Monday, November 9, 2015

Novel terbitan alaf21 jun 2015



Tajuk: JUAL BELI CINTA
Penulis: Weeda Airiza
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis:
Kenangan silam yang pahit memang parah! Lagi-lagi kalau pernah putus cinta. Lebih sakit, kalau lelaki itu selamba pergi tanpa salam terakhirnya! Geram! Puas Airin Zulaikha Shane mencari di mana buah hati pengarang jantungnya.

Kepulangannya ke Malaysia hanya menambah rajuk di hati. Lelaki itu tetap tidak ditemui.

Namun, dalam diam... Zulaikha mula mendambakan Razif, jejaka yang ditemui secara tidak sengaja saban tahun. Siapa sebenarnya dia? Sekejap ada, sekejap tak ada. Misteri betul!

Dalam masa yang sama, Aaron Faiq Lee pula dilanda rebut taufan dalam jiwa. Dipaksa kajwin dengan Shiela memang dia tidak gemar! Macam dalam drama katanya.

Persahabatan akrab antara Faiq dan Zulaikha yang bermula akibat perlanggaran troli, mencetuskan idea yang tidak disangka. Daripada bestfriend yang berkongsi suka dan duka, Faiq menghulurkan lamaran yang tidak disangka.

Zulaikha sudah garu kepala. Siapa sebenar jodohnya? Ah, buang masa! Zulaikha memaksa dirinya menepis bayangan Razif dan beralih kepada idea gila Faiq.

“Faiq, jom kita kahwin!”

Tajuk: TERBAIK UNTUKMU
Penulis: Yatie Atiqa
Terbitan: Alaf 21

SINOPSIS
Masalah keluarga memaksa Juita mengorbankan usia remajanya membantu ibunya, Kak Jah di gerai nasi lemak miliknya. Pertemuan dengan Muhamad Asyraf a.k.a Kebeng, pelanggan tetap di gerainya membibitkan rasa cinta. Kebeng menyimpan hasrat untuk menjadikan Juita miliknya yang sah. Dalam diam Juita juga menaruh hati kepada Kebeng.

“Rasailah kehadiran saya seperti angin yang bertiup. Tidak nampak di mata, tetapi dinginnya terasa hingga ke tulang.” - Kebeng

“Rasa ini selalu hadir untukmu. Sesuatu yang mungkin kau takkan pernah tahu.” - Juita

Kehadiran Faiz, teman sejak sekolah rendah yang masih mengharapkan cintanya yang ditagih sejak sekian lama disambut Juita. Kenakalan Faiz sering menyakitkan hati Juita yang tidak pernah menyimpan perasaan walau sekelumit pun terhadap lelaki itu. Faiz suka memanggil Juita dengan gelaran Comel menambahkan perasaan benci Juita terhadapnya.

“Walaupun kau tak terima cinta aku, tapi izinkan aku panggil kau Comel, ya.” – Faiz

Antara cinta dan simpati, siapa yang menjadi pilihan Juita? Apa pula reaksi ibu dan ayah Juita yang ingin melihat anak mereka hidup mewah dengan harta kekayaan dunia. Mampukah Juita memilih seorang dan melupakan yang seorang lagi?


Tajuk: CINTA ATAS KERTAS
Penulis: Sharifah Abu Salem
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis:
Sekembali dari perantauan kerana melanjutkan pelajaran ke luar negara, Qhalif dikahwinkan dengan Mia atas pilihan ibunya. Kenapa dengan Mia sedangkan dia amat mencintai kakaknya, Adira? Bukti cinta itu terpahat di dalam setiap surat yang dikirimkan sepanjang tempoh 20 tahun sungguhpun Adira tidak pernah membalasnya.

Adira hanya pasrah. Dia tidak meminta sesuatu selain kebahagiaan Mia. Biarlah rasa cinta itu dipendam seorang diri. Tidak mahu melayani kekecewaan, dia menjalin hubungan dengan Zarul, duda anak satu yang menghadapi konflik dengan bekas isteri dan bapa mentuanya.

Perkahwinan Mia dan Qhalif hanya bertahan lima bulan. Kemalangan yang menimpa mereka menyebabkan kecacatan teruk pada Qhalif. Mia tidak sanggup menghadapinya. Dia harus menuntut cerai!

Sampai hati Mia. Hidup Qhalif bagai dipukul badai. Ingin meraih cinta Adira, Zarul sudah menakluki hati gadis itu. Adira pula walaupun cintanya masih pada Qhalif, dia terpaksa akur pada takdir.

Sudahnya masing-masing memendam perasaan. Dan dua tahun berikutnya, segala-galanya terbongkar - rahsia yang memutikkan perasaan kasih, sayang, cinta dan benci!

“Qhalif kata surat-surat dia adalah bukti cinta Qhalif pada Di.”

“Alah... cinta atas kertas saja, abah. Cinta yang tak pasti.”

Tajuk: KEKASIH OLOK-OLOK
Penulis: Eija Khadeeja
Terbitan: Alaf 21

Sinopsis:
JULIANA... gadis kacukan Melayu-Cina, melarikan diri dari rumah setelah mengetahui pengkhianatan yang telah dilakukan oleh ayah kandungnya sendiri. Di saat dirinya terumbang-ambing, dia bertemu dengan seorang lelaki yang sudi menghulurkan bantuan, tetapi bersyarat. Syarat yang mengikat Juliana dan Asyraf sebagai kekasih olok-olok. Di hadapan Melisa, lakonan harus menjadi nyata agar wanita bergelar model itu tidak lagi mengejar Asyraf.

Di dalam lakonan, berputik cinta Asyraf dan Juliana. Di saat mereka sedang menikmati manisnya cinta, Juliana dikejutkan dengan satu kebenaran yang tak diduga. Dia nekad meninggalkan Asyraf. Asyraf yang ditinggalkan berasa kecewa.

Ketika konflik melanda, mampukah dua hati yang sedang menagih cinta bersatu jasadnya?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters