Monday, November 10, 2014

Novel terbitan idea kreatif bulan November 2014




Muncul bersama combo November 2014. Sempena Bookfair KLCC, Idea Kreatif bawakan khas untuk andaLIMITED EDITION
Tajuk : YANG SELALU ADA
2 cerita dalam satu
(Persembahan Dari Hati - Pena Kayu)
(Maritza - Wawa Taufik)

Sinopsis :
PERSEMBAHAN DARI HATI
“Jangan rendahkan dirimu untuk mendapatkan cinta, tapi rendahkanlah hatimu untuk memberi cinta.” – Abu Hanifah
“I didn’t find him. He found me. Love brought him back to me.” – Nadine
Macam mana kontra sekalipun Nadine dengan Abu Hanifah, tetapi itulah yang membuat hati mereka melekat erat. Macam mana cantiknya fesyen tudung colour block, begitu jugalah Nadine dan Abu Hanifah.
Gabungan dua warna hati yang berbeza. Bila disatukan, sedap dipandang.

MARITZA
Nak tinggal, rasa bersalah. Nak menurut, rasa kekok. Nak percaya, rasa pelik. Nak curiga, rasa tak patut. Namun Fadh tekad dengan keputusan untuk membawa gadis itu menumpang di rumahnya. Ada sesuatu pada Zaza yang membuatkan Fadh terus mahu dekat dengannya.
Perkenalan biasa di antara mereka berdua di tempat yang biasa telah membawa kepada satu hubungan yang luar biasa.
“You love me that much, Fadh?” - Zaza
“Kita kahwin, Za?” - Fadh
Siapa Zaza, itu tidak penting. Yang penting dia harus memilik gadis itu


Tajuk : DIA SEBELUM AKU
Penulis : Cik D
ISBN : 978-967-0918-14-9

Sinopsis :
Kerana kasihan dan tawaran yang lumayan, Ainan terima tugas menjaga Adawiyah yang sakit. Tapi, di hari pertama bekerja, dia dipinang oleh Adawiyah agar turut ‘menjaga’ suaminya dalam ikatan yang halal.

"Ainan...jangan fikirkan kakak, dik. Apalah sangat hati orang yang dah nak mati seperti kakak ni. Terimalah abang dan bahagiakan dia ya dik?" - Adawiyah

Permintaan Adawiyah terlalu berat tapi Ainan terdesak dan terpaksa akur. Terima Nazim sebagai suami dan jadi isteri kedua dalam erti kata yang berbeza. Tapi, mampukah dia suntikkan bahagia ke hati Nazim sedang dia tahu hati lelaki itu hanya untuk Adawiyah? 

Layanan Nazim yang berbeza buat Ainan terfikir, benarkah Nazim mengahwininya hanya kerana permintaan Adawiyah?

“Saya tak nak sakit. Sakit sebab percaya yang abang betul-betul sayangkan saya.” – Ainan
“Apa selama ni Ainan fikir abang buat semuanya demi penuhi nafsu semata-mata? Tak dapat kakak, abang cari Ainan, macam tu? Dan benih dalam rahim Ainan tu, kalau bukan hasil dari rasa sayang abang, Ainan nak anggap dia sebagai apa? Anak hasil rogol suami sendiri!?” – Nazim

Hubungan yang pada mulanya rukun, menjadi berantakan saat hati Adawiyah mula celaru. Mengelak diri dari bersama Nazim kerana mahu mengalah tapi, sebenarnya dia mula dihantui cemburu.

Mampukah Nazim membawa Ainan turut sama merasai cintanya? Akan kekalkah bahagia Ainan andai ada lagi satu hati yang mengharapkan bahagia itu? Mampukah Nazim bertahan dengan dua isteri yang suka memendam rasa? Dan mampukah Adawiyah bertahan dengan sakit berganda yang dicipta sendiri sebelum dijemput Ilahi?


Tajuk : KUPIKAT JANDAKU
Penulis : Ana Sofiya
ISBN : 978-967-0918-15-6

Sinopsis : 
Tiga tahun berlalu, Izyan yang polos sudah menjadi Izyan yang berbeza. Cuma satu yang masih sama, dia kekal sebagai janda. Menyandang gelaran itu tanpa dia tahu apa salah dan silapnya.

Raif yang ego muncul kembali dengan versi yang berbeza. Cuma yang masih sama, dia tetap mahukan Izyan kembali sebagai isterinya. Melepaskan Izyan dulu adalah satu kesilapan yang tidak sepatutnya dia lakukan.

“Aku nak mengurat kau. Nak pikat janda aku ni balik. Boleh kan?” – Raif Sufyan 
“Saya dah serik dengan awak.” – Izyan

Memang Izyan serik. Dulu dia bodoh. Kerana cinta yang buta, dia terima lamaran Raif walau baru seminggu perkenalan mereka. Kerana cinta, dia terima apa saja perlakuan Raif walau dilukai berkali-kali.
Tapi hari ini, dia sudah jadi Izyan yang baru. Izyan yang tidak mudah diperkotak katikkan sesuka hati. Apatah lagi, dia sudah punya seseorang yang lebih baik dari Raif.

“Saya suka awak, Yan. Sangat-sangat suka. Awak tahu, kan?” – Zahin

Tapi masalahnya, kenapa rasa hatinya terhadap Zahin tidak sama seperti apa yang dia rasa saat bertemu Raif? Adakah cintanya pada Raif masih bersisa?
Siapakah yang akan dipilih Izyan? Si duda yang sering buat jantung dia tidak tentu hala rasa atau si teruna yang sayangkan dia separuh mati?

Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters