Monday, November 9, 2015

Novel terbitan idea kreatif april 2015 limited




SELIMUT MALAM - cinta yang melenakan

Blurb :

Kerana suka, Dania buat kerja gila. Kerana suka, dia terima lamaran Haidar. Walhal dia tahu, lamaran itu hanya untuk menghalalkan yang haram, bukan untuk sebuah kasih sayang.
Tapi, ada yang Haidar tidak tahu, kenapa dia sanggup lakukan begitu. 

“Semua orang tak boleh tahu apa yang berlaku. Anggap saja antara kita tak pernah jadi apa-apa.”
Dania tunduk, sembunyikan wajah. Mahu berkata-kata tapi tiada suara. 
“I tahu you tak pernah sayang I. Tapi...” Liurnya terasa sangkut di kerongkong sendiri.
“Cara you ‘buang’ I ni, buat I rasa terhina.”
“I tahu you kuat.” Suara Haidar bagai memujuk. Tangan naik menyentuh pipi si isteri.
Dania senyum dalam tangis. Kalau apa yang dia beri selama ini belum cukup untuk mengikat hati Haidar, dia akur. Siapalah dia untuk berdiri di sebelah Haidar yang hebat. Haidar yang punya segalanya kecuali cinta dan kasih sayang.
"Maksudnya, you dah puas dengan I?" Suara Dania hampir tidak terkeluar.

Haidar berpaling. Sebut tentang puas. Jika bersama Dania dia tak pernah tahu erti puas. Tapi, ada sesuatu yang mengharuskan dia 'melepaskan' Dania dari genggaman.

Akan wujudkah sebuah rasa yang bernama cinta di antara hati mereka? Jika tidak, mungkinkah akan ada orang ketiga?


Penulis : Rehan Makhtar dan Emy Roberto
Sinopsis :

*ENCIK SEDERHANA – Rehan Makhtar

Untuk menjadi isteri Fateh, Yuyu perlu penuhi tiga syarat : 

1) Bertunang tak lebih 3 bulan
2) Hanya majlis kesyukuran saja
3) Tak boleh make-up
4) 
Yuyu melopong habis. Tapi, dia tak mahu kalah. Dia juga punya syarat : 

1) Bertunang hanya 2 minggu
2) Tak boleh tidur bersama selama mana dia tak sedia.

Dan, Fateh jatuh rahang dengan syarat kedua bakal isterinya. Tapi, dia hanya senyum menerima kerana syarat dia itu adalah untuk syariat. Dia juga yakin, Yuyu akan mengerti. Biar bersederhana kerana dunia namun berlebih demi akhirat. 

*TERCIPTA UNTUK DIA – Emy Roberto

Didi dan Dian. Dua sahabat yang punya sejarah cinta berbeza.

Salah siapa jika cinta sudah beralih arah? – Didi vs Aladin
Nak ikut kata hati atau ikut apa saja yang papa mahu? – Dian vs Ameer

Masing-masing perlu memilih. Dan antara mereka akan ada yang harus menelan kecewa. Kata Didi, we can only choose one. Not even one and a half. Kata Dian, Andai ada jodoh, adalah. Andai tak ada, lupakan saja.



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters