Saturday, December 6, 2014

Novel mini Syamnuriezmil



BLURB:

Mamanya risau. Anaknya, Fajra Adara masih lagi solo walaupun punya kerjaya dan empayar. Fajra Adara bukan apa, dia sudah serik dengan semua lelaki yang diperkenalkan oleh mamanya, semuanya putus dan yang tinggal hanya harapan untuk mencintai. Dicintai memang taklah! Lebih baik bercinta dengan kasut rekaannya sendiri.

Sehinggalah seorang lelaki pilihan mamanya berpatah semula ke butik dan sanggup menunggu Fajra Adara kerana sekeping gambar yang tergantung di dinding butiknya. 

“Itu...”
“Ya?”
“Gambar Fajra Adara?”
“Ya encik.”
“Kenapa encik?”
“Saya tunggu.”

Dia ialah Daffa Zayn. Gambar Fajra Adara yang pernah muncul dalam mimpinya itu, sudah mencuri perhatian. Jadi, Daffa Zayn merancang untuk mencuri hati Fajra Adara dengan meletakkan tempoh sebulan untuk dia bahagiakan dan buat Fajra Adara jatuh cinta.

Hanya sebulan sahaja tetapi bersyarat...

“Dalam masa sebulan ni, awak kena ikut apa yang saya cakap. Awak tak boleh kata tidak. Kalau awak kata tidak, sebulan akan jadi sebulan satu hari. Cakap tidak lagi, akan tambah satu hari lagi.”

Tapi Fajra Adara takut. Takut kalau, apabila dia mula jatuh cinta, Daffa Zayn akan pergi seperti lelaki lain yang pernah bagi harapan pada cintanya. Apa lagi caranya untuk menyakinkan dirinya yang Daffa Zayn itu jodohnya? Melainkan, Daffa Zayn berjaya lepasi ujian cinta. Tapi ujian tentang apa?

“Okey, ada dua jenis ujian cinta.”
“Apa dia Onie?”
“Cemburu dan jarak. Tapi, saya nak pesan awal-awal. Jangan salahkan saya, kalau bos pula teruji. Sebab ujian ni, kadang-kadang akan menguji dua hati. Kalau hati yang diuji tu tak tercalar, mungkin hati yang menguji tu pula yang berderai.”
“Yelah... yelah! My action, my consequences!”

Siapa sebenarnya yang diuji, Fajra Adara atau Daffa Zayn? Harapan kalau tak ada tindakan.... akan hanya tinggal harapan. Macam basikal yang hanya akan seimbang apabila dikayuh.



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...