Saturday, November 8, 2014

Novel terbitan SR Publication bulan december 2012



Izinkan Kumiliki Hatimu ~ Ameera Ameer

Di saat Irina terluka dengan kecurangan Ferdy, Zairil hadir memberi salam cinta. Hati yang dulu kosong, mula dipenuhi dengan bunga-bunga cinta. Namun, perasaan hasad dengki Mira kepada sepupunya yang tidak pernah padam telah menghancurkan segalanya. Apa pun yang terjadi, dia tidak rela melihat Irina bahagia lebih-lebih lagi dengan lelaki sebaik Zairil. 

“Rina, aku pernah beritahu kau kan, lelaki seperti Zairil tak pernah ada tempat di dalam hati aku. Aku buat semua tu sebab aku tak nak kau dapat lelaki yang baik seperti Zairil. Aku nak lelaki seperti Ferdy yang menjadi suami kau sebab aku nak tengok kau menderita seumur hidup!” 

Di kala bahagia mula menunjukkan sinarnya, tiba-tiba derita datang menjengah tanpa di pinta. Irina pergi membawa diri hanya kerana tidak mahu melukai hati insan-insan yang disayangi dan kerana terlalu mencintai, dia terpaksa mengorbankan cinta yang dia ada. 

“Kalau hari ini adalah hari terakhir dia dapat melihat senyuman itu maka dia akan lakukan apa saja untuk melihat bibir itu untuk terus tersenyum... kalau hari ini adalah hari terakhir dia dapat mendengar tawa dari bibir lelaki itu… maka dia akan bercerita apa saja supaya bibir itu akan terus tertawa… biarlah senyum dan tawa itu tersimpan kemas dalam ingatannya…”

Pemergian Irina secara tiba-tiba membuatkan hati Zairil terpalit seribu kedukaan. Cincin yang dibeli untuk melamar Irina dan menjadikan wanita itu suri hidupnya masih kekal tiada bertuan. Namun, Zairil pasrah andai ini yang ditakdirkan dan jika inilah ketentuanNya..

“Macam mana aku nak bahagia Riz kalau orang yang mampu memberi kebahagiaan kepada aku sudah pergi jauh meninggalkan aku.”

Namun Zairil tekad, jika benar Irina sememangnya diciptakan dari tulang rusuk kirinya, walau badai datang melanda, Irina tetap di hati… Biar seribu tahun pun lagi, cinta Irina akan tetap dinanti.


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters