Monday, November 9, 2015

Novel terbitan lovenovel jun 2015



TAJUK : ROMANCINTA
PENULIS : NICKI LEE
NO ISBN : 978-967-0907-07-9
Terbitan: Lovenovel

BLURB:
Mengapa takdir membiarkan kita bertemu...
Dan bercinta hanya untuk sementara waktu...

Shah ~ Gelaran samseng tidak membenarkan dia menyayangi dan mengasihi sesiapa. Lalu, hati gadis itu dirobek kejam dan ditinggalkannya begitu saja. Namun, tatkala menyedari, yang dia benar-benar mencintai, gadis itu sudah pun dimiliki insan lain. Kalah dengan tuntutan rasa, dia tegar mahu mendapatkan cintanya semula.

Sofea ~ Kerana terlalu mencintai, maruahnya tercela. Atas desakan keluarga, lelaki itu dinikahi tanpa rela. Untuk menutup aib, dia memaksa diri menerima. Hati terluka namun hatinya tidak mampu melupakan cinta pertama. Dalam kepayahan, dia cuba mengerti dan belajar untuk reda. 

Fandi ~ Permintaan untuk menikahi gadis itu diterima, bukan kerana ikhlas mahupun cinta. Upah seratus ribu ringgit tidak mampu dipandang sebelah mata. Peluang yang ada juga digunakan untuk mencari Nabilah, agar adiknya itu dapat kembali ke pangkuan keluarga. Pada gadis itu, yang wujud hanya rasa kasihan…yang akhirnya bertukar menjadi sayang. 

Bella ~ Dia melakukan kerja ini kerana dipaksa dan terpaksa. Harta dan kemewahan telah membutakan mata dan hati. Tapi dia sedar, tidak mungkin dia boleh hidup begini selama-lamanya. Cuba untuk lari namun jalan untuk berubah tidak mudah. Satu-satunya harapan yang dia ada hanyalah pada lelaki itu.

Sang Naga ~ Dia punyai pelbagai nama. Dalam dunia gelap, dia disanjung dan digeruni oleh para pengikutnya. Walaupun begitu, jiwa terasa kosong tak bermakna. Kehadiran gadis itu telah mengembalikan warna pelangi pada hidupnya yang selalu kelam. Demi gadis itu juga dia bertekad, bayang hitamnya akan ditanggalkan demi meraih bahagia.
Latar cerita mereka berbeza. Namun mereka punyai satu perkara yang sama. Demi kasih dan cinta, mereka sanggup berkorban apa saja.


TAJUK : BUNGA DI TAMAN LARANGAN
PENULIS : AYUMI SYAFIQAH
NO ISBN : 978-967-0907-06-2
Terbitan: Lovenovel

BLURB
Dia sudah lelah dilukai, jadi biar dia pula yang melukai...

Dia pernah berasa peritnya disakiti. Keperitan dan keperihan yang dilalui membuatkan dia meneruskan hidup dengan dendam di hati. Dia cemburu dengan kebahagiaan orang lain dan menjadikan itu sebagai alasan untuk mengubah hidup sendiri. Dia sudah puas menangis, jadi biar dia pula yang menjadi penonton tangisan orang lain. Andainya dengan menjadi ‘orang lain’ segala rasa di hatinya akan terhapus, dia rela. 

Dia... sekuntum bunga yang beracun di taman larangan...

Amar Idlan ~ Dia selalu ada di sisi Syarizad. Menemani saat Syarizad sendiri, menyayangi tika Syarizad dibenci.

Herdy ~ Dia muncul menjadi penambah ‘perasa’ dalam kisah hidup Syarizad. Dia menolak permata berharga seperti Liyana demi kaca yang retak seperti Syarizad.

Ben Ikhzal ~ Dia hadir memberi ketenangan. Dia nampak sesuatu yang berharga dalam diri Syarizad. Dialah sebab Syarizad mampu tersenyum indah.

Namun, mampukah kehadiran mereka bertiga mengubah laluan hidup Syarizad menjadi lebih baik? Sanggupkah Syarizad melupakan dendam yang membara di hati demi kebahagiaan yang menanti?

“Kau tahu tak kenapa semua orang yang kau sayang pergi tinggalkan kau? Sebab perempuan macam kau memang tak layak hidup bahagia.”


Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters