Thursday, November 20, 2014

Novel terbitan Anaasa bulan December 2014



Tajuk : MISI CINTA MR BAD GUY
Karya Penulis : Ailah Diela
Publisher : Penerbitan Anaasa
ISBN : 9789671289242

/* Blurb /*

Kalau Anggerik tahu lelaki itu anak The Legend Rizky Dhan, sumpah dia tak akan berani dekat. Tapi semuanya berubah apabila dia dipaksa menjadi pembantu peribadi lelaki itu. Perangai malas Ahqaf masih boleh terima lagi. Tapi perangai gatal miang buluh tu memang dia tak boleh terima. Kalau betul dia ada kuasa, memang dia dah sumpah Ahqaf menjadi Hello Kitty Pink! Lalu, dia nekad berhenti kerja.

Namun, permainan Ahqaf belum tamat. Anggerik hanya miliknya. Itulah kata dua yang diberikan kepada papanya. Daripada pembantu peribadi tiba-tiba sahaja bertukar status kepada isteri. Dia segera memainkan peranan. Memaksa keluarganya berjumpa ibu dan ayah Anggerik.

"Saya nak kahwin dengan Anggerik cepat. Saya lelaki sejati. Memang pantang kalau duduk berdua dengan perempuan cantik ni. Nanti takut tak sempat tekan brek." ~ Ahqaf

"Tak sempat tekan brek, menjunam la kamu ke neraka." ~ Ayah Anggerik.

Jadi isteri kepada lelaki yang digelar Mr. Bad Guy itu tersangatlah mencabar. Dia rambut hitam berkilat, tapi si suami tase ala-ala Marilyn Monroe. Tak boleh nak menggedik dan mengeletis.

"Saya ni isteri. Bukannya bantal peluk." ~Anggerik

"Dan saya ni pulak suami. Jadi, meh aku nak peluk kau. Jangan nak marah-marah. Nanti esok bangun muka macam cendawan kering." ~ Ahqaf

Memang jadi masalah besar gila bila dah jatuh cinta pada isteri sendiri. Macam mana nak jadi penggoda? Dapat pula isteri yang kaki gaduh juga. Lagilah bertambah payah misi untuk dia menggoda isteri sendiri. Anggerik kata Ahqaf harus menjadi model Calvin Klein untuk memikat dirinya yang seperti model Victoria Secret. Berjayakah misi Anggerik dan Ahqaf untuk memikat hati pasangan masing-masing? Adakah mereka dapat memiliki cinta yang luar biasa? Inilah Misi Cinta Mr Bad Guy.


Tajuk : JANJI TAK BUAT LAGI
Karya Penulis : Izma Qahiera
Publisher : Penerbitan Anaasa
ISBN : 9789671289235

~~~ Blurb ~~~

"Aduh alamak! Habis basah baju. Macam mana awak jalan ni?" ~ Fatin

"Maafkan saya, awak yang langgar saya dulu. Nah, ambil tisu ni." ~ Kamal

Lantai takdir telah menemukan Kamal Akasyah seorang peguam muda dan gadis 19 tahun, Fatin Syuhada. Perlanggaran tanpa sengaja telah menjentik rasa aneh di hati kamal, namun tidak bagi Fatin.

Dalam usaha menembusi benteng hati Fatin, ada sahaja halangan yang perlu ditempuhi oleh Kamal. Lina, seorang gadis yang terlalu obses untuk memiliki Kamal. Sentiasa hadir mengganggu gugat keharmonian cinta mereka yang sedang berputik.

"Kamal, Lina nak pergi sekolah ni. You duduk rumah diam-diam tau. Jangan nakal-nakal. I love you...ummmuuah!" ~ Lina

Di saat cinta suci mereka direstui keluarga, ujian datang lagi mengetuk tangkai hati. Ika, sepupu dan juga bekas tunangan Kamal, muncul dan lantas merentap kebahagiaan yang mula dirasai. Ika menagih semula kasih yang pernah terputus. Mendesak Kamal agar mereka disatukan.

"Aku dan Kamal akan berkahwin tak lama lagi." ~ Ika

"Umi dan abah dah bersetuju untuk menyambung semula pertunangan Kamal dan Ika. Umi harap Fatin faham. Dia orang pernah bertunang dulu." ~ Umi

Demi sebuah tanggungjawab dan membayar semula budi yang pernah diterima, Kamal terpaksa melupakan janji yang diikat bersama Fatin. Tanpa bicara, tanpa kata, Fatin ditinggalkan. Hati yang lara dibawa jauh.

"Ya Allah, bantulah hamba mu yang lemah ini melupakan dia. Dia sudah bahagia dengan jalan yang dia pilih. Izinkanlah aku bahagia dengan pilihan yang telah ku buat ini Ya Allah." ~ Fatin

Meleraikan cinta hati adalah tidak bagi Kamal. Namun, untuk menerima semula janji yang pernah dibuat oleh lelaki itu juga adalah sukar bagi Fatin Syuhada. Perjalanannya masih jauh kerana langkah nya pernah terhernti. Adakah lagi ruang untuk Kamal menetap di hati Fatin? Dan, mampukah Ika merebut cinta Kamal agar tidak beralih darinya? Apakah Kamal mampu membuat pilihan sekali lagi?


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters