Thursday, September 19, 2013

Novel Sept 2013 Idea Kreatif




KAU KEKASIH GELAPKU - Que Sera 
MUKA SURAT - 576

Sinopsis :
Kata Addi, Rihanna gadis pelik. Kata hati Rihana, pelik itu memang sudah sinonim dengan dirinya kerana dia bukan gadis biasa. Dia gadis luar biasa yang berkawan dengan ‘hantu cantik’.

Di dunia manusia, Rihanna memilih Addi. Di dunia gelap, dia harus memilih antara Darius ataupun Ryuu, dua ‘hantu kacak’ yang sentiasa berperang merebut dirinya.

Saat hati Rihanna mula menyayangi Addi, cintanya dikhianati. Addi menduakan dia tanpa sepatah kata sehingga dia jadi lemah tak bermaya.

“Abang bukan sengaja nak kecewakan Hanna.”- Addi

“Jangan hampiri aku, Addi! Kau akan mati kalau kau terus dekat pada aku!”- Rihanna

Darius datang menjadi penyelamat. Ingatan Rihanna dihilangkan demi keselamatan. Rihanna lupa siapa Addi, lupa kehidupannya di dunia manusia dan dia dilarikan ke dunia yang gelap.

"Kau milik aku, Rihanna. Selama-lamanya. Tak mungkin kau bersama dia!" ~ Darius

Hilangnya Rihanna, muncul Ayuna yang mirip wajahnya. Terperangkap dengan rindu Addi pada Rihana dan buruan Darius, Ayuna memikat Shaqir sebagai pelindungnya. Tapi mampukan Shaqir melindungi Ayuna dari kuasa magis?

“Yuna.. jadi isteri aku. Kita mulakan hidup baru jauh daripada semua kegilaan ni!.”~ Shaqir

Ke manakah Rihanna menghilang sehingga Addi jadi sasau mencarinya? Siapakah Ayuna sebenarnya? Adakah dia Rihanna yang hilang? Berjayakah Addi mendapatkan semula cintanya? Semuanya akan terjawab dalam kisah cinta bersegi-segi antara dua dunia berbeza ini. Karya bergenre dark fantasy romance ini akan mengupas segalanya.

 Jangan ketinggalan untuk mendapatkannya...



TITIAN CINTA - Ridhya Iman 
MUKA SURAT - 848

Sinopsis :
Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang terjadi.

“Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” –Harris

“Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” –‘Aisy

“Dan untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris

Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

“Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali hidup dengan awak, that’s the last thing I will do.” – Aisy

Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yang sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?

Sudah baca Harap balas ye. Love you more.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters