Tajuk: GPS CINTA
Penulis: Arysa Nasir
Terbitan: Buku Prima
Sinopsis:
Bunga tak kembang mekar tanpa cahaya,
Taufiq takkan lengkap tanpa Hidayah-nya…
Amylia dan Khairil Azree bahagia dan punya anak kembar. BFF masing-masing pula masih bujang trang tang-tang. Hidup sunyi tidak berteman. Sepakatlah suami dan isteri mahu menjayakan misi bantuan jodoh antara Taufiq dan Hidayah sehingga duduk bersanding di atas pelamin.
Malangnya hati Taufiq tidak terbuka menerima ‘salam perkenalan’ Hidayah yang dibawakan oleh Amylia dan Khairil Azree. Apabila kena ‘reject’ mentah-mentah, Hidayah jadi ‘tak hingin’ dengan Taufiq. Mereka ‘berperang’ tanpa mengenali paras rupa dan peribadi masing-masing.
Misi bantuan jodoh menemui jalan sukar. Taufiq impikan gadis Latino yang jelita. Hidayah pula tinggi standard piawaiannya dalam mencari teman hidup. Bukan calang-calang lelaki dapat menawan hatinya.
Dalam diam, penolakan Taufiq terhadap Hidayah rupa-rupanya ada ‘udang di sebalik batu’. Taufiq tidak mahu kahwin dengan perempuan lain kerana dalam hatinya sudah beraja seorang wanita istimewa. Taufiq memburu Cinderella Khay yang tidak pasti. Bila sudah memandang Hidayah, hati masih berbelah bahagi. Gara-gara Taufiq versus Hidayah, rumah tangga Amylia dan Khairil Azree pula dilanda tsunami.
Taufiq wajib kahwin! Kalau tidak, ada hati yang akan merana.
Hidayah tak mahu kahwin! Sebab hati Taufiq sudah ada simpuhannya.
Kalau itu berterusan, Amylia dan Khairil Azree pula yang akan jadi gila!
Bila hati bersimpuh di ruang yang salah, di mana pula cinta sejati hendak bertamu?
“Err… dia ada jaga dan amalkan gaya hidup sihat tak? Hu…hu…hu… bukan apa, aku takut dia mati cepat. Jadi janda pulak aku nanti, tak sampai sehari kahwin.” - Hidayah
“Okey, kalau dari pengamatan saya, nama Taufiq tu elok maknanya. Tapi bila dah dipakai Encik Taufiq, maknanya jadi terbalik pulak. Dia jadi T untuk teruk, A untuk angkuh, U untuk ungka, F untuk failed, I err... Q.... err... Whatever!” - Khayla
“Khay, awak tak sudi beri saya peluang? Awak tak boleh maafkan saya? Awak betul-betul bencikan saya?” - Taufiq
Tajuk: CINTA ‘HIGH HEELS’
Penulis: Farida Nur Zahra.
Terbitan: Buku Prima
Sinopsis:
Hanya di hati, cintanya terpateri
AMIRA Fatiha tidak pernah impikan kebahagiaan yang tinggi melangit. Tapi, cukuplah sekadar dia tahu siapa dirinya sebenar. Duduk dengan insan yang dipanggil pak long dan mak long, pasti rasanya tidak sama duduk dengan keluarga sendiri. Amira dirisik seorang pemuda kampung, Iskandar, yang dalam diam menyimpan perasaan kepadanya. Namun, mak longnya yang tidak mahu dia hidup bersama Iskandar, telah ‘menolak’ anaknya, Shariha, untuk dijodohkan dengan Iskandar. Amira pasrah.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Hati Amira diisi dengan sinar cinta daripada Fitri. Namun, tidak siapa menduga, harapan baru yang menjelma, sekali lagi terpasung apabila mak longnya memainkan peranan. Masih mahu Shariha yang menjadi ganti. Saat hati membawa luka, Iskandar sekali lagi muncul dalam hidup Amira. Mampukah Amira menjalani pelbagai dugaan yang mengujinya? Masihkah ada ruang untuk Fitri di hati Amira? Masih utuhkah janji keramat lelaki itu yang suatu ketika dahulu terpateri di dinding hati Amira? Atau, berjayakah Iskandar meruntuhkan tembok yang dibina Amira sekali gus ‘memegang’ sekeping hati milik Amira?
“Tak mungkin saya nak biar orang yang selama ni saya cintai, disakiti hatinya lagi!”
- ISKANDAR
“Ni janji saya. Saya milik Ira. Sampai bila-bila pun akan jadi milik Ira.” – FITRI
“Fitri dah kahwin. Dia kahwin dengan sepupu aku, Shariha.” – AMIRA

No comments:
Post a Comment