Wednesday, November 19, 2014

Novel terbitan lovenovel bulan November 2014


Tajuk: 13 ROS MERAH
Penulis: APRIL SNOW
Terbitan: Love novel

Sinopsis:
Mereka berdua dipertemukan dalam suasana yang tidak terduga.
“Err..cik, cik ok? Saya minta maaf. Saya tak sengaja. Sungguh tak sengaja. Saya betul tak nampak lubang berlopak tu tadi. Minta maaf, cik." – Iq a.k.a Iqram Faysal

“Bawak kereta tu tolong pasang mata sama laa. Jangan simpan bijik mata lu dalam poket. Gua tau la kereta lu kebaboom punyer gempak tapi agak-agaklah kalau nak tayang pun. Ingat gua ni pokok krismas warna coklat aper." – D a.k.a Damia Humaira.

Itu pertemuan pertama mereka. Tak romantik langsung. Manis? Jauh sekali. Tapi siapa sangka dari insiden di lopak tepi jalan, cik pipi merah yang garang giler dengan encik mata cokolat seksi yang cool jer bertemu lagi di bawah langit Setia Heights yang damai. Itulah takdir Allah namanya. Tentu ada sebabkan? Memangpun. Seorang Pengarah Urusan syarikat permotoran terkenal. Seorang lagi pengurus farmasi. Daripada kenalan naik setingkat jadi kawan biasa dan bertukar status kawan baik. Dari kawan peneman makan ke kawan curah perasaan. D tukang dengar yang setia, Iq tukang cerita yang tengah frust giler sebab kena tipu dengan makwe! Lama-lama dari kawan baik jadi mesra. Kamceng giler. Dalam hati Iqram dah bercambah rasa suka tapi tak berani nak kata. Macammana nak mula? Nak tackle si pipi merah ni macammana? Khidmat Firdaus, si rakan akrab dipinta. Misi mengurat si pipi merah harus segera dilaksana.

"13 red roses?! Daily? Kidding haa, man? Ni kerja gila, Fir. Tau tak gila?"
Misi 13 Ros Merah nama diberi. Misi secret admirer. Hari-hari kena bagi. Memang perrgh tapi gila tak terperi. Tapi tuan pengarah urusan seronok jadi pemerhati setia lihat cik pipi merah marah diganggu 13 ros merah saban masa dan ketika. Tapi sampai bila nak jadi stalker dengan 13 Ros merah jer. Bila nak mengaku dah suka giler. Angkat tangan, surrender jer kat dia. Mengaku jer la. Senang cerita.

"Aw..awak IFF? Awak IFF?!!!"

"Yes, D. Saya lah IFF. Saya la orangnya yang hantar 13 ros merah pada awak selama ni."

Kalau sungguh cinta, mesti sanggup tempoh apa sahaja. 10 syarat yang diberi sebagai pelengkap ujian menjadi imam seorang D. 5 syarat dunia 5 syarat akhirat. Iq nak kata apa. Demi cik pipi merah sanggupkan sahaja la. 10 syarat bukan senang. Giler susah tapi nak seribu daya tak nak seribu payah. Ujian getir menanti buat Iq kerana cintanya pada cik pipi merah pujaan jiwa bukan murah maharnya. Dugaan dan cabaran bertali arus. 

Ustaz Harraz yang muncul bersama pakej lengkap imam yang dicari Damia bisakah menggugat keyakinan Iqram? Onar ciptaan Aisyah yang mencalar maruah seorang Iqram mampukah buat cinta Damia lebur sekelip mata? Tersimpulkah kasih dua insan yang saling ikhlas kasih dan cinta keranaNya. Jodoh itu rahsia. JanjiNya adalah pelengkap cerita. Ternoktah di tiang lohmahfuz. Dua nama bercantum. Menjadi satu.

Dia… yang selamba,Dia… yang gila-gila tak terkira,Dia… yang ikut suka kepala dia,Samseng pun dia juga!Tapi…dia juga yang melekat di mata,Dia…si pipi merah belahan jiwa


SOMETHING STUPID
ISBN NO 978-967-0657-57-8
JUMLAH MUKA SURAT 539

Blurb:
“Saya dihina awak depan orang ramai, saya ditolak mentah-mentah. Bila saya datang nak menghulur bantuan, awak masih dengan sikap angkuh awak. Awak nak saya layan awak buruk jugak, kan? Itu yang awak nak selama ni, kan?” ~ Irsyad

Kerana rasa tercabar dilayan bagaikan tidak wujud oleh gadis pujaannya, ditambah pula dengan rasa cemburunya terhadap Aiman, Irsyad tega merampas mahkota gadis itu. Padanya, Zara miliknya yang abadi. Bukan milik Aiman dan bukan juga milik sesiapa. Hanya milik dia.

Zara kecewa dengan Irsyad. Lelaki itu memang berhati binatang! Sanggup melakukan sedemikian terhadapnya. Dia menyepikan diri bertahun lamanya.

Salah faham yang pernah terjadi, lambat terbongkar. Zara sudah menghilang. Irsyad menyesal! Enam tahun berlalu begitu sahaja, Irsyad dan Zara dipertemukan semula tanpa dirancang.

“Zara, saya... saya datang nak minta maaf. Zara, saya berdosa. Saya tahu. Izinkan saya bertanggungjawab atas perbuatan saya dulu. Bukan niat saya... Tolonglah, Zara.” ~ Irsyad

“Get lost!!” ~ Zara.

Fikir Zara, semuanya kembali normal jika Irsyad pergi. Namun kemunculan tidak terduga Aiman sewaktu Irsyad menagih kemaafan daripadanya telah merumitkan keadaan. Irsyad merayu kepada Aiman untuk memperisterikan Zara.

Apakah yang harus dilakukan oleh Zara? Terima saja Irsyad yang banyak melukai hatinya atau... menyepikan diri sekali lagi?

Sang hujan sudah berhenti,Sang pelangi muncul lagi,Akan kugapai pelangi hati,Sentihan cintamu sedia kunanti.


Tajuk: KALAU SUNGGUH BAGAI DIKATA
Penulis: Rafina Mimi Abdullah.
Terbitan: Lovenovel Publication

Sinopsis:
Dinn Dzakir, seorang lelaki kampung yang tampan dan bekerjaya. Merupakan ketua arkitek di tempat Hanim dan Lia bekerja. Baru sahaja sehari lelaki itu menjadi staf di pejabat mereka, kecoh mulut Hanim dan Lia memperkatakan tentang lelaki itu.

Secara diam-diam Dinn Dzakir benar-benar tertarik dengan Hanim. Baginya, gadis itu begitu telus dan jujur. Cantik pun cantik, manis pun ya...

“Saya tak nak orang lain. Saya cuma nak Hanim saja yang hantarkan minuman saya." - Dinn Dzakir
“Setahu saya dalam syarikat ni, tak ada undang-undang pun yang menyatakan Encik Dzakir harus terima layanan daripada saya sorang.” - Hanim

Satu hari, Dinn Dzakir meluahkan rasa hatinya kepada Hanim. Berbagai perkara dilakukan untuk menambat hati si gadis. Kata-kata usikan dan sikapnya yang suka mengambil berat, membuatkan hati si perawan makin tertambat.

Jom kahwin - Dinn Dzakir
Encik Zakir jangan nak mengarut okey? - Hanim
Kahwin perkara serius. Bukannya mengarut - Dinn Dzakir
Hari ni Encik Zakir demam ek - Hanim
Demam nak kahwin - Dinn Dzakir

Namun lumrah dunia. Pasti akan ada hati yang tidak senang dengan kemesraan yang terjalin. Hanim sanggup mengundur diri. Walaupun si jejaka kecewa tetapi dia tidak mudah mengalah. Dari jauh, Hanim sering diperhatikan. Susah dan senang gadis itu, selalu diambil berat. Mampukah si jejaka meraih gadis impian walaupun terpaksa bertindak di luar dugaan? Mampukah si gadis menyambut huluran kasih yang tulus itu dengan rela hati?

Kalau sudah bagai dikata, hanya untuk Hanim ungkapan cinta...


Lai!lai!kepong....satu lagi novel Penerbitan Love Novel,sila2 order ya...3 beradik, 3 sekawan, 3 meletops!Hip2 hoooray!


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters