Monday, November 9, 2015

Novel terbitan idea kreatif mei 2015



J.A.D (JIWAKU ADA DIRIMU)
Penulis : WAWA TAUFIK
PENERBIT : IDEA KREATIF
ISBN : 978-967-0718-34-7
TAHUN : 2015
Harga: RM 25.00 / 28.00

Berkahwin dengan Jad Jazman? Tak pernah terfikir oleh kotak fikiran Nur Alena. Jad itu hanyalah sekadar kawan yang boleh dijadikan tempat meminta pertolongan. Tapi, demi keselamatan diri, demi mahu lari dari Khan yang psiko, Alena terima cadangan keluarga untuk mengahwini lelaki itu. Kerana dia tahu, dia akan selamat bersama Jad. Lelaki itu mana pernah ada hati pada perempuan. “Kau pergi kelab gay kan tadi?” - Alena “Kau tanya lagi macam tadi, siap kau!” - Jad Hidup sebumbung, tapi haluan asing-asing sebab antara mereka tak pernah wujud perkataan cinta. Tapi, bila keadaan memaksa untuk mereka tinggal berjauhan, ada rasa lain pula yang muncul. “Datang sini.” Jad bersuara lembut. “Bila?” “Hujung minggu...” “Hmm...” “Please.... Sekejap pun tak apa. Aku rindukan kau.” Bila jauh, rasa rindu mula menggebu, rasa sayang mula bercambah. Masa dekat, semua tu tak pernah pula muncul. Tapi, benarkah Jad rindukan dia? Sedang dia tahu, si suami yang berada nun jauh di sana sudah ada Zeki, ‘teman tapi mesranya’ di sisi. “Susah kan, nak bukti yang aku sayangkan kau? Payah kan, untuk kau rasa yang aku ikhlas sayangkan kau? Sebab kita bukan bermula sebagai kekasih. Sebab aku bukan Khan.”- Jad Bila nada cemburu mula berirama, ada yang menuntut penjelasan. Khan yang sudah berubah dan Zeki yang sentiasa ada antara mereka, mana satu yang menjadi puncanya.


OFFICIALY MILIK DIA
Penulis : MELATI SHAFIKA
PENERBIT : IDEA KREATIF
ISBN : 978-967-0718-29-3
TAHUN : 2015
Harga: RM 25.00 / 28.00

Pertemuan semula dengan Fariq Hatta, buat hati Yasmin Hidayah@Yaya tidak pernah mampu bertenang. Lebih-lebih lagi bila lelaki itu tiba-tiba menjadi bosnya. Suatu ketika dulu, dia pernah sukakan Fariq Hatta. Malah sehingga kini, rasa suka itu masih banyak di hatinya. Cumanya, Fariq Hatta itu tak pernah pun perasan akan kewujudannya. Itulah sebabnya bila tiba-tiba dia ditawarkan menjadi isteri Fariq Hatta, Yaya jadi pelik. Rupanya, ada udang di sebalik batu. Misi Fariq Hatta memang tak masuk akal dan Yaya tak sanggup menjadi isteri dengan cara yang begitu. Namun, taktik Fariq Hatta berjaya juga memerangkap Yaya dalam menjayakan misinya. Ada ijab dan kabul. Ada sayang di hati Yaya untuk suami dan ada rindu di hati Fariq untuk si isteri. “Yaya?” Diseru lagi namaku. Kedengaran nafas berat dihela. “Hmm…” Kenapa dia cakap sepatah-sepatah? Itu yang terdetik di hatiku saat ini. “Saya rindu.” Sebaris pengakuan itu buat aku tidak terkata. Kelu lidah untuk memberikan sebarang reaksi. “Rindukan Yaya.” Pengakuan kali kedua itu buat darah berderau menyerbu ke muka. Terasa diri melayang entah ke mana. Aduhai Yaya, jangan lupa berpijak kembali ke bumi, sudahlah. Apa sebenarnya misi penting Fariq Hatta? Dan mampukah mereka bertahan hidup begitu di bawah satu bumbung sedang di hati mereka sudah wujud satu rasa bernama cinta?




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters