Monday, November 9, 2015

Novel terbitan penulisan2u jun 2015



Tajuk: Awak Ilham Saya
Penulis: Tuni Hardanisyah
Terbitan: Penulisan2u

Sinopsis:
Cinta Amaani Batrisya terhadap Nicholas Lee begitu kuat sehingga hatinya tertutup untuk cinta yang lain meskipun jejaka itu telah menghilang tanpa khabar berita. Selama tujuh tahun, Amaani masih setia menunggu Nicholas walau Taufiq, bos Amaani merangkap si baju merah yang kacak itu datang menyerahkan hatinya.

“Sebenarnya saya sukakan awak.” - Taufiq
Kalau saya anggap bos tak pernah cakap pasal ni boleh? Ataupun saya anggap semua ni cuma mimpi aje boleh, kan?”- Amaani

Namun semuanya bukan mimpi lagi apabila seluruh ahli keluarga Amaani setuju jika Taufiq bersatu dengan Amaani. Lagi gawat, gulai patin masak tempoyaknya benar-benar membuatkan Taufik makin terpikat. Bukan itu sahaja, mommy, daddy, malah nenek Taufiq, Puan Sri Sharifah Amina juga sudah berkenan akan Amaani.

“Nenek harap sebelum nenek pergi, nenek dapat lihat Taufik bahagia dengan orang yang dia cintai.” – Puan Sri Sharifah Amina

Akhirnya Amaani akur dan cuba menerima Taufiq atas nama pengorbanan, untuk beri orang di sekelilingnya kebahagiaan walau cinta pertama masih kukuh terpahat. Tup-tup, dia sudah tertunang dengan Taufiq a.k.a Angry Bird itu! Namun masih keras hatinya untuk dicairkan dengan senyuman semanis gula Taufiq itu.

“Macam mana saya nak ingat birthday awak kalau saya tak suka awak? Bagi hadiah buktikan kasih sayang? Masalahnya sekarang ni, saya tak suka awak. Awak faham tak?!” - Amaani

Kasih sayang yang tulus daripada Taufiq akhirnya membawa getaran ke dalam hati Amaani. Puas dia menidakkan, namun akhirnya dia mengiakan juga hatinya sudah diisi oleh Taufiq. Belum sempat hati mereka meraikan cinta itu, pelbagai fitnah datang melanda hingga Taufiq beralah dan ingin berlalu...

“Mulai hari ini, Amaani Batrisya... Awak anggap sahaja kita bukan lagi tunang. Saya minta maaf kerana hadir dalam hidup awak.” – Taufiq

Kini, muncul Nicholas Lee dengan status baru, sebagai saudara Islam yang perlukan bimbingan, dan juga cinta lamanya kembali.

“Tolong bagi saya peluang untuk gantikan tempat Taufik.” – Nicholas Lee

Yang mana satu pilihan Amaani Batrisya? Adakah cinta yang bersulamkan penantian selama tujuh tahun atau cinta yang bersemi atas sebuah pengorbanan?

Tajuk: Beijing, Aku Cinta Dia!
Penulis: Ania Malna
Terbitan: Penulisan2U

Sinopsis: 
AFRINA IMANI, si gadis kaya yang manja dan suka memberontak. Hitam katanya, maka hitamlah. Putih katanya, haruslah putih. Jika tidak diikutkan kehendaknya, pasti rajuk menjadi teman. Kebahagiaan yang dibina bersama tunang tercinta, musnah sebelum lafaz akad terucap. Dia kecewa lalu membawa diri ke Beijing. Sendirian di bumi asing tentunya sukar buat gadis manja ini, namun takdir menemukannya dengan UMAR YUSUF.

“Sebab awak... Umar jahat!” – IMANI.

“Kalau saya jahat, dah lama saya jual awak tepi jalan. Saya lelong.” – UMAR.

Afrina Imani dan Umar Yusuf bukan lagi seperti anjing dengan kucing, tetapi Doraemon dan Giant. Pantang bertentang wajah, pasti ada sahaja motif untuk berperang. Berkali-kali Afrina Imani bertemankan rajuk dek Umar Yusuf, namun perasaan benci tidak pernah hadir. Setelah agak lama di bumi Beijing, Afrina Imani akur dan pulang ke Malaysia. Kehadiran Tengku Ashraf benar-benar mengganggu ketenteraman Afrina Imani.

Cinta yang dihulur tidak mampu diterima kerana seseorang sudah check-in ke dalam hatinya.

“Andai saya terpaksa hilang awak demi kebahagiaan awak, demi senyuman awak, demi masa depan awak, saya sanggup. Andai awak membenci saya untuk seratus tahun sekalipun, saya sanggup asalkan awak bahagia dengan keluarga awak.” – IMANI.

Ada rahsia yang terpaksa disimpan oleh Afrina Imani. Ada janji yang harus dikotakan. Ada hati yang perlu dijaga. Ada cinta yang harus dikorbankan. Semua itu terlalu menyesakkan dadanya, namun ia menjadikannya lebih matang.

“Saya mungkin mampu untuk maafkan awak, tapi saya tak dapat terima apa yang awak buat ni. Saya terasa macam orang bodoh sebab saya percayakan awak. Saya tahu apa yang terbaik untuk hidup saya. Jadi, tolong jangan campur tangan dalam hal saya. Awak pergilah.” – UMAR.

Umar Yusuf adalah satu anugerah yang terlalu indah buat Afrina Imani, namun apakah dia mampu merelakan ‘anugerah’ itu pergi menjauh meninggalkannya?



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters