat sebentar, melepas lelah dan sesak di dadanya. 

Sekilas, wajah Ayie yang sedang mengenyitkan matanya terbayang di mata. Emy tersenyum sendirian dan tanpa disedarinya Mak Jah sedang memerhati.

“Ooo... ini kerja kau, Emy. Pantang aku hilang sekejap, kau ambik peluang. Kau ingat, kau boleh hidup senang selepas kahwin nanti? Nak lari daripada aku, kau pikat jantan kaya. Dah gatal sangat nak menikah kau ni. Eeee...geramnya aku!” 

Emy terkesima, tidak menyedari dirinya diperhatikan. Tapi kata-kata Mak Jah begitu menghiris tangkai hatinya. Mengapa begitu sekali kata-kata itu yang terluah daripada seoarang emak? Tidak pernah dia menawarkan cintanya kepada lelaki kaya. Cinta Ayie kepadanya juga tidak berbalas inikan pula ingin memikat anak orang kaya. Siapa agaknya lelaki kaya yang dimaksudkan oleh emaknya itu.



PENAMPILAN BARU KAKI NOVEL...SEBUAH KARYA OLEH ZYA ZA YANG PASTI MERUNTUN HATI WANITA ANDA. DAPATKAN SEKARANG!

“Kadang-kadang kita mengharapkan orang lain menemani hidup kita tetapi, kita tidak sedar yang berada di hadapan kita itulah yang bakal menemani kita hingga ke jannah.”

APA SAJA UNTUKMU, SAYANG
No. ISBN:- 978-967-0448-79-4
Jumlah muka surat:- 960

Sinopsis:-
Bagi Humaira, pilihan keluarga adalah yang terbaik untuknya. Namun tidak pada Darriz. Dendam terhadap datuk yang melakukan penipuan semata-mata mahu dia kahwin dilepaskan kepada Humaira.

Kesabaran dan ketulusan Humaira melayan kerenahnya membuatkan hati Darriz terdetik satu perasaan halus. Namun, dek fitnah Asyraf mengatakan isterinya berhubungan sulit dengan Izdihar, sepupu yang dibenci menjadikan kebencian Darriz terhadap Humaira kembali menjelma. Hinaan demi hinaan Darriz menyebabkan Humaira tidak dapat bertahan lantas membuka rahsia yang disimpan tatkala diri disahkan mengandung. Humaira nekad pergi. Tetapi Darriz ingin menuntut haknya semula setelah dia bertaubat atas dosanya yang menghukum Humaira dengan cara paling hina.

Dapatkah Darriz membetulkan semula kesilapan yang telah dilakukannya terhadap Humaira? Adakah Humaira bersedia memafkan Darriz?

“Maaf, maaf...” gagap Humaira sambil sedaya upaya bangun. Orang yang dilanggarnya itu membantunya untuk berdiri. Humaira menekup mulutnya dengan esakan yang tertahan-tahan. Dia tidak tahu siapa yang berdiri di hadapannya kini. Yang penting dia perlu larikan diri daripada Asyraf.

“Are you okay?” Mendengar suara garau, tetapi lembut itu menjadikan Humaira bagaikan terkena renjatan elektrik. Tangannya terkulai ke bawah. Lelaki! Itu yang paling dia risaukan. Lelaki itu masih memegang bahunya. Humaira menepis kasar dan dia cuba melarikan diri.

“Hey, you berdarah ni...” kata lelaki itu lagi. Nada suaranya jelas kedengaran bimbang.

“Ada orang kejar saya,” tutur Humaira. Semakin lebat air matanya turun.

“Hoi! Kau siapa?” Humaira tahu dia sudah terperangkap. Jika lelaki ini tidak menghalangnya pergi, sudah tentu dia dapat meloloskan diri daripada Asyraf. Humaira tidak ada cara lain selain berlindung di sebalik lelaki tidak dikenali ini. Humaira berdiri di belakang lelaki itu. Tangannya yang menggigil memaut kuat lengan sasa lelaki yang dilanggarnya tadi.

Darriz memandang sekilas wanita yang menyorok di belakangnya. Sejuk dingin tangan itu jelas terasa biarpun berlapik dengan lengan baju kemeja yang dipakai. Dia tahu wanita itu sedang melarikan diri daripada lelaki bengis di hadapannya ini. Perasaan takut wanita itu meresap masuk ke jiwa lelakinya.

“Aku yang patut tanya kau siapa?” Darriz membalas keras. Mata Asyraf membuntang. “Maksud kau… kau kekasih dia?” Darriz tersenyum. “Lebih daripada tu.”

DARI E-NOVEL KE VERSI CETAK...KELAHIRAN NOVEL MELAYU KREATIF. HASIL NUKILAN KARYA OLEH NUR MAYANI, TUKANG MASAK TUAN PUTERI YANG PASTI MEMBAWAKAN KELAINAN DALAM INDUSTRI PENULISAN...

“Hati perempuan macam mentega. Bila dipanaskan dengan kasih sayang... leburlah....”

TUKANG MASAK TUAN PUTERI
No. ISBN:- 978-967-0448-81-7
Jumlah muka surat:- 512

Sinopsis:-
Menjadi tukang masak kepada Puteri Zulaika, mengundang padah apabila dia dipaksa menjadi suami kepada puteri tunggal Tuan Besar Darman. 

Dengan alasan ingin menjadikan puterinya yang berlagak-sombong-demand tahap dewa itu kembali normal, Azrul menjadi mangsa.

Secara paksa rela dia menerima amanah ayah mentuanya. Dia tekad mahu mendidik si keras hati itu
dengan caranya sendiri. 

Puteri Zulaika pula sehabis daya mahu pulang ke istana semula. Tidak sanggup rasanya untuk terus tinggal di rumah Azrul yang panas macam oven. Tidak sangka kehadiran tukang masak yang kekampungan itu membuatkan hidupnya berubah 300%!

“Lain kali, kalau I ada atau tak ada dekat sini, jangan suka-suka keluar masuk. Kalau you nak keluar ke sini, nak lalu sini. Bagitau I dulu. Pakai telefon kat bilik you tu. Call I dulu. Faham?” Terkial-kial Puteri Zulaika menarik zip yang berada di bahagian belakang gaun.

“Tolong tarik zip I ni.” Selamba sahaja Puteri Zulaika keluar dari balik langsir dan membenarkan Azrul
menarik zip gaunnya. Nafas Azrul tersekat seminit tatkala menonton belakang badan tuan puteri yang putih gebu itu. Perlahan-lahan Azrul menarik zip itu.

“Tak cantiklah gaun ni,” komen Azrul tanpa selindung. Puteri Zulaika berpaling mengejut. Mukanya berubah merah tiba-tiba.

“Apa you cakap?”

“Betul… gaun ni nampak kuno. Macam budakbudak. Saya lagi suka tengok perempuan pakai baju kurung kain cotton. Nampak ayu aje,” tutur Azrul seikhlas hati.

“Excuse me… takkan I nak pakai baju kurung macam perempuan kat kampung you. I ni puteri raja, okey. Lelaki macam you ni, memang tak tahu menilai kecantikan. Kolot!” bentak Puteri Zulaika apabila gaun yang dibelikan oleh bondanya dari luar negara itu dikatakan tidak cantik. Bengang sungguh!

“Saya bagi pendapat aje. Lagipun pandangan lelaki dengan perempuan berbeza. Saya memang suka perempuan pakai baju kurung. Tak kisahlah kalau tuan puteri ni anak raja ke tak. Kita ni semua sama aje, kan? Kalau tuan puteri pakai baju kurung pun tak siapa nak larang. Lagi cun rasanya.” Azrul semakin berani.

“I tak ada baju kurung. I tak suka. Rimas!” Puteri Zulaika melabuhkan duduk di birai katil. Mukanya kelat sahaja seperti pisang muda.

“Tak apa… nanti saya suruh ibu saya jahitkan baju kurung untuk tuan puteri. Saya hadiahkan, ye?” Azrul mengukir senyuman lebar.

Mata Puteri Zulaika terbeliak. Isy... mamat ni beriaia pula dia.

“Tak payahlah. I memang takkan pakai punya. Dahlah, lebih baik you buat kerja you.” Puteri Zulaika bangun kemudian melihat dirinya di cermin.

“Betul ke gaun ni tak okey? Bonda I belikan dari luar negara tau. I ingat nak pakai yang ni esok. Tapi…”

“Tak cantik yang tu. Sumpah. Tapi, kalau yang ni saya suka.” Azrul mencapai gaun yang tersangkut di tepi almari, kemudian menyerahkannya kepada Puteri Zulaika.

“Ini gaun yang aunty you buatkan.” Muka Puteri Zulaika monyok sahaja.


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

2 comments:

Barniyah Ammara said...

Macam best~

Anda ditag! Klik sini! ^^

Tinta cinta said...

hehe.. memang best :)

done following :) karang akak jawab soalannya k?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters