Tuesday, January 6, 2015

Novel terbitan alaf21 February 2015



Tajuk: PUTERA KODOKKU 
Penulis: Julia Basri
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis: Selamba badak! Muka tembok! Perigi cari timba! Sebutlah apa sahaja pun, Effa tidak peduli. Apa pun yang terjadi, hati Putera Kodok harus dimiliki. 

Siapa Putera Kodok? Rayyan Haikal bin Dato’ Khalid. Kacak. Kaya. Cukup serba-serbi. Buat Effa mabukkan cintanya siang dan malam. Tapi, harap muka saja handsome... penakutnya bukan main pada SI KODOK!

Masalahnya, ego Rayyan tinggi melangit. Sedikit pun dia tidak teringin beristerikan Effa. Tidak mungkin jejaka pujaan Malaya seperti dia memilih minah sengal macam Effa. Simpang malaikat empat puluh empat!

Namun, istilah putus asa tidak pernah wujud dalam hidup Effa. Sepuluh langkah Rayyan lari, seribu langkah Effa mengejar.

Tragedi melanda melukakan hati Effa. Ternoktahkah cintanya buat Putera Kodok?


Tajuk: TUNGGU DULU CINTA 
Penulis: Ayu Emelda.
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis: 
Kamal Noah... luarannya cukup sempurna. Lelaki macho, punya six-pack, hot dan seksi. Tapi, sayang... hatinya dingin macam ais. Mengalahkan Elsa dalam filem Frozen. Harapkan muka saja kacak, tapi hati kering. Ego sekeras Iron Man. Bila buat keputusan, ikut suka hati dia saja.

Nuraivy Sofea... gadis manis yang paling afdal jadi calon isteri. Bakal pak mertua memang sudah lama berkenan! Dia cukup serba-serbi, tapi agak sensitif dan clumsy! Kelembutan dan kesabaran Aivy, ada kalanya keterlaluan. Suka sangat mengalah sehingga selalu kena buli.

Janji mereka, mahu bercinta setelah sah akad dan nikah. Tapi apakan daya, rumah tangga mereka mula bergoncang dek sejarah silam. Di hati Kamal terus berbisik nama Suraya. Di hati Aivy pula, terpahat nama Khairy. Bila wujud orang ketiga... isteri mana tak cemburu? Suami mana tak tercabar? 

"Tak boleh ke awak reserve hati awak hanya untuk saya?" ~ Aivy

"Saya cuma simpan kenangan dengan dia, bukan simpan orangnya!" ~ Kamal

Namun setelah Aivy pergi, Kamal bagaikan rebah. Dia sendiri keliru mana satu gadis yang bertakhta di hatinya. Siapa sebenarnya yang dirindu? 


Tajuk: CINTA SENGET-BENGET
Penulis: Nina Rose.
Terbitan: Alaf 21
Sinopsis:
Natasya Ayumi tidak sanggup lagi dipermainkan oleh Hiroshi dan Minami. Akibat cemburu dan harta, gadis itu tercampak di sebuah pulau di Terengganu dan menjadi gadis pengangkut ikan.

Kehadirannya tidak disenangi Mak Cik Tina. Wanita itu merasakan Ayumi merimaskan di dalam keluarga. Lantaran mengatur rancangan agar gadis itu menerima lamaran Pak Hamid. Oh, tidak! Mana mungkin dia berkahwin dengan orang tua itu sedangkan seorang jejaka bernama Hadi sudah menaruh cinta padanya. Namun, Hadi bukanlah pilihan hatinya.

Sebenarnya, hatinya sedang dipancing oleh Afif Dawson a.k.a Encik Ikan Masin! Ah, mana mungkin menerima lelaki itu ke dalam hidupnya? Menerima Encik Ikan Masin bererti dia menghancurkan harapan teman wanitanya. Ayumi dalam dilema!

“Kenapa cari saya lagi?” – Ayumi

“Kalau bukan kerana janji kita kat tepi kolam malam tu, pasti saya tetap memilih awak.” – Afif Dawson

Oh, cinta! Jangan buat aku dan dia derita. 


Tajuk: 1, 2 KAMU
Penulis: Arfa Ardiya
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis:
Pertemuan pertama yang terjadi antara Naufal dan Syaza tidaklah begitu baik untuk dijadikan sebagai momen terindah. Kadangkala Syaza akui sikap Naufal benar-benar mencuit hatinya. Namun, kata-kata sinis daripada Naufal adakalanya mencabar kesabaran Syaza. Bagi Syaza, Naufal bukanlah lelaki pilihan yang boleh dijadikan imam untuknya tetapi sudah tersurat dia menjadi milik lelaki itu yang sah.

Bahagia yang dikecapi tidak berkekalan dek terburu dengan kerakusan mengejar duniawi. Hubungan yang sedia ada terlerai di pertengahan apabila si kecil, permata hati meninggalkan mereka untuk selama-lamanya.

Saat Syaza mula melupakan segalanya, Naufal hadir untuk menunaikan janji yang telah dimungkiri. Dibulatkan tekad di hatinya kerana pilihan hatinya tetap tidak berubah dari dahulu. Makin dikejar makin jauh si dia melarikan diri. Makin keras pula hatinya. Akan bertautkah kasih mereka berdua setelah Syaza mengetahui kisah sebenar di sebalik keruntuhan rumah tangganya dahulu?




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters