Sunday, January 4, 2015

Novel terbitan penulisan2u bulan januari 2015



Tajuk : Love Riddles
Penulis : Mysztyra

Ainun Naural gadis universiti yang biasa. Dirinya yang suka bermain gitar di bawah pokok di padang UKM menjadi perhatian seseorang yang sering melihatnya dari jauh. Dia tidak pernah menyangka bahawa kehadiran lelaki bertopi itu di dalam hidupnya akan membuatkan cik hatinya berdegup kencang. Saat dirinya basah ditimpa hujan, jejaka misteri itu payungkan, saat dirinya kebasahan, jaket lelaki itu disarung ke badannya yang dingin.

Naural tak nafikan yang dia mula menyukai jejaka yang sering melindungi dirinya dari jauh itu. Namun saat cinta dihulur kepadanya, Naural seperti kaku.

“Sudi awak jadi kekasih saya?”

“Tapi semua ni macam awal lagi. Kita pun baru kenal, kan?”

Jejaka bertopi terus menghilang selepas itu. Naural cuba menjejaki ke bilik piano yang pernah dia dan jejaka bertopi kunjungi bersama, tetapi apa yang dia jumpa hanyalah... bilik yang berdebu dan kotor! Adakah dia hanya bermimpi selama ini?

Kehadiran Luth, jejaka pujaan ramai di dalam hidup Naural, mengembalikan senyuman wanita itu. Cik hati Naural mula terjatuh lagi. Tapi kehadiran Marysa membuatkan cinta yang baru bertunas, layu kembali.

Nak kenal siapa saya? Jom main Love Riddles dengan saya... 

Teka-teki yang diterima daripada seseorang bagai mengalihkan perhatiannya daripada kekecewaan dengan cinta tak kesampaiannya dengan Luth.

(i) [sqrt(cos(x))*cos(300x)+sqrt(abs(x))-0.7)*(4-x*x)^0.01, sqrt(6-x^2), -sqrt(6- x^2) from -4.5 to 4.5] (you)

Sebaris teka-teki ini merungkaikan segalanya. Ia sebuah graf cinta! Antara jejaka bertopi, Luth dan pemberi teka-teki, siapa akhirnya cinta terakhir Naural?


Tajuk : Sweet Dream Cinta
Penulis : Nina Kamal

MOON... Seorang gadis kampung yang hiperaktif. Yang cantik bak bulan yang diakui oleh mata- mata di sekelilingnya. Kelebihan yang ada membuatkan semua mata sang arjuna membulat dan rahang hampir terjatuh setiap kali memandangnya. Adrian Eusoff satu-satunya lelaki yang dia amat tergila-gilakannya.

“Moon sayang kat Abang Ian. Moon nak kahwin dengan Abang Ian. Abang janganlah kahwin dengan perempuan tu. Kahwinlah dengan Moon.” – MOON.

IAN... Seorang pemuda biasa namun terkenal dengan sikap playboynya. Perasaan menyampah kepada budak kampung yang selalu mengganggu hidupnya setiap kali balik bercuti melebihi segala-galanya. Budak kampung itu juga menjadi penyebab dia terpaksa melarikan diri.

Tapi itu dulu, dia tidak menyangka perasaan benci terhadap Moon sejak zaman kanak-kanak bertukar menjadi gila bayang terhadap si gadis cantik jelita bernama Ramona setelah menganjak ke alam dewasa. Kecantikan Moon ibarat bulan menyebabkan Ian terjatuh hati.

“Kau ni cantik betul sekarang. Kalau aku tahu kau cantik macam ni, tak adalah aku lari balik ke Amerika. Aku sanggup buat pengakuan itu.” – IAN.

Geram juga apabila melihat perubahan gadis kampung yang kini sudah menjadi kegilaan ramai lelaki termasuk NORMAN, sepupunya sendiri. Dia mula menaruh hati tetapi Moon sudah jauh berubah.

Kini, Moon bukan lagi budak perempuan yang selalu menagih perhatian Ian. Dia ada impian baru yang lebih hebat. Namun disebabkan impian itulah Moon terpaksa memerangkap Ian sekali lagi.

Inilah kisah bulan bertemu matahari. Akan bersatukah cinta mereka ataukah hanya sekadar ‘sweet dream cinta’?




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters