Saturday, November 8, 2014

Novel terbitan SR Publication bulan October 2012



Hanya Dia Di Hatiku ~ Ain Marissa

Kepulangan Qaseh Aira ke tanah air, selepas menamatkan pelajarannya di Jepun menyebabkan hati kembarnya, Qistina Alia semakin tertekan. Keadaan menjadi semakin parah apabila Qistina Alia menuduh Qaseh Aira adalah punca kepada segala masalah yang berlaku di dalam hidupnya. Namun bagi Qaseh Aira, jikalau dengan cara menipu itu sahaja yang boleh menjernihkan hubungan mereka semula, Qaseh Aira rela. Tetapi, sebaliknya pula yang berlaku.

“Bos, saya confuse sikit. Bila orang cakap nak air kopi, mesti kena letak susu kan?”

Harith Haiqal sering tertanya sendirian, entah kenapa tiba-tiba hatinya terpaut dengan Qistina Alia sekarang walaupun dia tahu sikap Qistina Alia yang dahulu sangat berbeza dengan yang sekarang. Harith Haiqal dalam diam mula mengintai cinta di hati Qistina Alia. 

Pertemuan antara Harith Haiqal dengan Qaseh Aira ketika bertandang ke rumah Qistina Alia bersama keluarganya membuat hati Harith Haikal kembali resah. Gerak hatinya kuat mengatakan Qaseh Aira seperti pernah dikenalinya sebelum ini.

“Tapi abang dapat rasakan yang abang pernah kenal dengan Qaseh. Abang tak nak tipu hati abang sendiri. Perasaan abang dengan Qistina, tak sama dengan perasaan abang terhadap Qaseh. Tapi kenapa hati abang dapat rasakan yang Qaseh pernah dekat dengan abang?”

Memang itu angan Qistina Alia, berkahwin dengan Harith Haikal tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Ibarat api di dalam sekam, marah dan cemburu Qistina Alia terhadap Qaseh Aira semakin menjadi-jadi. 

“Kau sengaja nak sakitkan hati aku kan? Kau tak tahu malu ke? Bakal tunang aku pun kau nak rampas? Takde lelaki lain ke kat atas dunia ni sampai kau sanggup menggatal dengan bakal tunang kakak kau sendiri? Aku tahu, kau sengaja perangkap Harith kan?”

Kalau masa boleh diundur kembali, mahu saja Qaseh Aira merubah segalanya. Tetapi betul ke itu yang dia mahu? Bagaimana dengan Qistina? Apa pun keputusannya, hati Harith Haiqal berbisik, Hanya Dia di Hatiku. Adakah hati Qaseh Aira jua berbisik sebegitu?

*****



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters