Monday, November 9, 2015

Novel terbitan idea kreatif ogos 2015




LIMITED EDITION terbaru keluaran Penerbitan idea kreatif

SEMPURNA OLEH WAKTU - LUNA BULAN

Bila jodoh itu sudah ditentukan, siapalah Zarra Adia untuk menafikannya. Tapi, jodoh yang ‘diletakkan’ di depannya ini tersangatlah menjengkelkan.

“Bulan depan kita bertunang dan seminggu lepas tu kita kahwin!” – Firman Syariff.
“Aku lupa tadi. Aku tak nak wife aku bekerja. Aku nak dia duduk rumah.” – Firman Syariff.

Belum pun ikatan yang sah termeterai, Firman sudah tunjuk perangai diktatornya. Hendak dibatalkan, waktunya sudah terlewat. Nak tak nak, Adia paksa diri turutkan saja.

“Kau jangan nak berangan sangatlah yang kisah kita ni macam drama TV. Gaduh punya gaduh, tup tup aku dengan kau boleh jatuh cinta.” – Firman Syariff

Egonya seorang Firman Syariff tak pernah mematahkan semangat Adia. Harapannya, moga ada sinar bahagia yang mencelah. Dan... sabar seorang Adia buat ego yang dijunjung Firman gugur jua ke bumi.

Tapi, silapnya Firman, bila dia sanggup memperjudikan ikatan mereka ke tangan mamanya. Dan segalanya musnah dalam sekelip mata.

Mampukah Firman mengutip kembali cebisan hati sang isteri yang tersakiti? Apa akan jadi bila Adia yang selama ini hanya ‘pak turut’ tiba-tiba bertukar menjadi Adia yang baharu?

Yang pasti, Firman perlu tahu di mana silap diri sendiri.


Tajuk : SABARLAH DUHAI HATI
Penulis : Mimie Afinie
ISBN :978-967-0718-37-8

Sinopsis :
Dugaan berat yang menimpa, merubah seluruh hidup Nur Syafira. Saat bergelut dengan ujian, dia tiba-tiba dilamar untuk Muhammad Affan. Sungguh, dia tak percaya. 

Tegur pun tak pernah, tiba-tiba nak jadikan dia isteri. Lagipun, dia masih tak lupa cerita lama. Cerita memalukan yang hanya mereka berdua saja yang tahu. Hatinya kuat mengatakan Affan terpaksa. Affan hanya menurut kehendak orang tua tanpa rela. 

Namun, kalau dah tertulis jodoh mereka, elak macam mana sekalipun, tetap bersatu juga. Walau dihati ada curiga, Fira tetap mengharap bahagia.

“Sejak bila abang suka Fira?”
“Sejak Fira curi hati abang.” 
“Abang kan pernah cakap, abang tak suka Fira. Abang takkan kahwin dengan Fira.” 
Tawa Affan memecah suasana hening malam. Kuat dan lama.
Dalam suram cahaya lampu, Fira pandang suaminya. Geram dengan suara tawa itu.
“Ini cerita tahun bila Fira bawa keluar ni?”
“Tak kisahlah tahun berapa pun, yang penting abang pernah cakap macam tu, kan? Kecil hati Fira, tau!” 
“Kecik hati dengan abang la ni?”
“Memang pun. Dah buat orang macam tu, pandai pulak ajak orang kahwin. Tak malu.” Fira mengejek.
Lagi sekali Affan hamburkan tawanya. 

Bahagia yang disangka sampai ke petang, rupanya masih ada halangan dan rintangan. 

“Kalau you nak tahu, bukan Affan yang nak sangat kahwin dengan you tapi mak teh yang paksa dia. Sebabnya mak teh kesiankan you.” - Nadia

Mampukah Fira terus memujuk hatinya supaya bersabar dan bertahan? Atau sudah sampai masanya untuk dia mengalah dan lepaskan segalanya?




Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters