Friday, February 8, 2013

Review Novel : BUKAN BISIKAN

TERBITAN FEBRUARI 2013

Sinopsis:
“Aku tak tahu apa yang aku dah buat selama ni. Kenapa aku kejam sangat? Ya Allah.... Aku bersalah dengan Mia. Aku dah banyak buat salah dekat dia. Aku dah banyak lukakan hatinya. A... aku... aku layan dia macam... macam perempuan murahan. Aku... aku tak tahu kenapa aku tak pernah nak tanya dia kenapa? Silap aku! Semua silap aku. Tadi... dia paksa aku ceraikan dia,” luah Irfad Hakimi. Menitis air mata egonya selama ini.


Senyuman sinis terukir di bibir Aiman Haikal. Tangan disilangkan ke dada lalu punggungnya dilabuhkan ke sofa. Dia menyilangkan kaki lagak seorang bos besar.



“Memang patut pun kau ceraikan dia.” Dijeling jejaka yang masih lagi pegun di meja pejabatnya sebelum menyambung bicara.



“Lepas kau ceraikan dia, aku akan hantar rombongan meminang ke rumah parents dia. Kau tahu? Kau tak layak untuk perempuan sebaik dan secantik dia.” Sinis sahaja nada Aiman Haikal.



“Kau yang tak layak untuk dia!” Nada Irfad Hakimi naik seoktaf lagi. Berani Aiman Haikal menyatakan hasrat di

hadapannya!


“Kau tahu tak? Taraf kau dengan dia ibarat langit dengan bumi. Setakat kau, pemilik kedai mana layak dengan anak tunggal jutawan hartanah macam dia! Lagipun, kau hanya tertarik pada paras rupanya,” bentak Irfad Hakimi lagi.



“Kau tahu? Tahu dia anak tunggal? Anak orang kaya yang dimanja dengan kemewahan tapi melayannya dengan kasar dan selalu lukakan hati dia. Kau buat macam tu, kau fikir kau layak untuk terus jadi suami dia? Aku tahu, aku hanya ada sebuah kedai yang menampung hidup aku selama ini tapi aku rasa aku berganda-ganda lebih baik daripada kau yang bergunung-gunung hartanya. And one more thing... ya, aku jatuh cinta dengan dia bukan kerana paras rupanya yang jelita... tapi kau? Kau ikhlas ke cintakan dia?”



“Ya. Memang aku ikhlas cintakan dia!”



“Hotak kau ikhlas! Bila kau tahu yang dia bukannya anak dara kau layan dia macam mana? Kau dah lupa apa yang

kau dah buat kat dia? Kau tahu tak yang kau dah buat dia
tidak percayakan cinta lagi. Kau tahu?” marah Aiman Haikal.
Dihentak kuat meja kaca di hadapannya sehingga pecah berderai.


Terbeliak biji mata Irfad Hakimi memandang. Geram bermaharajalela namun, dia hanya mampu mendiamkan diri. Tidak berani untuk terus bersuara. Bimbang dirinya dipukul lagi.



“Aku nak cari dia! Aku nak minta maaf. Nak dia kembali di sisi aku,” ujar Irfad Hakimi antara dengar dan tidak. Semangatnya tiba-tiba menjadi lemah.



Aiman Haikal ketawa sinis.



“Nak ke dia kembali kepada kau?” Ujar Aiman Haikal dengan sinis seraya mengatur langkah keluar.



Tak guna! Gumam Irfad Hakimi dalam hati, bengang.



Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters