Tuesday, November 18, 2014

Novel terbitan KN bulan December 2014




SIAPA YANG PERNAH BACA BAJU PENGANTIN MAK ANDAM, 2x5, IMAN SURAYA, YES, BOS!, CALON JODOH UNTUK ADIK, KUPILIH HATIMU? INI ADALAH ANTARA KARYA TERBAIK DARIPADA PENULIS BESTSELLER KAKI NOVEL, AREILA SAHIMI!

AREILA SAHIMI KINI MUNCUL LAGI DENGAN KARYA TERBAHARUNYA YANG PASTI AKAN MENCUIT HATI ANDA DENGAN GELAGAT ARYANA DAN JUGA ILHAM! INI ADALAH KESINAMBUNGAN DARIPADA KISAH MEREKA DALAM YES, BOS! YANG PASTINYA SANGAT MENGUJAKAN, PENUH DENGAN SUKA DUKA! MAKLUMLAH, PERCINTAAN LEPAS KAHWIN! APA TUNGGU LAGI? DAPATKAN SEKARANG OKEY! PRE-ORDER KINI DIBUKA!

YES, MA’AM!
No. ISBN:- 978-967-0448-85-5
Jumlah muka surat:- 600

Sinopsis:-
Pejam celik, pejam celik sudah sepuluh tahun Ilham dan Aryana melayari bahtera rumah tangga bersama. Dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel membuatkan kehidupan mereka begitu bahagia.

Selama bergelar isteri kepada Ilham Irfan (Si Legenda Kasanova) itu buat Aryana terlalu berhati-hati. Biarlah orang lain tuduh dia sebagai queen control asalkan suaminya tak kena kebas dengan perempuan lain.

Ilham pula, bukan takut isteri. Tetapi, dia menerima sikap Aryana yang terlalu mengawal kehidupannya itu dengan fikiran yang positif. Aryana jadi queen control tu pun sebab sayangkan dia. Dia terima dengan ikhlas segala kekurangan Aryana itu. Hidup suami isteri nikan memang saling melengkapi.
Walaupun asyik yes, ma’am! Ilham tetap bahagia. 

Badai datang tanpa diminta. Kerana sebaris ayat yang dilafazkan oleh Ilham itu telah mengubah seluruh kehidupan mereka suami isteri. Demi anak-anak Aryana dan Ilham terpaksa berbaik-baik walaupun mereka bukan lagi suami isteri yang sah lagi.

Saat Ilham berusaha bersungguh-sungguh untuk kembali bersama Aryana, Aryana pula sibuk mengejar lelaki muda. Ah, sudah! Bagaimana akhirnya hubungan Aryana dan Ilham? Apakah punca hubungan yang terjalin selama sepuluh tahun atas dasar cinta itu boleh berpisah juga? Siapa Nadim Nazri?
Siapa Suri? Dan siapa pula Qistina Zara?

“Kahwin atas dasar suka sama suka, cinta sama cinta pun bukan boleh jamin hidup akan bahagia forever.” Aryana.

“Kebahagiaan rumah tangga tu bukan setakat rasa cinta sama cinta, suka sama suka aje. Kena ada kepercayaan dan rasa saling menghormati barulah boleh bahagia forever and ever.” Mak ngah.


PENAMPILAN BARU DALAM INDUSTRI PENULISAN KREATIF! MASIH BARU, MASIH FRESH, DAN SANGAT BERBAKAT! LAYAN OKEY KARYA SULUNG DARIPADA PENULIS BARU KN, DENGAN NAMA PENANYA, HEE-DA!

AWAK SAYA PUNYA!
No. ISBN:- 978-967-0448 -86-2
Jumlah muka surat:- 496

Sinopsis:-
Peristiwa hitam yang berlaku membawa Hafiqah kepada kemalangan itu. Diselamatkan oleh Hariez dan teman-temannya, dan akhirnya dia bekerja dengan lelaki itu.

Tatkala perasaan halus itu mula berputik, Alisa muncul membawa kisah lalu. Lalu, sedikit demi sedikit perasaan itu berganti benci. Pada masa yang sama Fariez muncul menghulurkan ikatan persahabatan dan sedikit sebanyak menawarkan kedukaan.

Berlandaskan cerita yang ditabur dan anggapan yang wujud daripada perasaan benci, Hariez memulakan rencana. Lalu apakah yang akan terjadi? Siapakah Hafiqah sebenarnya? Siapa pula Alisa yang muncul?

“Sesungguhnya, kemaafan itu adalah dendam yang terindah.”



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters