Friday, November 28, 2014

Novel terbitan Fajar pakeer bulan december 2014





TAJUK: JIBAM KAHWIN JANDA VOUGE
PENULIS: ADNIL ZAFF
ISBN : 978-967-365-216-7

Mohd Syahir Eddy aka Jibam, seorang lelaki kampung tidak punya paras rupa yang menawan. Fizikalnya lain daripada orang lain. Selekeh, tidak bergigi. Semua ciri-ciri itu dimiliki oleh Jibam. Dek kerana dia bertubuh besar seperti The Rock dan tidak berpelajaran tinggi, pekerjaan sebagai seorang buruh di tapak pembinaan sememangnya sesuai untuk dia. Tiada paras rupa, tidak bergaya dan tidak berjawatan tinggi membuatkan lelaki ini kurang dipandang wanita-wanita di sekelilingnya. 

Katrina Emelda, seorang anak hartawan. Cantik dan berkedudukan sudah tentulah panduan yang sempurna untuk seorang wanita seperti dia. Namun, wanita vogue ini memiliki sejarah hidupnya sendiri. Dia adalah seorang janda setelah diceraikan dengan talak tiga oleh Ryan Abraham, bekas suaminya. Kecurangan Ryan memusnahkan rumah tangga yang terbina dalam masa tidak sampai setahun. Seterusnya dia diketemukan dengan seorang lelaki yang paling jujur bernama Jibam.

Dek kerana gila talak dan gila harta, Ryan terus memburu Katrina. Tujuannya tiada lain mahu Katrina bercina buta supaya mereka dapat bersama semula. Walaupun tidak ada hati lagi kepada bekas suaminya itu, tidak mudah untuk Katrina mengelak. Akhirnya terbina rancangan demi rancangan sehinggalah Katrina dan Jibam berkahwin. Namun ada syarat tertentu yang dikenakan Katrina buat Jibam sebelum dia diceraikan nanti. 

“Kita ada perjanjian, kan? Jangan main-mainkan perasaan saya dan jangan sulitkan keadaan kita.” - Jibam.
Apakah perjanjian itu?
“Sebagai isteri, ada beberapa bahagian dalam diri you patut jadi milik I. Apa yang ada dalam hati you patut jadi hak I.” - Katrina 

Antara Beauty and the Beast, juga antara si miskin dan si kaya, ditambah pula gangguan daripada bekas suami Katrina, adakah mungkin untuk mereka bersatu sehingga ke hujung nyawa? Sesuatu yang mustahil pada pandangan mata manusia, jika sudah itu yang ditentukan Allah pasti ada jalan buat mereka. Berpeganglah pada hakikat itu! 


TAJUK: BUKAN SUKA-SUKA
PENULIS: ELLYNE ALYANA
ISBN : 978-967-365-217-4

Mereka pasangan yang tidak pernah dijangka dipertemu dalam sebuah pertemuan yang tidak diduga.

“Siapa kau?” 

Itulah pertanyaan pertama yang Farhan Azriel ajukan kepada Mya Ayumi. Sangka Mya, itu mungkin adalah pertemuan pertama dan terakhirnya dengan lelaki berlagak bagus, ego bukan main, kening ulat gonggok dan dingin macam Farhan.

“Han nikahi dia!” 

Dengan baris kata itu saja, Mya dan Farhan dibawa ke ambang perkahwinan yang penuh dengan keterpaksaan. Tetapi bagi Mya ia adalah tiket untuk bebaskan dirinya daripada ibu tirinya yang tidak berlaku adil terhadapnya. Mya bukan Cinderella dan dia tak pernah menginginkan kehidupan seperti itu. Kerana dia tidak ada Prince Charming yang mencintai!

Bagi Farhan perkahwinan itu adalah sebuah penganiayaan. Doktor muda sepertinya lebih layak mendapat perempuan yang jauh lebih baik daripada Mya. Tambah pula wanita tak setia dan bermuka-muka seperti Mya yang membeli seluruh jiwa keluarganya, tapi tidak dia. Farhan tak mungkin cinta kepada Mya! Muktamad. Titik. 

Wajah kaku dan naif milik Mya, ketabahan diri seorang Mya menarik hati Kim, doktor khas Mya. Kim sentiasa ada di setiap episod duka Mya. Kim lebih banyak membujuk dan membahagiakan Mya banding suaminya sendiri. Tapi, sedikit sebanyak kehadiran Kim buat Farhan rasa tergugat. Lebih-lebih lagi setelah segala kekusutan antara dirinya dan Mya telah terlerai. Rasa untuk miliki dan lindungi Mya melebihi segala-galanya. Dia lupa pada pada rasa teraniaya, dia jatuh cinta dengan sungguh-sungguh. Kini, Farhan tekad untuk buktikan kepada Mya bahawa perasaannya kepada Mya bukan suka-suka. 

“Watashi wa shinken ni anata o aishite bermaksud saya suka awak bukan suka-suka.”


TAJUK: BILA KULI JADI ARTIS
PENULIS: CRYSTAL ANABELLA
ISBN : 978-967-365-218-1
HARGA : RM25/RM28

Mayurie Rosella, nama yang pelik, namun pemilik nama itu adalah gadis yang biasa-biasa saja. Yuri seorang gadis lepasan SPM, bekerja di Pizza Star dan berasal daripada keluarga serba kekurangan. Kelebihannya hanya satu, dia memiliki suara yang merdu bak buluh perindu. Kehadiran seorang pelanggan serba kacak yang lancang bersuara mengubah hidup Yuri.

“Tolong sangkutkan jaket tu dekat tempat yang sepatutnya. Saya takut jaket saya kotor.”
“Maaflah, encik, Pizza Star bukan restoran bertaraf lima bintang sampai ada tempat penyangkut jaket bagai. Sangkut saja di kerusi. Encik bukannya budak lima tahun sampai makan pun berselerak sana sini.” 

Mulut Yuri tidak mampu duduk diam. Dia tidak menyangka pemuda itu adalah bakal majikan barunya!

“Yuri ni staf terbaik Pizza Star.” Itu kata majikan lamanya.
“Oh, staf terbaik. Baguslah kalau macam tu. Saya akan menilai sejauh mana baiknya awak sewaktu melayan kerenah pelanggan. Selamat bekerjasama, Yuri.” - Daniel Ervin.

Setiap hari jika tidak menyakat Yuri, hidup Ervin memang tidak tenang. Dia sanggup melakukan apa saja untuk menarik perhatian gadis itu dan memenangi hati Yuri!

“Bukan semua orang ada bakat macam awak. Untuk pertama kali, saya hulurkan tangan kepada seorang gadis yang suaranya lebih merdu berbanding suara saya. Awak sambut tangan saya dan saya janji akan bawa awak menuju kejayaan.” Ace muncul menawarkan sesuatu yang tidak terjangkau dek akal Yuri.

Antara cinta, karier dan dendam, mampukah Yuri penuhi semua kehendaknya? Sanggupkah dia meninggalkan segalanya demi cita-cita? Akankah dia membalas dendam terhadap semua manusia yang memijak maruahnya? Malah, tegarkah dia menyakiti Daniel Ervin, cinta pertamanya? Dan, apa pula erti seorang Ace dalam hidupnya?


AKAN DATANG! NOVEL DISEMBER PFP YANG AKAN MULA DIJUAL DI MALAYSIA BOOK EXPO, PWTC PADA 10-14 DISEMBER 2014.
TERJAH KAMI DI DEWAN TUN HUSSIEN ONN BOOTH 52 & 53


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters