Monday, December 8, 2014

Novel terbitan idea kreatif bulan december 2014 | limited edition



Liza kata ini anak emas. Tapi saya kata, ini hanya jajan untuk kudap kudapan.

AMARAN! Siapa yang tak suka cerita pendek, jangan beli sebab ini adalah cerita pendek.

Siapa yang tak suka baca sesuatu yang sama juga jangan beli, sebab ini adalah inspirasi dari novel BEBUNGA KASIH

Naskah ini saya buat untuk sesiapa yang rasa nak simpan koleksi HF. Sebab di dalamnya, semua tulisan saya. Cerita YANG LUAR BIASA dan juga empat cerpen dari naskah KISAH DARI HATI saya kumpulkan ke dalam satu naskah menjadi kompilasi HF.

Siapa yang belum baca limited edition yang lepas, boleh baca ini. Tapi kalau sesiapa yang dah baca dan tak mahu baca, tak payah beli pun takpe.

Tajuk : KASIH ITU CINTA


Sinopsis :
Berapakah harga sebuah rasa andai benci boleh ditukar menjadi sebaliknya? Bagi Zarif, harganya sangat mahal, tidak ternilai dengan harta duniawi kerana melembutkan hati seorang Dya, satu kerja yang sangat gila. Dan kegilaan itu buat dia hampir hilang punca. Masalahnya, dia memang sudah terjatuh suka.

Hidup bagi seorang Ardyana, tiada makna bahagia, apatah lagi sebuah rasa bernama cinta. Yang ada di hati dia hanyalah benci semata-mata. Lelaki di sekelilingnya hanya wujud untuk merosakkan. Dan apabila Zarif muncul, manusia perosak menjadi semakin bertambah. Benar.. dia bencikan semuanya.

Pun begitu, satu perhitungan membuatkan mereka harus bersatu dalam ijab dan kabul. Dan, bermulalah sebuah cerita.

“Tinggal dengan awak? Kat kondo awak? Tunggulah bila akal saya dah tak waras lagi.”- Dya

“Kalau nak, saya boleh saja suntikkan ubat untuk menghilangkan kewarasan awak dan kalau nak, saya boleh saja paksa awak mengikut kehendak saya. Tapi... lafaz akad yang saya ikrarkan di depan kadi dengan nekad memikul tanggung-jawab sebagai suami tidak memungkinkan saya berbuat semua itu.” – Zarif
Mampukah Syed Zarif Hafizi melembutkan hati seorang Ardyana?

**** Saya print tak banyak. Akan mula berada di PWTC hari sabtu 13hb. Dan order online hanya akan dibuka jika stok masih berbaki. Harap maklum.



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters